Showing posts with label baju. Show all posts
Showing posts with label baju. Show all posts

Monday, February 15, 2010

Koleksi Terkini Fesyen Baju Kurung Modern 2010 - lycra

Salam buat para pelanggan dan pengunjung blog Muhasabah Trading : Muslimah Clothing. Buat pengetahuan anda, kami masih lagi berada di Pekan Gemas, sempena expo tahun Baru Cina. Apa yang mengecewakan adalah talian internet broadband Maxis yang sememangnya sangat perlahan di sini dan lembab. Walau bagaimanapun, kami cuba juga untuk memuat naik koleksi terkini fesyen baju kurung modern kain lycra yang lembut. Kebiasaanya, kain lycra memang sudah popular sebagai material untuk tudung, tetapi kali ini ia dipelbagai penggunaannya yang diperluas kepada baju kurung, t-shirt dan juga jubah.








 Baju kurung kain lycra ini datang dengan hiasan manik-manik kecil dan warna yang segar serta bercorak abstark kontemporari di bahagian pergelangan tangan serta leher, dengan sebahagian besar baju berwarna kosong tanpa corak. Bahagian kaki kain pula dihiasi corak abstrak penuh dengan campuran warna utam yang gelap serta di selang seli dengan warna asas baju.

Harga yang di tawar adalah RM 116 RM 95 sepasang dengan pos percuma utk alamat Malaysia. Saiz yang ada dalam koleksi kami adalah  saiz S, M, dan L. Manakala warna yang ada terdiri daripada warna merah jambu, ungu, oren dan kuning. Kami akan menambah pilihan saiz dalam masa seminggu daripada sekarang untuk mereka yang bertubuh besar (XL dan XXL).

Kami tidak dapat memasukkan ke dalam store online kami memandangkan masalah talian internet. Jadi, segala order boleh dibuat di blog ini, sila buat pembayaran kepada :

Rosmansham Alias / maybank - 162647033280. emel : samdaddycool@gmail.com
Sila sms ke no - 017-9510818 setelah bayaran dibuat. Nyatakan masa transaksi dibuat (hh:mm) serta jumlah, dan warna serta saiz. Untuk alamat, anda boleh memilih samada untuk sms atau emel kepada kami.

Saiz dan warna yang ada:

Kuning - saiz S / saiz L
Pink- saiz M
Purple- saiz S
oren - saiz S / saiz L
Coklat - SOLD OUT


Tuesday, January 5, 2010

Koleksi Jubah Terkini gaya kontemporari corak abstrak organik Sifon

Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak abstrak kontemporari dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Hujung lengan mempunyai butang, memastikan ia tidak mengeloboh dan terlalu labuh. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.

Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan sifon, menyerlahkan rekaan jubah dress moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji dan juga untuk pakaian ke pejabat.

2 lapis kain (bercantum) - sifon





Muhasabah Collection brings you this brand new batik dress abaya suits for career women. Comes with abstarct pattern with beads decoration around the collar. The wrist comes with buttons and beads decorations as well. This jilbab designed with the touch of Malay Traditional modern style dress. Suit for leisure, special ocassion, festive seasons, office wear, annual dinner - Eid Mubarak and anytime you like.

material - 2 layers of fabric attached - chiffon

Sunday, January 3, 2010

Koleksi Fesyen Baju Kurung Modern 2010

Salam buat semua.

Ini merupakan entry pertama blog Muhasabah Trading pada tahun 2010 ini. Tahun baru, semangat baru dan semestinya kami juga ingin tampil dengan produk-produk serta koleksi-koleksi fesyen terkini. Tak kira samada koleksi fesyen jubah, koleksi fesyen tudung, mahupun koleksi fesyen baju kurung moden.

Kedai Online Rasmi : http://muhasabahtrading.com/store/



Sebelum ini saya memang tidak mahu menambah koleksi kami dengan fesyen baju kurung modern, tetapi atas permintaan serta 'demand' yang agak tinggi, saya cuba masukkan dahulu beberapa pasang. Baju kurung moden yang baru sahaja saya ambil ini boleh didapati dalam saiz 38 dan 40 sahaja (untuk yang berbadan remaja / kecil / kurus / 'slim-slim' sahaja buat masa ini). Insyaallah lain kali kami akan menambah saiz-saiz serta rekaan corak yang lain dari masa ke semasa.








Warna yang ada pula adalah warna ungu-merah, merah-oren, serta hijau-coklat, manakala material atau kain yang diguna adalah kain sifon diluar serta kain spandex sebagai lining / inner baju kurung moden ini. Bahagian lengan (tangan) diperbuat mengikut trend 'tangan CT' beserta dengan butang untuk mengkancingnya. Leher ke dada pula dihiasi dengan jahitan manik-manik yang tersusun rapi dan cantik,




Harga yang biasa ditawar dibutik-butik serta kebanyakan kedai-kedai di luar sana adalah dalam lingkungan RM 120 - RM 180 manakala harga yang kami tawarkan dalam ebay store Muhasabah Trading hanyalah RM 110, termasuk penghantaran PERCUMA keseluruh Malaysia. Memang harga yang ditawar murah, munasabah dan berpatutan, memandangkan anda tidak perlu membayar kos tambahan untuk proses penghantaran (menggunakan pos laju). Kualitinya dijamin setanding dengan yang ada di ruang pameran butik-butik ternama.


Sila layari ebay store Muhasabah Trading
untuk melihat gambar-gambar yang lebih jelas untuk koleksi baju kurung ini.

Ukuran saiz 38 dan 40 baju kurung modern corak abstrak

Jika sudah berkenan di hati, apa tunggu lagi? Daftar dengan ebay.com.my dan BUY IT NOW, sementara stok masih ada. Siapa cepat dia dapat kerana stok adalah terhad. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan pindahan wang / ATM / CDM (cash deposit machine) ke akaun maybank saya. Sila emel selepas pembayaran dibuat.

Wasalam

Sunday, December 13, 2009

Jubah labuh corak abstrak kontemporari gaya baju kurung modern



Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari abstrak dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan.. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.



Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan- sifon, menyerlahkan rekaan jubah dress moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat dan juga majlis jamuan makan malam terutama menjelangnya hujung tahun.

Friday, December 11, 2009

Koleksi terkini Baju blaus moden gaya kontemporari bermanik




Baju blaus koleksi terkini Muahsabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari moden abstrak. Terdapat hiasan manik dijahit menghiasi baju blaus ini. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.

Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon, menyerlahkan rekaan jubah moden ini dengan trend masakini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat serta majlis jamuan (tahunan).


2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon


Labuh - 36" inch (90 cm) for size size 38, 40, 46
Labuh - 37.5" inch (93.75 cm) for size 55




 

Thursday, December 10, 2009

Koleksi Jubah Batik Dress sentuhan gaya baju kurung modern










 Bagi peminat dan pemakai jubah, kali ini kami menampilkan koleksi terkini Muhasabah Trading iaitu jubah batik (dress) dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Sekali pandang, ramai yang menyangka ini adalah baju kurun moden, tetapi ia sebenarnya adalah jubah dress iaitu hanya msekali sarung sahaja dan anda bersedia untuk ke majlis perkahwinan, ke pejabat mahupun untuk waktu-waktu santai.

Apa yang lebih menarik, jubah dress batik ini sangat sesuai untuk majlis makan malam (annual dinner) yang kebanyakkannya dibuat menjelang penghujung tahun. Bagi pekerja sektor kerajaan, semestinya jubah batik ini sangat bertepatan dengan hari Khamis - pemakaian wajib batik ke pejabat.

Terdapat 4 warna dalam koleksi kami iaitu warna biru muda, merah jambu (pink), oren terang dan juga ungu (purple). Saiz yang ada terdiri daripada saiz 40, 42, 44, 46, 48, dan 50. Stok adalah terhad. Layari ebay store kami untuk senarai harga dan paparan penuh saiz yang ada di

http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Trading


 

Thursday, October 22, 2009

Baju blaus gaya kebaya seluar


Koleksi baju blaus dan seluar dengan sentuhan gaya kebaya modern diperbuat daripada kain linen bercorak bagi baju (serta lining chiffon) dan seluar corak kosong (plain) juga diperbuat daripada kain linen serta 'lining' kain kasa. Seluar mempunyai kocek pada kiri dan kanan serta getah untuk fleksibel dan tali untuk mengetatkannya.

Rekabentuk terkini dan desain modern, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa. Sesuai untuk pemakaian ke pejabat, waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji serta bila-bila masa sahaja.

Tuesday, October 6, 2009

Baju blaus moden sifon labuh gaya Siti Nurhaliza


RRP USD $ 21.99


US $ 16.99




Baju blaus koleksi terkini Muahsabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari moden abstrak. Terdapat hiasan manik dijahit mengelilingi leher. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.

Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon, menyerlahkan rekaan jubah moden ini dengan trend masakini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat.



Gambar blouse Siti Nurhaliza

2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon



Measurement approx : Length - 37" inch (92.5 cm) Labuh

Monday, July 20, 2009

Tawaran Kepada Pembaca Blog Muhasabah Trading

Salam,

Saya ingin membuka tawaran ini khas kepada pembaca blog ini dan juga subscriber blog ini. Jika anda berminat untuk mendapatkan Baju Batik Sutera Lukis asli Terengganu ini dengan tawaran hebat.

Apa yang anda dapat? Harga yang saya tawar adalah RM 120 sahaja untuk baju batik lukis ini serta hadiah brooch kerongsang batu asli oktant swarovski bernilai RM 50!

Apa yang perlu dibuat?

  1. Sila ke sini dan buy it now.
  2. Selepas itu, emel kepada saya ; samdaddycool@gmail.com dengan tajuk "tawaran ini khas kepada pembaca blog".
  3. Buat pembayaran melalui m2u.
  4. Pilih hadiah kerongsang (saya akan emelkan kepada anda pilihan yang ada).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...