Tuesday, June 2, 2009

Pengumuman: Muhasabah Collection di http://www.lelong.com.my/

Salam

Update terkini : Muhasabah Collection boleh dikunjungi di Lelong.com.my . Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami kembali di persada lelong.

Anda boleh berkunjung ke online store Muhasabah Collection untuk variasi koleksi tudung terkini dan juga batik.

Kami dalam proses memasukkan senarai tudung di sana. Diharapkan agar proses update akan dapat dilakukan secepat mungkin.

Doakan saya berjaya.

Wasalam

Wednesday, May 27, 2009

SALE Baju batik ekslusif lelaki lukis asli Terengganu

Salam semua,

Dengan harga serendah RM99.00, sehelai baju sutera jaquard batik lukis asli Terengganu adalah milik anda jika memenangi bidaan. Baju Batik lukis ekslusif ini bernilai RM 200 ++ mengikut pasaran semasa. Hanya tinggal sehelai dan saya ingin menghabiskan stok.. (simpan lama-lama pun tak guna .. nanti basi.. :P )..

Tanpa cerita panjang.. klik thumbnail di bawah untuk ke lelong store Muhasabah Collection..

Monday, May 25, 2009

Tudung bawal asli manjalara mata lalat batu kristal ori

Salam..

Tudung Bawal Mata Lalat Asli Batu Kristal Ori

Lerang @ bidang 45

empat segi ( 45" x 45")

Apa yang saya tawarkan di sini adalah tudung bawal mata lalat dengan batu kristal asli oktant svarowski. Batu ori yang dijamin berkilat. Kombinasi gabungan batu crysal yang disusun dalam aturan berkembar tiga ini mempunyai tarikan tersendiri. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah ungkapan yang sesuai untuk diperkata tentang tudung bawal. Populariti tudung bawal sememangnya tidak dapat dinafikan. Kain yang digunakan adalah lembut.

Tudung ini didatangkan dengan pelbagai warna, amat cantik dan sesuai untuk majlis-majlis rasmi, keraian, kenduri kendara, musim perayaan dan juga waktu-waktu santai. Sejenis tudung yang mempunyai ciri moden, anggun, terkini, elegen, kontemporari serta menawan... Sememangnya tudung bawal mata lalat ini menepati ciri-ciri muslimah yang bergaya serta berkarisma.

Menggayakan tudung mata lalat pasti menampakkan keanggunan seseorang wanita. Harga yang ditawarkan Muhasabah Collection amat berpatutan dan sesuai dengan 'barang yang cantik', menawan kalbu. Pasti ramai terpesona dengan kecantikkan Tudung Mata lalat ini.

Penghantaran Pos Percuma!

























dan banyak lagi...
KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...