Thursday, June 18, 2009

Muslimah Clothing kembali ke persada ebay


Salam,

Agak lama saya menyepi dengan hampir tidak aktif langsung dalam menyenaraikan serta menghidangkankoleksi terkini tudung serta jubah.Mengapa ekk?? Saya sendiri sukar utuk menerangkannya secara terbuka di sini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah daripada Allah. Dia jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. musibah yang menimpa saya adalah satu ujian. Dugaan daripada seorang pencipta, kepada seorang hamba - makhluk citaannya.Sebagai manusia, mungkin kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Peluang yang ada, gunakanlah sebaiknya untuk bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. Berazamlah untuk menjadi lebih baik di masa yang mendatang. Alhamdulillah, saya masih lagi punyai akal dan kekuatan untuk bangkit semula, bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri.

Insyaallah, jika diberikan kekuatan, saya akan memasukkan serta upload produk-produk tudung yang terkini yang baru sahaja saya dapatkan stok sebentar tadi. Antara yang terbaru dan menarik adalah tudung gaya Siti Nurhaliza serta Tudung Syria ID. Terdapat juga tudung kain jojet manik, tudung permaisuri serta selendang kain sifon gaya CT.

Untuk memastikan anda semua mendapat maklumat terkini, langganilah Fedburner blog ini, atau pun subscribe kepada kedai online ebay Muhasabah-Collection (klik)

Doakan saya berjaya.

Wasalam.

Sunday, June 7, 2009

Update Muhasabah Trading @ Lelong

Salam,

Saya sedang berusaha keras memindahkan segala data listing Muhasabah Collection online store dari ebay ke lelong. Buat masa ini, pelbagai koleksi tudung ekin dan seklendang ekin telah dipindahkan secara berperingkat. Cuma ada beberapa jenis koleksi tudung terkini belum lagi dimasukkan.

Buat masa ini, saya sedang memindahkan pula segala jenis koleksi jubah serta jubah seluar dengan tawaran harga menarik (harga lelong) + kos penghantaran pos adalah PERCUMA!

Tuesday, June 2, 2009

Pengumuman: Muhasabah Collection di http://www.lelong.com.my/

Salam

Update terkini : Muhasabah Collection boleh dikunjungi di Lelong.com.my . Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami kembali di persada lelong.

Anda boleh berkunjung ke online store Muhasabah Collection untuk variasi koleksi tudung terkini dan juga batik.

Kami dalam proses memasukkan senarai tudung di sana. Diharapkan agar proses update akan dapat dilakukan secepat mungkin.

Doakan saya berjaya.

Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...