Wednesday, September 30, 2009

Fesyen tudung : koleksi terkini Tudung gaya ID

Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.

Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning diperbuat daripada span, yang elastik dan tidak rosak jika direnyuk atau dihempap.


ukuran labuh dari dagu ke bawah

28" inches ( 70cm)

Tudung awning batu corak floral




Salam hormat buat pelanggan dan pelawat yang dihormati.

Kali ini kami menghidangkan kepada anda semua tudung yang diinspirasi daripada tudung ariani dengan sentuhan batu-batu manik dihiasi pada awning tudung. Corak organik menghiasi fabrik tudung yang menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh daguh ke bawah - 16 " inci (40 cm).

Harga bagi sehelai tudung ini hanya RM16 sahaja dengan pos penghantaran percuma keseluruh Malaysia. Layari http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Trading untuk senarai penuh. Item akan dimasukkan sebntar lagi.

Wasalam

Monday, September 28, 2009

Update : Proses kemakini online store & outlet Muhasabah Trading di Tangkak

Salam,

Alhamdulillah, bertemu kita kembali. Kami baru sahaja selesai 'berkampung' di Tanjung Emas Muar semenjak beberapa hari penghujung Ramadan sehingga Ahad lepas (hari raya ke 7). Penat belum hilang lagi, banyak yang perlu update, terutamanya ebay store serta Muhasabah Trading online store.

Bagi outlet kami Muhasabah Collection, akan mula beroperasi sepenuhnya bermula pada minggu hadapan. Bagi sesiapa yang berada di kawasan Tangkak atau sesiapa sahaja yang melalui tol Tangkak, jemputlah singgah ke kedai kami yang berada di No. 21, Tingkat 1, Bangunan Aked Majlis Perbandaran Tangkak, Hentian Bas Tangkak.

Jumpa lagi.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...