Sunday, October 4, 2009

Jubah labuh corak batik : gaya baju kurung moden








Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak batik kontemporari dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Hujung lengan mempunyai 'grip' getah. Terdapat hiasan labuci pada bahagian hadapan serta hiasan manik dijahit mengelilingi leher. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.




Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - polyster, manakala lapisan dalam - sifon, menyerlahkan rekaan jubah moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat khususnya kakitangan kerajaan yang diwajibkan memakai batik pada hari Khamis.



Ukuran labuh - 52" inci ( 130 cm) Labuh





2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - polyster, manakala lapisan dalam - sifon

Layari http://store.muhasabahtrading.com/ untuk senarai penuh ( akan diupdate sebentar lagi)



Wednesday, September 30, 2009

Fesyen tudung : koleksi terkini Tudung gaya ID

Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.

Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning diperbuat daripada span, yang elastik dan tidak rosak jika direnyuk atau dihempap.


ukuran labuh dari dagu ke bawah

28" inches ( 70cm)

Tudung awning batu corak floral




Salam hormat buat pelanggan dan pelawat yang dihormati.

Kali ini kami menghidangkan kepada anda semua tudung yang diinspirasi daripada tudung ariani dengan sentuhan batu-batu manik dihiasi pada awning tudung. Corak organik menghiasi fabrik tudung yang menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh daguh ke bawah - 16 " inci (40 cm).

Harga bagi sehelai tudung ini hanya RM16 sahaja dengan pos penghantaran percuma keseluruh Malaysia. Layari http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Trading untuk senarai penuh. Item akan dimasukkan sebntar lagi.

Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...