Saturday, October 10, 2009

Fesyen terkini : Tudung gaya ID awning batu





Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.

Keistimewaan tudung ini ia didatangkan dengan kombinasi awning serta hiasan batu di atasnya.

Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning keras di hiasi batu-batu manik kecil.




measurement chin to bottom approx :

ukuran labuh dari dagu ke bawah

28" inches ( 70cm)

Friday, October 9, 2009

Koleksi terbaru Tudung Dato' Siti Nurhaliza


Tudung koleksi terbaru Muhasabah Trading yang diinspirasi daripada gaya pemakaian tudung oleh Dato' Siti Nurhaliza dengan hiasan batu manik, cantik, menarik dan mempersonakan. Tudung ini diperbuat menggunakan kain jojet nipis dibahagian luar, manakala bahagian dalamnya pula adalah daripada kain spandex. Keistimewaan tudung ini adalah kerana ia dibuat bercantum, memudahkan pemakaian. Dengan hanya menyarungkannya, kemudian pinkan bahagian bawah dagu untuk disesuaikan dengan saiz muka anda. Ukuran labuh dari bahagian dagu ke bawah adalah lebih kurang 20" (51.5 cm).


Sepengetahuan saya, tudung CT ini asalnya adalah direka oleh Bernard Chandran, pereka fesyen terkenal tanahair. Semenjak kebelakangan ini, tudung Siti Nurhaliza ini telah menjadi trend dan ikutan pemakai tudung di Malaysia. Hiasan batu-batu 'permata' halus dan kecil, menaikkan seri wajah dan pastinya makcik dan sepupu anda akan 'jeles' bila anda memakainya! :P

Saya dalam proses 'shooting' gambar-gambar koleksi penuh tudung Siti Nurhaliza ini. Baru beberapa helai sempat diambil dan dimasukkan ke dalam ebay store. Nantikan koleksi penuh tudung CT menjelang tengahari.

Wasalam.
Muhasabah Trading.com

Wednesday, October 7, 2009

Koleksi terkini : Jubah kanak-kanak & remaja perempuan


Kali ini kami menghidangkan koleksi jubah kanak-kanak & remaja perempuan yang diperbuat daripada kain jojet dengan sentuhan labuci serta sulaman. Gaya yang dipersembahkan adalah mengikut rekaan jubah Arab. Pastinya si kecil akan tampil dengan gaya yang comel dan menarik pabila mengenakan jubah kecil saiz ini. Hanya satu lapis kain jojet digunakan untuk jubah Arab saiz kecil ini.

Saiz yang boleh didapati adalah daripada sekecil saiz 28 hinggalah saiz 36 (lingkungan umur 5 tahun - 16 tahun) bergantung kepada saiz anak gadis anda. Kami akan menyediakan ukuran penuh bagi setiap saiz yang ada ; bahu ke tangan, lebar bahu / pinggang / bawah, labuh bahu ke bawah.

Koleksi jubah kecil ini terdiri daripada warna :

  • hitam,
  • hijau t. lembu,
  • hijau pucuk pisang cair,
  • ungu,
  • merah hati,
  • coklat tanah,
  • coklat cair
  • khaki.




Harga pasaran semasa bagi jubah saiz kecil ini adalah RM 80 manakala kami hanya mengenakan RM 68.99 sahaja termasuk penghantaran percuma bagi alamat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.





Senarai penuh boleh didapati di kedai online kami
http://MuhasabahTrading.com/store.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...