Sunday, October 11, 2009

Tudung Corak organik floral abstrak gaya Ariani batu


SAlam,

Tudung koleksi kali ini adalah tudung versi awning batu dengan corak yang segar, kontemporari abstrak yang diinspirasi daripada tudung ariani. Corak organik menghiasi fabrik tudung yang menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh daguh ke bawah - 16 " inci (40 cm).

Dalam senarai tudung di kedai online kami, terdapat beberapa tudung yang hampir sama corak motifnya, cuma terdapat perbezaan yang tidak berapa ketara. Ada diantaranya sedikit berbeza dari segi corak susunatur batu pada awning. Amati dengan teliti untuk membezakan senarai tudung ini yang tersenarai berasingan setiap satu.

Dalam senarai online store, ia akan dikenali sebagai : Tudung awning batu floral abstrak ori.

Saturday, October 10, 2009

Fesyen terkini : Tudung gaya ID awning batu





Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.

Keistimewaan tudung ini ia didatangkan dengan kombinasi awning serta hiasan batu di atasnya.

Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning keras di hiasi batu-batu manik kecil.




measurement chin to bottom approx :

ukuran labuh dari dagu ke bawah

28" inches ( 70cm)

Friday, October 9, 2009

Koleksi terbaru Tudung Dato' Siti Nurhaliza


Tudung koleksi terbaru Muhasabah Trading yang diinspirasi daripada gaya pemakaian tudung oleh Dato' Siti Nurhaliza dengan hiasan batu manik, cantik, menarik dan mempersonakan. Tudung ini diperbuat menggunakan kain jojet nipis dibahagian luar, manakala bahagian dalamnya pula adalah daripada kain spandex. Keistimewaan tudung ini adalah kerana ia dibuat bercantum, memudahkan pemakaian. Dengan hanya menyarungkannya, kemudian pinkan bahagian bawah dagu untuk disesuaikan dengan saiz muka anda. Ukuran labuh dari bahagian dagu ke bawah adalah lebih kurang 20" (51.5 cm).


Sepengetahuan saya, tudung CT ini asalnya adalah direka oleh Bernard Chandran, pereka fesyen terkenal tanahair. Semenjak kebelakangan ini, tudung Siti Nurhaliza ini telah menjadi trend dan ikutan pemakai tudung di Malaysia. Hiasan batu-batu 'permata' halus dan kecil, menaikkan seri wajah dan pastinya makcik dan sepupu anda akan 'jeles' bila anda memakainya! :P

Saya dalam proses 'shooting' gambar-gambar koleksi penuh tudung Siti Nurhaliza ini. Baru beberapa helai sempat diambil dan dimasukkan ke dalam ebay store. Nantikan koleksi penuh tudung CT menjelang tengahari.

Wasalam.
Muhasabah Trading.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...