Thursday, October 29, 2009

Syukur Alhamdulillah

  • 3 kali ujian darah untuk memantau kencing manis semasa dalam kandungan.
  • Ibu ditahan wad 2 bulan lepas kerana kencing manis.
  • 38 minggu dalam kandungan.
  • Tekanan darah tinggi (bacaan 165 ketika ibu dimasukkan ke wad semalam).
  • Bayi keluar jam 8.20 pagi , 29 Oktober 2009 - 10 Zulkaedah 1430.
  • Berat bayi 3.4 kg untuk ibu yang bertubuh kurus.
  • Komplikasi pernafasan pada bayi (ditahan di wad bayi - diberi ubat serta tiub oksigen).

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang mengizinkan semua ini dan memberi ujian buat hambaNya. Walaupun pelbagai dugaan kepada ibu dan bayi, Insyaallah semuanya akan selamat. Saya berada di rumah ketika ini, balik sebentar untuk berehat, menyediakan apa-apa yang patut serta menanam uri.

Doakan yang terbaik untuk anak kedua saya ini.

Tuesday, October 27, 2009

Tudung gaya ID Thai Silk awning batu corak kosong







Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.

Keistimewaan desain tudung ini ia didatangkan dengan kombinasi awning serta hiasan batu di atasnya.

Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning keras Sutera Thai di hiasi batu-batu manik kecil.





measurement chin to bottom approx :

ukuran labuh dari dagu ke bawah

28" inches ( 70cm)

Monday, October 26, 2009

Koleksi Fesyen Tudung Terkini : Tudung Gaya Siti Nurhaliza (lapisan luar) Moroko



Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Siti Nurhaliza (lapisan luar sahaja) dengan hiasan batu manik, cantik, menarik dan mempersonakan. Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, hari raya, pemakaian ke pejabat atau bila-bila masa sahaja.

Klik SINI untuk senarai penuh koleksi Set Tudung Siti Nurhaliza


Menggunakan kain yang lembut dan sangat cantik, anggun mempesona. desain Tudung CT Morocco ini didatangkan dengan gabungan kain sifon dibahagian utama dan tepinya dicantum dengan kain organza, serta dihiasi susunan batu kristal.

Ukuran :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...