Monday, November 2, 2009

Tudung Ekin Selendang Chiffon batu Kristal


Sebahagian koleksi tudung ekin selendang ini telah dimasukkan kedalam ebay store kami. Ada beberap patttern yang lain (tudung ikin selendang sifon batu kristal penuh juga akan dimasukkan secara berperingkat).

Tudung ekin selendang batu kristal ini memerlukan gaya pemakaian secara lilitan serta penggunaan brooch / kerongsang - di belakang atas kepala, bahu dan dibawah dagu. Sila rujuk gambar-gambar dibawah untuk tips mudah cara memakai tudung ekin selendang ini.



Proses upload sedang berjalan secara berperingkat. Lepas tu, nak pergi hospital plak, nak hantar susu ibu, dan bagi ibu susukan baby.. Semalam, Alhamdullillah, pada baby dah dicabut segala jenis tiub, cuma tinggal 1 je untuk bagi tambahan bekalan cecair / makanan untuk baby. Baby dah mampu bernafas tanpa alat sokongan. Dia pun nampak kuat dan sihat, serta minum susu dengan penuh selera..

Sunday, November 1, 2009

Thursday, October 29, 2009

Syukur Alhamdulillah

  • 3 kali ujian darah untuk memantau kencing manis semasa dalam kandungan.
  • Ibu ditahan wad 2 bulan lepas kerana kencing manis.
  • 38 minggu dalam kandungan.
  • Tekanan darah tinggi (bacaan 165 ketika ibu dimasukkan ke wad semalam).
  • Bayi keluar jam 8.20 pagi , 29 Oktober 2009 - 10 Zulkaedah 1430.
  • Berat bayi 3.4 kg untuk ibu yang bertubuh kurus.
  • Komplikasi pernafasan pada bayi (ditahan di wad bayi - diberi ubat serta tiub oksigen).

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang mengizinkan semua ini dan memberi ujian buat hambaNya. Walaupun pelbagai dugaan kepada ibu dan bayi, Insyaallah semuanya akan selamat. Saya berada di rumah ketika ini, balik sebentar untuk berehat, menyediakan apa-apa yang patut serta menanam uri.

Doakan yang terbaik untuk anak kedua saya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...