Friday, November 27, 2009

Jawatan Kosong Di Muar


KLIK SINI untuk kerja kosong sparuh masa / sepenuh masa di Muar

Salam,


kami memerlukan pekerja wanita untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu jualan selama 3 hari, bermula Jumaat hingga Ahad (4 - 6 Disember 2009).

Tempat / lokasi : Dataran Tangjung Emas Muar.
Acara : Ekspo Karnival Keusahawanan MARA.
Waktu Kerja : 8 pagi - 10 malam (2 syif).


KLIK SINI untuk kerja kosong sparuh masa / sepenuh masa di Muar


Berikut adalah kriteria utama:

1. Wanita SAHAJA (lepasan SPM digalakkan memohon).
2. Mempunyai kemudahan pengangkutan.
3. Sanggup untuk bekerja lebih masa.
4. Berketerampilan dan berpesonaliti menarik.
5. Bertudung.
6. Boleh berkomunikasi dengan baik.


ANDA berkemungkinan akan dapat meneruskan khidmat dengan Syarikat Muhasabah Trading di cawangan kedai kami, samada di Tg. Agas atau pun di Tangkak (kedai / Gerai Uptown).

Hubungi SHAM 017 -951 0818.

Friday, November 20, 2009

FREE POS : Tudung Ekin kain T-shirt awning batu kristal

This brand new Ekin head scarf made of thick t-shirt cotton fabric. This ekin hijab get highlighted on top of the Thai Silk awning with crystal decorations.

The pattern designed with simple approach and make it an 'instant type' of hijab, easy and ready to wear without any extra pin or brooch needed.


Koleksi Tudung Ekin versi kain t-shirt ini menggunakan kain kasa yang biasa digunakan membuat baju T, agak tebal dan mudah menyerap peluh. Pada bahagian kepala (awning Thai Silk), dihiasi dengan batu-batu kristal dengan susun atur corak yang pelbagai.

Tudung ini boleh dikategorikan sebagai tudung ekspress / segera di mana anda hanya perlu menyarungnya tanpa memerlukan tambahan pin atau kerongsang, mahupun melilit. Sarung dan siap!

measurement chin to bottom approx :

ukuran labuh dari dagu ke bawah 18" inches ( 45cm)

FREE POS Tudung Ekin t-shirt awning batu kuning perang 1



Untuk makluman semua yang berada di kawasan Bukit Gambir, Tangkak, Serom, Panchor, Gersik, Sungai Mati (Muar / Tangkak). Muhasabah Trading akan berada di Expo Karnival Bukit Gambir, bersempena cuti sekolah dan Hari Raya Haji Aidiladha. Kami akan berada di sana selama lebih kurang 2 minggu bermula hari ini - 21 November sehingga 6 Disember 2009.
Jumpa anda di sana!


Wednesday, November 18, 2009

Koleksi Jubah Saiz Kanak-kanak / Remaja / Wanita bertubuh kecil - THAI SILK

Beberapa pasang koleksi jubah bersaiz 32 / 34 / 36 baru sahaja dimasukkan ke dalam ebay store kami. Harap maaf kerana online store kami tidak dapat dilayari. Saya pun tidak tahu maslah sebenar. Memang syarikat hosting ini bermasalah, telah beberapa kali server mereka down, menyebabkan senarai barangan kedai online kami tidak dapat dipapar.

Ok, berbalik kepada jubah saiz kecil ini, terdapat hanya beberapa stok terhad dalam koleksi simpanan kami. Siapa cepat, dia dapat, terutama untuk anak remaja anda bagi menyambut Aidil Adha tidak lama lagi. Penghantaran biasanya mengambil masa 2 hari hingga ke 3 hari selepas pembayaran dibuat, bergantung waktu pembayaran dan juga jadual saya. Insyaallah, penghantaran masih lagi PERCUMA untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

Layari koleksi jubah kanak-kanak jojet / chiffon / thai silk untuk senarai penuh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...