Saturday, December 26, 2009

Koleksi Tudung Online

Salam hormat,

kami di Muhasabah Trading memohon maaf sekiranya anda semua tidak dapat melayari senarai koleksi tudung terkini di Muhasabah Trading Online Store. Ini adalah kerana masa kami yang agak suntuk kebelakangan ini. Kami banyak menyertai Expo dan karnival jualan mega harga borong anjuran MARA dan juga FAMA.

Insyaallah kami akan kembali pada tahun 2010 dengan kedai online khas untuk jualan tudung dengan belian pada harga runcit yang murah dan juga pada harga borong. Kedai Online ini akan merangkumi pasaran Malaysia, Brunei, Singapura, Australia, New Zealand, United States, dan juga Europe (UK, Italy, Germany, France, Holland dan beberapa lagi negara Eropah). Segala update akan disampaikan di dalam blog ini.

Terima kasih.
Wasalam.

Sham.
Muhasabah Trading.

Wednesday, December 16, 2009

Iklan Jawatan Kosong di Pontian

Salam,

Kami mencari 2 orang pekerja wanita untuk mengisi kekosongan jawatan sementara di Expo Karnival Jualan Mega anjuran MARA, bertempat di Dewan Jubli Intan Pontian. Berikut adalah maklumat terperinci butiran :

Jawatan : Pembantu Jualan gerai Muhasabah Trading (tudung, jubah dan baju blaus)
Lokasi : Dewan Jubli Intan, Pontian
Tempoh : 18hb Disember - 24hb Disember 2009 (Jumaat- Khamis - 7 hari sahaja )
Waktu kerja : 11am - 11pm
Kriteria lain : wanita bertudung sahaja / mempunyai kemudahan pengangkutan / berpewatakan menarik.

Calon lepasan SPM digalakkan memohon.

Sila telefon saya bila-bila masa sahaja, SHAM 017-951 0818. Saya akan mula berada di Bandar Pontian mulai esok.

Sunday, December 13, 2009

Jubah labuh corak abstrak kontemporari gaya baju kurung modern



Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari abstrak dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan.. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.



Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan- sifon, menyerlahkan rekaan jubah dress moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat dan juga majlis jamuan makan malam terutama menjelangnya hujung tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...