Sunday, April 11, 2010

Koleksi Tudung Terkini 2010: Syria Lycra



Salam semua. Apa kabo? Moga sihat dan ceria memulakan kerja pada hari Isnin ni. Jangan terkena sindrom Monday Blues ekk.. :P

Semalam saya dah tambah beberapa set Tudung Syria kain Lycra Korea ke dalam online store kami. Tak banyak warna yang ada, baru ambil sikit je hari tu, ada beberapa color dah 'sold out'. Nanti sempat saya akan tambah lagi pilihan warna dan juga kuantiti.


Untuk anda yang masih belum tahu apa itu tudung Syiria, ia merupakan tudung yang datang dalam keadaan sepasang dengan ibu & anak (inner & outer). Bagi koleksi tudung Syria yang ada dalam koleksi kami, ia merupakan jenis gaya yang biasa diguna pakai wanita Arab Syria - iaitu 'inner' melekap dengan kejap dibahagian dahi / ubun-ubun.


inner & outer - ibu dan anak tudung Syria


Bagi sesiapa yang menginginkan koleksi Tudung Syria ini, sila ke LINK INI untuk memesan. Harga terpapar adalah USD$ 5.89. Sila klik bahagian tepi kiri untuk menukarkan pilihan matawang kepada MYR RM 20.00 + FREE POS.


TSYL001: Syrian Hijab Tudung Syiria Lycra PurpleTSYL001: Syrian Hijab Tudung Syiria Lycra Purple

TSYL002: Syrian Hijab Tudung Syiria Lycra BROWNTSYL002: Syrian Hijab Tudung Syria Lycra BROWN

TSYL003: Syrian Hijab Tudung Syiria Lycra REDTSYL003: Syrian Hijab Tudung Syria Lycra RED

TSYL004: Syrian Hijab Tudung Syiria Lycra BLUETSYL004: Syrian Hijab Tudung Syria Lycra BLUE

Friday, April 9, 2010

Fesyen Tudung Terkini 2010 : Tudung Lycra Purnama Merindu



Bagai pungguk rindukan bulan, malam akan sepi tanpa siulan si pungguk... 

Cewahhh.. bermadah berseloka la plak kali ni. :D Sebenarnya, tudung terkini yang baru sahaja berada dipasaran ni di gelar moonlight hijab. Tapi untuk versi Melayu, lebih mesra alam dengan sebutan Purnama Merindu.

Harganya cuma RM28.00 sahaja. Tiada kos penghantaran yang perlu dibayar. FREE OF CHARGE, saya akan bagi penghantaran dengan pos percuma.

Material kain Lycra Korea digunakan dalam pembuatan tudung ini, dengan jahitan 'double' yang nampak kemas. Accessori pada awning versi 'ala ekin' ini adalah batu-batu kristal beserta material berkilat ala-ala bling-bling.. glamour tu!

Banyak warna-warna menarik, ada yang lembut, dan juga warna garang. Semuanya cantik-cantik kan!

Waktu ni saya tak sempat nak update dalam online store. Mungkin siang sikit saya akan upload. OK!

p/s- kena travel jap...

UPDATE : Produk sudah ada dalam online butik

Monday, April 5, 2010

Koleksi Selendang Corak Pelangi


Bahan fabrik : polyster
Ukuran : 21 x 64 inci (52.5 x 160 cm)

Sila pilih 3 jenis corak (sama / berlainan) untuk pembelian ini, kerana harga yang tersenarai adalah untuk 3 selendang.

Anda boleh mencampurkan mana-mana jenis pattern / corak daripada senarai item bermula dengan kod SSPC001-a, SSPC001-c... SSPC002-d, SSPC003-e.. dsb (selendang yang bermula dengan kod SSPC).

Cara-cara pemakaian selendang, sila tengok di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...