Showing posts with label Selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat hari raya. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pelanggan Muhasabah Trading. Sempena hari raya Aidilfitri 1432H, kami memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap kami dalam kesibukan berurus niaga secara online dan offline.

Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun, kami masih bersyukur ke atas hadrat Ilahi yang masih memberikan kami peluang untuk meneruskan perjuangan memperagakan koleksi pakaian muslimah di website kami.

Kami juga memohon maaf kepada segelintir kecil pelanggan yang terpaksa menerima hakikat yang kadang kala item yang dipinta berstatus 'available', tapi atas kealpaan kami, ia tidak berada dalam simpanan kami, atau telah rosak.

Namun, atas dasar tanggungjawab, kami berusaha menggantikannya dengan koleksi tudung / selendang yang setara nilai, atau pun memulangkan wang yang telah dikirim kepada kami.

Kami sedar, wang bukanlah segalanya, walau pun perniagaan dibina atas dasar mengejar duit dan kekayaan. Apa yang penting bagi kami adalah kepuasan pelanggan, yang perlu dititik beratkan dan dijaga sepanjang masa. Ini semua adalah untuk menjaga reputasi syarikat kami yang masih terus bertahan dipersada perniagaan online semenjak tahun 2002, tanpa dilabel sebagai Muhasabah Trading spam atau penipu dunia siber.

Duit boleh dicari, tapi kepercayaan akan hilang lenyap sekelip mata jika kita melakukan walau hanya sekali kesilapan.

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Akhir kata, maaf sekali lagi dari hujung rambut dan kaki, halalkan segala rezeki yang kami terima di dalam dunia maya ini selama kita berurus niaga.

Wasalam.

Sham
Muhasabah Trading
Merlimau, Melaka.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan seribu kemaafan dipinta


Salam Syawal buat semua pembaca blog dan pelanggan Muhasabah Trading. Sempena Syawal yang bakal menjelma esok, kami di Muhasabah Trading ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Ribuan kemaafan juga kami pohon kiranya terdapat kesilapan, kekurangan serta kelemahan dalam menjalankan urusniaga online bersama anda.

Dalam kesibukan membuat anda membuat persiapan serta shopping, kami pula sibuk berurusniaga secara offline, hinggakan senarai produk online kami tidak dapat 'update' dengan produk-produk tudung terkini, shawl serta selendang. Insyallah kami akan mula menyenaraikannya seawal mungkin selepas beberapa hari kita semua memasuki Syawal.

Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Ikhlas,
Sham

Friday, September 18, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam buat semua pengunjung dan pembaca blog Muhasabah Trading : Muslimah Clothing. Hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa, bermakna berakhirnya Ramadhan. Syawal akan kunjung tiba pabila terbenamnya matahari pada petang ini nanti. Sepanjang hari ini, saya akan berada di Expo Ramdahan tanjung Emas, Muar, menantikan kedatangan para pelanggan yang melakukan aktiviti membeli-belah buat kali terakhir sebelum hari raya mengunjung kita esok.

Terima kasih kepada para pelanggan yang menyokong saya dan tidak jemu melanggan produk tudung dan jubah yang saya sajikan. Insyaallah, saya akan cuba memberikan yang tebaik buat anda.

Kesempatan hari terakhir puasa ini, saya menyusun 10 jari andai kata tulisan saya menyinggung perasaan anda semua. Saya juga minta halalkan segala pembelian yang dilakukan jika ada tersilap atau terkurang (sila emel saya di samdaddycool@gmail.com) jika ada perkara yang berbangkit, Insyaallah, saya akan cuba selesaikan.

Akhir kata, Selamat menyambut hari lebaran. Selamat berhari raya, memandulah secara berhemat ketika pulang beraya dan menziarahi sanak saudara di kampung. Bersabar dan bertimbang rasa amalan kita.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...