Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Iklan / advetorial koleksi pakaian muslimah



Salam buat semua,

Blog kami ini mempunyai kekuatan dan mendominasi SERP untuk Bing, Google dan Yahoo bagi beberapa katakunci (keywords). Berikut adalah contoh-contoh keyword yang masuk ke blog ini pada bulan lepas (diambil daripada statistik Nuffnang):

KeywordsHits
koleksi baju kurung moden terkini54
pattern jubah42
jubah raya terkini23
fesyen baju kurung terkini19
jubah murah online17
jubah kanak-kanak perempuan16
baju kurung terkini15
pakaian muslimah ke pejabat15
cara memakai pashmina12
koleksi jubah kanak-kanak perempuan11


Sehubungan itu,kami membuka peluang kepada anda untuk mempromosikan apa-apa jua jenis perniagaan yang berkaitan. Sila emel kepada kami di 1@MuhasabhTrading.com untuk peluang ini. Kami mengenakan bayaran RM 50 untuk satu post advertorial.

Terima kasih.

Sunday, September 25, 2011

Koleksi Tudung Kanak-kanak Bunga Ros spider

* model : Fatin, 6thn . memang muka dia depan kamera tak reti nak senyum...  haishh...



Salam buat semua,

Kali ini kami hidangkan koleksi tudung kanak-kanak yang come lote, cute dan menawan. Saya akui, ramai orang dewasa yang melihat secara 'live' tudung bunga ros spider ni teruja untuk membeli tanpa menyangka ia adalah tudung budak.


Harga RM18, (FREE shipping / pos) dalam Malaysia, termasuk Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).


Senarai penuh, boleh klik link ini; Koleksi Tudung Kanak-kanak Bunga Ros spider


Sunday, May 2, 2010

Koleksi Tudung kanak-kanak

Salam semua,

Mari kita tengok koleksi tudung fesyen terkini untuk kanak-kanak perempuan pula. Ramai juga orang dewasa nak membeli untuk diri mereka sendiri, sebab ingatkan tudung ni saiz dewasa. Sebabnya memang coraknya sangat lawa dan cantik.

Material - spandex
Labuh dagu ke bawah - 9 inci ( 23cm)
Model - Fieza (5 tahun)

Tudung kanak-kanak ini sesuai dipakai untuk peringkat umur antara 3- 7 tahun. Model tu Fiza, sepupu saya berumur 5 tahun. Sedang-sedang je dipakai, nampak ngam-ngam. Kalau kakaknya yang tembam umur 8 tahun plak, dia kata ketat bila pakai.


 
 
Klik sini untuk senarai penuh koleksi tudung kanak-kanak


Wednesday, November 18, 2009

Koleksi Jubah Saiz Kanak-kanak / Remaja / Wanita bertubuh kecil - THAI SILK

Beberapa pasang koleksi jubah bersaiz 32 / 34 / 36 baru sahaja dimasukkan ke dalam ebay store kami. Harap maaf kerana online store kami tidak dapat dilayari. Saya pun tidak tahu maslah sebenar. Memang syarikat hosting ini bermasalah, telah beberapa kali server mereka down, menyebabkan senarai barangan kedai online kami tidak dapat dipapar.

Ok, berbalik kepada jubah saiz kecil ini, terdapat hanya beberapa stok terhad dalam koleksi simpanan kami. Siapa cepat, dia dapat, terutama untuk anak remaja anda bagi menyambut Aidil Adha tidak lama lagi. Penghantaran biasanya mengambil masa 2 hari hingga ke 3 hari selepas pembayaran dibuat, bergantung waktu pembayaran dan juga jadual saya. Insyaallah, penghantaran masih lagi PERCUMA untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

Layari koleksi jubah kanak-kanak jojet / chiffon / thai silk untuk senarai penuh.


Wednesday, October 7, 2009

Koleksi terkini : Jubah kanak-kanak & remaja perempuan


Kali ini kami menghidangkan koleksi jubah kanak-kanak & remaja perempuan yang diperbuat daripada kain jojet dengan sentuhan labuci serta sulaman. Gaya yang dipersembahkan adalah mengikut rekaan jubah Arab. Pastinya si kecil akan tampil dengan gaya yang comel dan menarik pabila mengenakan jubah kecil saiz ini. Hanya satu lapis kain jojet digunakan untuk jubah Arab saiz kecil ini.

Saiz yang boleh didapati adalah daripada sekecil saiz 28 hinggalah saiz 36 (lingkungan umur 5 tahun - 16 tahun) bergantung kepada saiz anak gadis anda. Kami akan menyediakan ukuran penuh bagi setiap saiz yang ada ; bahu ke tangan, lebar bahu / pinggang / bawah, labuh bahu ke bawah.

Koleksi jubah kecil ini terdiri daripada warna :

  • hitam,
  • hijau t. lembu,
  • hijau pucuk pisang cair,
  • ungu,
  • merah hati,
  • coklat tanah,
  • coklat cair
  • khaki.




Harga pasaran semasa bagi jubah saiz kecil ini adalah RM 80 manakala kami hanya mengenakan RM 68.99 sahaja termasuk penghantaran percuma bagi alamat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.





Senarai penuh boleh didapati di kedai online kami
http://MuhasabahTrading.com/store.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...