Monday, June 28, 2010

SMS... minta maaf tak semuanya terjawab


Salam buat semua pembaca blog Muhasabah Trading : pakaian muslimah. Buat masa ni saya belum upload apa-apa koleksi tudung terkini, mahupun jubah atau baju kurung. Saya agak sibuk dengan urusan offline buat masa ini. Insyaallah akan saya masukkan koleksi pakaian muslimah terkini dalam masa terdekat.

Tujuan utama saya membuat entry ini adalah sebagai meminta maaf kiranya anda ada menhantar sms tetapi saya tidak menjawabnya. Perkara utama menyebabkan saya tidak mampu menjawabnya pabila sms tersebut menyatakan "eg. item kod tsj0036, masih ada lagi tak?". Walhal semuanya boleh dilihat statusnya dibahagian bawah 'description item', jika tiada, akan tertulis SOLD OUT. Jika saya berada diluar, bukannya dihadapan laptop, memang saya tidak mampu menjawabnya. Kadang kala, saya akan membalas juga mengatakan 'saya berada diluar'.

Saya cuba memahami dan sebolehnya tidak menghamburkan kata-kata (sms) yang bernada menyinggung perasaan. Saya juga cuba untuk memahami bahwa tidak semua pelanggan mahir membeli belah secara online menggunakan shopping cart.

Sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa segala item yang berada di dalam Butik Online Muhasabah Trading berstatus AVAILABLE, kecuali tertulis SOLD OUT di bahagian bawah.

Akhir kata maaf sekali lagi sekiranya entry ini menyinggung perasaan anda. Saya juga manusia seperti anda semua, tidak dapat lari aripada melakukan kesilapan.

Wasalam

Sham
Muhasabah Trading
Muar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...