Showing posts with label karnival. Show all posts
Showing posts with label karnival. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Uptown Bandar Maharani 2010


Salam semua,

Uptown Bandar Maharani secara rasminya akan bermula pada tanggal Jumaat, 17 Disember 2010. Seterusnya akan menjadi acara mingguan untuk hari Jumaat dan Sabtu. Lokasi uptown ini akan bertempat di Jalan Sisi, Muar.

Muhasabah Trading merasa bertuah dapat menyertai para peniaga lain memeriahkan karnival jualan uptown ini. Bagi para pelanggan dan pembaca blog Muhasabah Trading, kami menjemput anda semua memeriahkan uptown ini, yang bermula seawal 6 petang hingga jam 1.00 pagi.

Jumpa kami di sana!

Sunday, November 28, 2010

Muhasabah Trading berada di Karnival Usahawan bandar Kluang

Salam semua.

Kami telah berada di karnival usahawan bandar Kluang semenjak 25 November 2010 dan akan berlangsung sehingga 19 Disember ini. Jika anda ke bandar Kluang, atau sememangnya menetap di Kluang, singgah-singgahlah ke boot jualan kami.

Pastikan anda memperkenalkan diri sebagai pelanggan / pembaca blog koleksi pakaian muslimah ini untuk mendapatkan potongan harga istimewa.

Jumpa di sana!

Wednesday, February 3, 2010

Muhasabah Trading di Gemas, N. Sembilan

Salam,

Muahasabah Trading akan berada di Expo pekan Gemas, Negeri Sembilan selama sebulan, bermula esok 4hb Februari 2010. Insyaallah kami akan menyajikan tudung-tudung serta koleksi jubah terkini semasa berada di sana. bagi anda yang berada di kawasan Gemas N.S. ini adalah peluang bagi anda untuk mendapatkan harga borong bagi tujuan bisnes.

Untuk online store pula, Insyaallah, saya akan cuba mengemaskini serta upload produk-produk terbaru, khususnya koleksi selendang Yuna dan pashmina yang kini menjadi trend serta ikutan remaja.

Jumpa anda di sana.

Friday, January 29, 2010

Karnival Ulangtahun Jubli Perak Pasar Tani FAMA daerah Melaka Tengah 2010

Salam,

Kami kini berada di tapak Pasar Tani DESARAYA, Kandang, Melaka (di tepi lebuhraya AMJ -Melaka / Muar) bermula Khamis hingga Ahada ini (28 - 31 januari 2010). Karnival diadakan bersempena sambutan 25 tahun Pasar tani FAMA. Pelbagai produk boleh didapati di sini khususnya produk IKS seperti kek, dodol, coklat, barangan basah harian dan pelbagai lagi. Juga terdapat di sini pelbagai koleksi batik sutera asli dari Kelantan, koleksi tudung dan produk agro (baja/ set fertigasi).

Jika anda berada di kawasan Melaka mahupun Muar, sila singgah ke gerai jualan kami bagi mendapatkan koleksi tudung dengan harga murah (juga borong) serta pelbagai koleksi jubah, baju kurung serta baju blouse dengan potongan harga 20%. Jika anda ke sana, jangan lupa beritahu kami anda menjumpai promosi melalui laman blog Muhasabah Trading ini.

Jumpa di sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...