Showing posts with label abstrak. Show all posts
Showing posts with label abstrak. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Koleksi Selendang Terkini 2011: Cotton pelangi abstrak











bahan fabrik : kain kasa (vicose)
Ukuran : 22 x 58inci ( 55cmx 145cm)
Hiasan: Hujung selendang rambu ramba, warna pelangi dengan kesan renjisan clorox


Price : USD$ 3.40
Harga : RM 10 (free pos seluruh Malaysia)

Ini merupakan style selendang terkini yang sedang hangat dipasaran. Material menggunakan viscose, dimana kebanyakan orang memanggilnya dengan nama kain kasa. Struktur permukaan seperti kain cotton, agak kesat, memudahkan proses membentuk jika ingin dijadikan tudung menutup kepala.

Sunday, January 3, 2010

Koleksi Fesyen Baju Kurung Modern 2010

Salam buat semua.

Ini merupakan entry pertama blog Muhasabah Trading pada tahun 2010 ini. Tahun baru, semangat baru dan semestinya kami juga ingin tampil dengan produk-produk serta koleksi-koleksi fesyen terkini. Tak kira samada koleksi fesyen jubah, koleksi fesyen tudung, mahupun koleksi fesyen baju kurung moden.

Kedai Online Rasmi : http://muhasabahtrading.com/store/



Sebelum ini saya memang tidak mahu menambah koleksi kami dengan fesyen baju kurung modern, tetapi atas permintaan serta 'demand' yang agak tinggi, saya cuba masukkan dahulu beberapa pasang. Baju kurung moden yang baru sahaja saya ambil ini boleh didapati dalam saiz 38 dan 40 sahaja (untuk yang berbadan remaja / kecil / kurus / 'slim-slim' sahaja buat masa ini). Insyaallah lain kali kami akan menambah saiz-saiz serta rekaan corak yang lain dari masa ke semasa.








Warna yang ada pula adalah warna ungu-merah, merah-oren, serta hijau-coklat, manakala material atau kain yang diguna adalah kain sifon diluar serta kain spandex sebagai lining / inner baju kurung moden ini. Bahagian lengan (tangan) diperbuat mengikut trend 'tangan CT' beserta dengan butang untuk mengkancingnya. Leher ke dada pula dihiasi dengan jahitan manik-manik yang tersusun rapi dan cantik,




Harga yang biasa ditawar dibutik-butik serta kebanyakan kedai-kedai di luar sana adalah dalam lingkungan RM 120 - RM 180 manakala harga yang kami tawarkan dalam ebay store Muhasabah Trading hanyalah RM 110, termasuk penghantaran PERCUMA keseluruh Malaysia. Memang harga yang ditawar murah, munasabah dan berpatutan, memandangkan anda tidak perlu membayar kos tambahan untuk proses penghantaran (menggunakan pos laju). Kualitinya dijamin setanding dengan yang ada di ruang pameran butik-butik ternama.


Sila layari ebay store Muhasabah Trading
untuk melihat gambar-gambar yang lebih jelas untuk koleksi baju kurung ini.

Ukuran saiz 38 dan 40 baju kurung modern corak abstrak

Jika sudah berkenan di hati, apa tunggu lagi? Daftar dengan ebay.com.my dan BUY IT NOW, sementara stok masih ada. Siapa cepat dia dapat kerana stok adalah terhad. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan pindahan wang / ATM / CDM (cash deposit machine) ke akaun maybank saya. Sila emel selepas pembayaran dibuat.

Wasalam

Thursday, December 10, 2009

Koleksi Jubah Batik Dress sentuhan gaya baju kurung modern










 Bagi peminat dan pemakai jubah, kali ini kami menampilkan koleksi terkini Muhasabah Trading iaitu jubah batik (dress) dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Sekali pandang, ramai yang menyangka ini adalah baju kurun moden, tetapi ia sebenarnya adalah jubah dress iaitu hanya msekali sarung sahaja dan anda bersedia untuk ke majlis perkahwinan, ke pejabat mahupun untuk waktu-waktu santai.

Apa yang lebih menarik, jubah dress batik ini sangat sesuai untuk majlis makan malam (annual dinner) yang kebanyakkannya dibuat menjelang penghujung tahun. Bagi pekerja sektor kerajaan, semestinya jubah batik ini sangat bertepatan dengan hari Khamis - pemakaian wajib batik ke pejabat.

Terdapat 4 warna dalam koleksi kami iaitu warna biru muda, merah jambu (pink), oren terang dan juga ungu (purple). Saiz yang ada terdiri daripada saiz 40, 42, 44, 46, 48, dan 50. Stok adalah terhad. Layari ebay store kami untuk senarai harga dan paparan penuh saiz yang ada di

http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Trading


 

Thursday, November 5, 2009

Tudung Instant Labuh Sarimah corak abstrak 'rimau bintang'


Kali ini kami menghidangkan kepada anda semua, tudung segera (sarimah) dengan corak abstrak ala harimau bintang. Tudung instant ini menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh dagu ke bawah - 18" inci (45 cm).

*Penghantaran PERCUMA untuk alamat di Malaysia (termasuk Sabah / Sarawak). Pembelian melebihi RM 100 mendapat hadiah misteri + pos percuma + diskaun. Masa penghantaran 2 - 4 hari bekerja.

Harga pembelian adalah untuk 3 helai tudung. Sila hantarkan nota kod tudung atau emel kepada saya - muhasabah.trading@yahoo.com

Sunday, October 11, 2009

Tudung Corak organik floral abstrak gaya Ariani batu


SAlam,

Tudung koleksi kali ini adalah tudung versi awning batu dengan corak yang segar, kontemporari abstrak yang diinspirasi daripada tudung ariani. Corak organik menghiasi fabrik tudung yang menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh daguh ke bawah - 16 " inci (40 cm).

Dalam senarai tudung di kedai online kami, terdapat beberapa tudung yang hampir sama corak motifnya, cuma terdapat perbezaan yang tidak berapa ketara. Ada diantaranya sedikit berbeza dari segi corak susunatur batu pada awning. Amati dengan teliti untuk membezakan senarai tudung ini yang tersenarai berasingan setiap satu.

Dalam senarai online store, ia akan dikenali sebagai : Tudung awning batu floral abstrak ori.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...