Sunday, April 12, 2009

Masih lagi tercari-cari siapakah yang bank in dalam maybank

Salam...

Saya masih ternanti-nanti update daripada sipembayar yang telah memasukkan duit ke dalam akuan maybank saya. tak tahu siapakah gerangannya... Sebab yang dah beli tapi belum bayar memang ramai lagi.. Ada jumlah dalam 38 tudung masih lagi belum dibayar.... (lebih kurang RM 700 ++ ).

Saya baru sahaja menghabiskan hujung minggu yang sibuk, berniaga di pasar malam, pasar pagi serta pasar tani. Ada cabaran sedikit bila musim hujan. Nasib baik ada juga kedai serta tudung online yang dapat mengimbangi perniagaan saya ni.

Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Apatah lagi keadaan saya yang masih lagi belajar menguruskan kewangan, perniagaan serta jenis-jenis tudung yang pelbagai serta bertukar-tukar jenis dan fesyen. Tambahan pula keadaan ekonomi yang masih belum stabil, ditambah pula cuaca hujan yang tidak menentu. Semuanya adalah cabaran untuk saya sebagai seorang hamba.

Saya juga manusia bisasa yang pernah mengalami kegagalan, kejatuhan serta kekecewaan dalam dunia perniagaan dan hidup. Namun saya punyai Adam Harith, yang memberikan saya kekuatan ketika jatuh dan bangun. Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang dan kekuatan untuk terus menempuh cabaran dan juga rintangan. Saya bersyukur, Muhasabah Trading yang baru setahun jagung, telah mengalami proses jatuh bangun, tersungkur dan bangun kembali.

Perjuangan belum selesai, selagi nafas bernyawa, selagi jantung berdegup. Insyaallah saya akan teruskan perjuangan.

p/s - hari ni saya nak mencari jubah (abaya) untuk tambah koleksi jubah yang dah makin kurang. Tudung-tudung mungkin tak banyak saya ambil, sebaba stok banayak lagi (online dan offline). Mungkin akan ambil stok yang mana banayak permintaan, dan juga tudung versi harga murah.

Doakan saya berjaya dan selamat. Wish me luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...