MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) Muar, Johor. http://MuhasabahTrading.com
Showing posts with label tradisional. Show all posts
Showing posts with label tradisional. Show all posts
Sunday, November 24, 2013
Panduan lengkap memulakan perniagaan bisnes baju kurung
Assalamualaikum wbt
Tanpa kita sedari, baju kurung merupakan pakaian utama kebanyakan pekerja wanita di Malaysia. Malah, jika kita amati, bukan setakat kaum Melayu memakainya. Kadang-kala anda akan melihat bangsa Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain memakainya untuk ke pejabat.
Apatah lagi kebelakangan ini, pakain batik merupakan pakaian wajib bagi kakitangan kerajaan pada hari Khamis. Ini menambah lagi statistik bilangan pemakaian baju kurung sehari-hari.
Klik sini; Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
Saya sendiri sebagai peniaga yang baru berjinak-jinak dengan bisnes baju kurung pernah menanyakan soalan kepada beberapa orang guru wanita, samada mereka membeli baju kurung 'jarang-jarang' atau hampir setiap masa sepanjang tahun. Jawapan yang diberi sememangnya menggembirakan hati saya ketika itu, kerana mereka membelinya sepanjang masa.
Saya mempunyai ramai kawan yang mempunyai perniagaan pakaian wanita ini (pakaian muslimah). Mereka memang mempunyai perniagaan samada di uptown, pasar malam atau pun kedai statik (dan butik). Waktu-waktu biasa selain hari raya, mereka masih lagi berjualan baju kurung seperti biasa. Tetapi, tunggu pula ketika bulan Ramadan, bulan yang ditunggu-tunggu untuk meledakkan jualan pakain baju kurung ini. Memang mereka membuat keuntungan yang sangat banyak!
Klik sini ; Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
Nah apa lagi yang mahu saya katakan? Sudah jelas lagi bersuluh. Bisnes baju kurung yang termasuk dalam kategori pakaian (3 keperluan asas manusia 1- makanan 2- pakaian 3- tempat tinggal) sememnagnya mempunyai demand (permintaan) yang tinggi.
Jika anda mengintai-intai peluang perniagaan, inilah masanya anda membuat duit dengan perniagaan sendiri. Dapatkan panduan lengkap untuk memulakan bisnes bisnes baju kurung. Anda akan diajar dan dibimbing dengan terperinci. Klik sini; Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
borong, harga, beli,
Thursday, October 18, 2012
PROMOSI HARGA RUNTUH e - buku Jahit Baju Kurung
Salam.,
Saya baru terbaca ada emel daripada penulis ebook panduan jahit baju kurung. Saya salin semula isi emel tersebut untuk perkongsian anda:
Di sini saya ingin mengumumkan mengenai PROMOSI HARGA RUNTUH ebookJahit Baju Kurung sempena ulangtahun pertama website panduanbajukurung.com serta sambutan Aidil Adha yang bakal menjelma.Berikut adalah butirannya:
Tempoh Promosi:17 Oktober sehingga 19 Oktober 2012
Harga Promosi:1 ebook = RM35 (harga asal = RM50). Jimat RM15.2 ebook = RM 60 (harga asal = RM90). Jimat RM303 ebook = RM90 (harga asal = RM130). Jimat RM40
dapatkan panduanbajukurung
Sekiranya ada pembeli yang tidak mengetahui mengenai promosi hargaruntuh ni dan membuat bayaran dengan harga asal pada tempoh promosi,duit baki akan dipulangkan semula kepada pembeli.
Sunday, June 17, 2012
Panduan Kerja sambilan di rumah jahit baju kurung
Salam buat pembaca yang dihormati,
Bulan Rejab sudah berada dipenghujungnya, dan bulan Syaaban bakal menjelma. Apa yang pasti, bulan Ramadhan akan menyusul sebulan daripada sekarang, bulan di mana para muslimin dan muslimat akan sibuk berbuat ibadah dan juga membuat persiapan bagi menyambut Syawal, hari raya Aidilfitri 1433H.
Bagi kebanyakan surirumah zaman kini, persiapan menyambut hari raya adalah lebih kepada membeli belah barangan keperluan seperti langsir, cadar, baju kurung dan Melayu, tudung serta kuih raya. Namun, tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah membenarkan pendapatan isi rumah kita keluar dek kerana membeli baju kurung yang telah siap berjahit, atau pergi menempah baju kurung.
Purata harga upah untuk sepasang baju kurung, bermula daripada RM25, dan kebiasaannya berada pada paras harga RM40 (bergantung kepada lokasi - kampung / bandar). Bayangkan jika anda mempunyai 3-5 anak perempuan termasuk anda si isteri. Jumlah kos yang perlu disediakan untuk :
3 anak + 1 ibu = RM40 x 4 pasang baju kurung = RM160.
ATAU, fikirkan ini.......
Anda memang bercita-cita ingin membantu suami menambah pendapatan keluarga. Mungkin selama ini, anda selalu tercari-cari kerja sambilan di rumah. Apa kata anda belajar dan dapatkan "kelas jahitan" dalam bentuk ebook (e-buku), yang akan memberikan anda panduan lengkap A-Z cara-cara dan kaedah jahit baju kurung.
Anda TIDAK perlu menghabiskan ratusan ringgit untuk mengikuti kelas menjahit baju kurung. Jangan ambil remeh panduan ini kerana ia adalah MUDAH, MURAH dan PRAKTIKAL. Kelebihan ebook ini:
- 1) Senang difahami dan diikuti walaupun anda LANGSUNG TIADA ASAS DALAM JAHITAN.
- 2) Jaminan pulangan wang 100% dalam tempoh 30 hari jika tidak berpuas hati.
- 3) Tidak perlu menghadiri kelas menjahit, boleh belajar bila-bila masa.
Setiap kejayaan, bermula dari langkah yang kecil. Mulakan dengan belajar menjahit baju kurung sendiri dulu. Kemudian ambil upah menjahit baju secara kecil-kecilan. Kemudian buka kedai jahit atau butik sendiri.
Apa tunggu lagi? KLIK SINI dan dapatkan panduan jahit baju kurung anda sekarang.
Semoga berjaya.
Wednesday, May 20, 2009
Nak petua mengandung
credit thesun.co.uk
Salam,
Post pada kali ini bukan berkisar tentang tudung, mahu pun koleksi jubah terkini. Apa yang saya ingin kongsikan adalah petua dan panduan bagi para suami isteri yang masih belum menimang cahaya mata.
Betul, belum ada anak adalah ketentuan Allah. Tapi kita sebagai manusia perlulah mencuba bagi mencari jalan keluar kepada masalah yang timbul. Bagi yang telah setahun atau bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, tapi masih belum mempunyai anak, mungkin ia adalah satu mimpi ngeri. Mungkin sudah banyak petua atau teknik perubatan samada moden, mahupun tradisional sudah dicuba. Hasilnya tetap sama... belum ada rezeki, gagal dan masih belum hamil.
Mungkin juga anda pernah mengalami keguguran dan selepas itu peluang untuk hamil tidak muncul kembali. Anda sendiri tidak tahu di mana puncanya dan kenapa masih belum berjaya untuk mengandung.
Sentiasalah berfikiran positif. Teruskan usaha dan jangan sekali-kali mengalah. Disamping kita berusaha, sematkan tawakal dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.
Disini daya ingin berkongsi kepada anda semua sebuah panduan tips untuk senang hamil. Segala tips, petua dan panduan bagi mendapatkan cahaya mata mungkin akan berjaya dengan ebook ini, dengan izin Allah swt.
Akhir kata, selamat mencuba dan sebar-sebarkan kepada rakan taulan anda yang masih mencari peluang untuk hamil. Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)