- 3 kali ujian darah untuk memantau kencing manis semasa dalam kandungan.
- Ibu ditahan wad 2 bulan lepas kerana kencing manis.
- 38 minggu dalam kandungan.
- Tekanan darah tinggi (bacaan 165 ketika ibu dimasukkan ke wad semalam).
- Bayi keluar jam 8.20 pagi , 29 Oktober 2009 - 10 Zulkaedah 1430.
- Berat bayi 3.4 kg untuk ibu yang bertubuh kurus.
- Komplikasi pernafasan pada bayi (ditahan di wad bayi - diberi ubat serta tiub oksigen).
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang mengizinkan semua ini dan memberi ujian buat hambaNya. Walaupun pelbagai dugaan kepada ibu dan bayi, Insyaallah semuanya akan selamat. Saya berada di rumah ketika ini, balik sebentar untuk berehat, menyediakan apa-apa yang patut serta menanam uri.
Doakan yang terbaik untuk anak kedua saya ini.