Showing posts with label store. Show all posts
Showing posts with label store. Show all posts

Friday, April 1, 2016

Koleksi pashmina terbaru 2016

Koleksi selendang pashmina yang gred A, kualitinya pasti memuaskan hati. 
Sila klik pada gambar untuk membeli. Anda akan dibawa terus ke online store kami.


http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=610 


http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=609 



http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=611 


http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=612 




http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=613 



http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=614 




http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=615 



http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=616 


http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=617  



http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=618  



http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=620  



http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=2_8&products_id=621  



cara memakai pashmina terkini
cara pakai pashmina labuh
cara pakai tudung pashmina panjang
tutorial shawl pashmina panjang
pashmina shawl macy's
how to wear pashmina shawl
authentic pashmina shawl
cashmere pashmina shawl
koleksi pashmina

cara pakai pashmina panjang
cara pakai pashmina simple
cara pakai pashmina kaos polos
cara pakai pashmina modern
cara pakai pashmina sifon
cara pakai pashmina 2012
cara pakai pashmina macam tudung bawal
grosir pashmina sifon

Friday, October 30, 2015

Rossmax Blood Pressure Arm Monitor


Device untuk memantau tekanan darah yang boleh kita lakukan sendiri di rumah. Sesuai untuk sesiapa yang berisiko menghidap darah tinggi, ibu mengandung, mahu pun sekadar untuk memastikan tekanan darah terkawal setiap hari.

Amat mudah untuk diguna, hanya balut di lengan, sama seperti yang selalu diguna oleh doktor dan pembantu perubatan di hospital serta klinik.

Didatangkan dengan fungsi bercakap, pengesan pergerakan, pengesan denyutan jantung tidak tetap, penunjuk risiko hipertensi dan 90 set bacaan memori dengan purata 3 bacaan yang lalu. 

Berjenama Rossmax, menggunakan teknologi kabur sebenar (menentukan tekanan kaf yang ideal berdasarkan tekanan darah sistolik dan saiz lengan). Teknologi ini menghapuskan ketidakselesaan pada lengan akibat seting pengembungan tinggi yang tidak perlu dan juga mengelakkan bacaan yang tidak tepat disebabkan oleh paras pengembungan kaf yang salah. Rossmax Blood Pressure Arm Monitor ini mempunyai warranti 5 tahun.



Monday, May 3, 2010

Inner Tudung Syria


Salam,

Ada beberapa helai anak tudung Syria (inner) kain lycra Korea baru saya upload kedalam online store. Tak banyak yang tinggal, yang lain dah habis. Insyaallah ada rezeki saya masukkan lagi yang lain.

Anak tudung Syria inner kain kasa (cotton) ada banyak dalam stok. Inner syria cotton ni murah sahaja, tapi ada pelbagai warna. Mungkin saya akan masukkan sehelai-helai, atau mungkin saya akan jual untuk harga borong je sebab murah sangat untuk jual 'loose'.

Terlalu banyak 'ongoing job' kena buat sekarang ni. Saya ingin bertukar kepada full time online home bisnes dan juga full time blogger.

Wish me luck!



ITS001: Head scarf INNER tudung syria RED BLACK

ITS002: Head scarf INNER tudung syria HOT PINK GRAY

 ITS003: Head scarf INNER tudung syria BURGUNDY & VIOLET GRAY

 

 

Friday, March 5, 2010

Kedai Online Muhasabah Trading: Butik pakaian muslimah

Salam semua,

Harapan saya agar anda semua berada dalam keadaan yang ceria dan sihat walafiat. Petang ini Sabtu, ramai orang berada dirumah menonton cerita Hindustan sambil melayari internet, atau mungkin rekreasi di luar sana  bersiar-siar bersama keluarga.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat mengadakan kedai butik online Muhasabah Trading : muslimah clothing dalam keadaan banyak kekurangan serta kelemahan daripada diri ini. Proses upload sedang berlangsung dan saya sedang memindahkan secara berperingkat koleksi jubah dan tudung dalam ebay store kepada MuhasabahTrading.com. Semoga dengan perpindahan online store kami kepada server / platform sendiri, Insyaallah harga bagi koleksi jubah, blouse serta baju kurung akan menjadi lebih murah disebabkan kami tidak perlu membayar ebay fees (dan final value fees) atas setiap item yang terjual.

Insyaallah saya akan cuba update sekerap mungkin serta akan cuba mengadakan harga borong bagi sesiapa yang berminat berniaga secara sambilan / kecil-kecilan.

Petang ini saya baru sahaja upload 3 jenis tudung id batu, harganya lebih kurang rm25 + pos percuma ke seluruh Malaysia.

TBID001: Tudung id batu coco

TBID001: Tudung id batu coco

 

TBID002: Tudung id batu dark oren coco

TBID002: Tudung id batu dark oren coco

 

TBID003: Tudung id batu reddish purple net head scarf

TBID003: Tudung id batu reddish purple net head scarf

 

 

 

 



Sila klik pada tajuk untuk melihat keterangan lanjut, paparan gambar lebih besar serta harga. Untuk makluman anda, harga terpapar adalah dalam USD $ dollar Amerika tetapi anda boleh menukar pilihan matawang di bahagian kiri 'column' online store kami.

Wasalam.

Saturday, December 26, 2009

Koleksi Tudung Online

Salam hormat,

kami di Muhasabah Trading memohon maaf sekiranya anda semua tidak dapat melayari senarai koleksi tudung terkini di Muhasabah Trading Online Store. Ini adalah kerana masa kami yang agak suntuk kebelakangan ini. Kami banyak menyertai Expo dan karnival jualan mega harga borong anjuran MARA dan juga FAMA.

Insyaallah kami akan kembali pada tahun 2010 dengan kedai online khas untuk jualan tudung dengan belian pada harga runcit yang murah dan juga pada harga borong. Kedai Online ini akan merangkumi pasaran Malaysia, Brunei, Singapura, Australia, New Zealand, United States, dan juga Europe (UK, Italy, Germany, France, Holland dan beberapa lagi negara Eropah). Segala update akan disampaikan di dalam blog ini.

Terima kasih.
Wasalam.

Sham.
Muhasabah Trading.

Sunday, October 18, 2009

Update : Tambahan stok koleksi tudung dan jubah


Salam,

Alhamdulillah bertemu kita kembali. Selamat bertugas bagi yang mula masuk ke pejabat hari ni. Semoga hari anda disulami dengan mood yang ceria dan dipenuhi semangat.

Hari ini saya nak memberikan sedikit update tentang senarai koleksi Muhasabah Trading yang telah mulasaya update secara berperingkat. Yang pasti, saya akan mula menyenaraikan item di kedua-dua online store, samada ebay mahupun online store kami sendiri. Cuma yang membezakannya adalah darisegi harga koleksi jubah yang jauh lebih murah dalam kedai online kami sendiri. Ini disebabkan saya tidak menanggung kos tambahan (seperti yang dikenakan oleh ebay bila menyenaraikan item, dan bila item terjual).

Koleksi jubah dalam kedai online kami akan cuba disenarai dengan harga yang serendah mungkin (harga borong), membolehkan anda meniagakannya semula. Kos penghantaran keseluruh Malaysia adalah PERCUMA. Sila emel saya atau telefon jika anda menginginkan item dihantar ke alamat selain alamat anda yang tertera dalam borang invois ebaya / online store kami.

Koleksi tudung mula saya tambah secara berperingkat, manakala saya akan mula menyenaraikan koleksi selendang pelbagai gaya (juga material) serta himpunan koleksi tudung murah. Bagi kategori ini, saya akan cuba menggabungkan sekurang-kurangnya 3 item (harga lingkungan 2 - 3 tudung / selendang) bagi mengurangkan kos penghantaran percuma yang kami tanggung dan perlu berbaloi bagi saya menguruskannya.

Insyaallah, saya akan cuba memastikan yang terbaik bagi anda. Harapan saya agar anda semua berpuas hati dan gembira dengan item yang diterima.


Kedai kami sedang dalam operasi 'setup'. Ambil masa sikit nak siapkan semuanya. Saya banyak habiskan masa bisnes online buat masa ni. Jadi lambat sikit kerja offline. Tambahan pula saya berada di Muar, kedai di Tangkak, kadang-kadang tak sempat nak pergi, dah petang... Insyaallah, bila dah siap setup nanti, saya akan upload gambar di blog ini.


Jumpa lagi.

Sham
Muhasabah Trading, Muar, Johor.

Wednesday, September 9, 2009

Senarai koleksi jubah dengan harga murah

Salam,

Selepas mengambil kira kos yang berkurangan kerana menyenaraikan koleksi jubah di dalam Muhasabah Trading online store kami sendiri, saya mengambil keputusan untuk memberikan harga diskaun untuk senarai koleksi jubah. Apa yang menariknya, harga tersebut membolehkan anda membuat bisnes dengan menjual jubah-jubah tersebut kepada rakan sepejabat, jiran atau sanak saudara.


Dropship dihentikan buat sementara waktu hingga waktu sesuai yang akan diumumkan kelak.


Saya cuba memberikan harga serendah mungkin , dengan kos penghantaran keseluruh semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah PERCUMA, ditanggung oleh pihak kami. Anda tak perlu gusar tentang masa penghantaran yang akan mengambil tempoh selewat-lewatnya 3 hari bekerja. Ini adalah kerana kami akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.









Apa yang kami cuba wujudkan disini adalah konsep perniagaan 'dropshipping', dimana anda tidak perlu menyimpan stok atau melakukan pembungkusan, malahan tak perlu mengepos. Konsep dropship ini juga akan meberi kemudahan kepada anda untuk berniaga dengan keadaan 'tanpa modal sebenar' .

  • Bagaimana konsep dropship kami?
  • 1. 'Print out' gambar daripada online store kami (untuk offline) / hantar email kepada kenalan / buat 'entry' di blog anda.
  • 2. Terima tempahan pelanggan, seterusnya anda buat pembayaran kepada kami sebelum pukul 1 tengahari dan kami poskan hari itu juga. Seterusnya jubah akan sampai ke tangan anda atau alamat yang dipinta.
  • 3. Sila nyatakan alamat 'daripada pengirim' - jika bukan untuk dihantar kepada anda. Ini untuk menyenangkan pihak Pos Laju 'return item' sekiranya barangan tidak dapat dihantar kepada penerima.
  • 4. Anda juga boleh mendapatkan 'harga borong' ini untuk kegunaan sendiri.
Sila ke www.MuhasabahTrading.com untuk senarai koleksi jubah labuh kami.

Kami akan cuba secepat mungkin untuk menyenaraikan (gambar belum ambil lagi.. :P) :

  • 1. koleksi jubah kanak-kanak kain jojet (pattern Arab).
  • 2. koleksi jubah kanak-kanak kain sutera Thai bersulam.
  • 3. koleksi jubah kanak-kanak kain sifon gaya Siti Nurhaliza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...