Showing posts with label Kemboja. Show all posts
Showing posts with label Kemboja. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

Qurban Online Kemboja

http://www.muhasabahtrading.com/equrban





Assalamualaikum wbt.

Sekadar berkongsi antara kelebihan ibadah korban :


  • ibadah qorban tidak boleh dikhadaq
  • hanya 4 hari sahaja jangka waktu melaksanakannya dalam masa setahun (raya haji dan hari Tasyrik)
  • harus untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban.
  • memberi peluang orang miskin menikmati daging (terutama di Kemboja - ramai yang terlalu miskin)

 Jika anda masih bercita-cita untuk menunaikan ibadah qurban pada tahun ini secara online, peluang masih lagi terbuka. Tempahan untuk qurban online untuk tahun ini di Kemboja masih lagi berjalan. Sila klik link ini untuk booking dan pembayaran.

Memang besar hikmah dan kelebihan ibadah korabn ini. Jika tidak, kenapa ia begitu ditekankan dalam syariat Islam. Lebih-lebih lagi ibadah qurban terhad kepada 4 hari sahaja daripada 365 hari dalam setahun. Bukankah itu sangat-sangat terhad dan istimewa?


Boleh juga baca:

1.Mengapa qurban di Kemboja
2. Tempahan qurban online.
3. Beza Qurban dan Aqiqah

Thursday, September 18, 2014

Masih sempat KORBAN

http://www.muhasabahtrading.com/equrban






Assalamualaikum wbt

Hari ini saya masuk ke lama web equrban dan ternampak 'reminder': 



Maknanya hanya tinggal lebih kurang 12 hari sahaj lagi untuk kita membuat tempahan bagi melaksanakan korban samada di Kemboja, Mekah atau Indonesia (pihak eQurban dan tenaga kerja mereka akan melakukan ibadah korban tersebut di negara-negara terbabit).



Sebelum ini kami pernah melakukan promosi ibdah qurban di dalam blog ini, tetapi tidak melakukannnya secara bersungguh-sungguh. Terikat dengan pelbagai aktiviti perniagaan offline membuat kami sedikit terabai dalam melakukan promosi.

Dalam beberapa minggu ini, kami selalu mendengar penerangan tentang kelebihan ibadah korban di corong radio IKIM. Antara yang boleh dikongsi:
    • ibadah qorban tidak boleh dikhadaq
    • hanya 4 hari sahaja jangka waktu melaksanakannya dalam masa setahun (raya haji dan hari Tasyrik)
    • harus untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban.
    • memberi peluang orang miskin menikmati daging (terutama di Kemboja - ramai yang terlalu miskin)





    MENGAPA di Kemboja, bukan di Malaysia?

    Ramai yang bertanya dan mempersoalkan kenapa dan mengapa ibadah qurban ini dilakukan di Kemboja, bukannya di Malaysia. Kan lebih mudah? Di Malaysia pun ada orang Islam yang miskin.

    JAWAPANNYA; di Kemboja terlalu ramai orang-orang Islam yang sangat miskin dan daif, (makan daging setahun sekali) sehingga kita sangat dituntut untuk melaksanakan qurban. Berbanding di Malaysia, orang yang susah tidak terlalu ramai dan daif seperti di sana.

    Bahkan, kebiasaannya peti sejuk hampir setiap rumah dipenuhi lebih daripada satu bungkusan daging. Malah ada yang tersimpan di dalam peti sejuk lebih daripada sebulan. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya masih mewah berbanding mereka yang lebih memerlukan.

    Jadi, marilah sama-sama kita membuat ibadah qurban yang hanya datang setahun sekali ini. Tanamkan niat dan azam untuk mendapat peluang melakukannya. Inshaa Allah semoga kita diberi kekuatan dalam menjalankan ibadah korban tahun ini. Moga Allah permudahkan jalan kita semua untuk melaksanakan korban. Amin

    Thursday, December 20, 2012

    Beza dan Hukum: Qurban vs Aqiqah



    Sekadar berkongsi tentang aqiqah dan qurban. Sumber asal di http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/26973



    Soalan
    1. Apakah bezanya Akikah dengan Qurban dan Hukum melakukannya juga siapakah
    yang wajib melakukan Akikah terhadap Seseorang?
    2. Daging aqiqah boleh di beri milik kepada orang kaya menakala daging
    korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
    3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda
    kesyukuran kepada Allah, menakala korban dilakukan kerana memperingati
    peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.
    4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah
    sunat disedekahkan setelah di masak.
    5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan manis-manis, dengan doa harapan agar
    agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
    6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya menakala
    tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
    7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat,
    menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.
    i. Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak
    bulu binatang yang dikorban.
    ii. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa
    yang telah lalu.
    iii. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat
    yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala.


    Perbezaan Antara Aqiqah Dan Korban 
    Kebanyakkan daripada hukum aqiqah dan korban itu mempunyai persamaan, sama
    ada dalam hukum sedekah, hadiah, makan, menyimpan daging dan menentukan
    kadar daging yang dimakan adalah sama dan tiada perbezaan di dalamnya.
    Walaupun yang demikian itu, ada sedikit perbezaan hukum antara aqiqah dan
    korban tersebut. Seperti daging aqiqah itu hendaklah dimasak terlebih
    dahulu, sedangkan korban diberikan dalam keadaan mentah. Daging aqiqah
    jika diberikan kepada orang kaya nescaya akan menjadi miliknya, manakala
    daging korban jika diberikan kepada orang kaya tiadalah orang kaya itu
    memilikinya, hanya untuk dimakannya sahaja.


    Jawapan
    Al-Aqiqah dari sudut bahasa berasal dari perkataan al-aqqu yang bermaksud
    potong. Asalnya ia digunakan dengan makna rambut yang berada di atas
    kepala bayi sewaktu dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia perlu dicukur
    dan di potong.
    Al-Aqiqah hukumnya adalah Sunat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat
    di tuntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.
    Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu
    juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, Aku
    mendengar Rasullah s.a.w bersabda, Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka
    tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang
    menyakitkan iaitu kekotoran dan najis(5154).
    Perbezan Antara Aqiqah Dan Korban
    Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan korban :
    1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan
    pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahayang dan khutbah Hari Raya
    Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...