MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) Muar, Johor. http://MuhasabahTrading.com
Monday, September 14, 2009
Last Minute Shopping before Eid
Salam,
First of all, I do apologize for not updating this blog and Muhasabah Trading Muslimah Clothing online store. It is hard for me to coupe with the offline and online job because I have to focus on the offline sales and put aside the online market. I admit, it is very though job for me to manage them all, as I have to do photo shoot for those abaya and headscarves, handle the shipment, manage and monitoring payments, do retails and setup our new shop at Tangkak (Ledang town). Besides, I have to take care of my wife during her time warded in Muar Hospital ast week. Anyway, Alhamdulillah, everything has back to normal and I will try not to disappointing our loyal customers.
If any of you are going to spend last Ramadhan at Muar town, I would like to invite you all to visit us at Tanjung Emas ,Muar- Expo Ramadhan. We are going to be there start from today (Tuesday) untill 7th day of Hari Raya Aidilfitri (probably). See you there!
Salam kepada semua, Harapan saya agar anda semua dapat menghabiskan penghujung Ramadan ini dengan jayanya. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya tidak dapat mengemaskini blog dan senarai tudung serta jubah (kanak-kanak) di dalam ebay store, mahupun kedai online Muhasabah Trading. Saya agak kesuntukan masa dalam mengemaskini perniagaan online & offline, mengambil gambar, muat naik, mengepos serta mengemas dan membersihkan kedai baru kami yang akan mula beroperasi di no 20, tingkat 1, Bangunan aked MDT, Hentian Bas Tangkak.
Tambahan pula, saya berulang alik ke Hospital Muar kerana isteri saya telah dimasukkan ke dalam wad tempohari- langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas kandungan yang telah memasuki 8 bulan. Asalnya, beliau merasa sakit perut yang amat sanagat. Tapi syukur beliau telah keluar dan semuanya selamat. Insyaallah selepas ini segalanya akan kembali kepada rutin asal.
Justeru dikesempatan ini, saya ingin menjemput para pengunjung blog ini, para pelanggan semua serta sesiapa sahaja yang terbaca 'entry' ini, untuk mengunjungi gerai kami di ekspo Ramadhan Tanjung Emas Muar. Sekiranya anda menghabiskan bulan puasa atau beraya di Muar dan juga kawasan serta daerah berhampiran. Kami akan bermula hari ini dan berkemungkinan sehingga hari raya yang ke 7.
Monday, August 24, 2009
Update 25 Ogos 2009 : Penambahan stok tudung
Salam,
Kami di Muhasabah Trading sedang mengemaskini stok serta memasukkan senarai tudung secara berperingkat ke dalam ebay Malaysia dan ebay Singapore. Alhamdulillah, sempat juga dimasukkan secara sedikit demi sedikit dengan kekangan masa dan juga perubahan rutin harian sebermulanya Ramadhan.
Baru sebentar sahaja tadi, beberapa helai tudung butang belakang yang diinspirasi dengan sentuhan tudung Hajaba berjaya di'upload'. Insyaallah, beberapa jenis tudung dan pattern akan dimasukkan kelak beserta dengan himpunana koleksi terkini jubah labuh terkini bakal dimasukkan juga.
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mulia ini. Semoga kita berjaya mengharungi Ramadhan kali ini dengan lebih ibadah dan keberkatan.
Wasalam.
Friday, July 24, 2009
Long hijab button scarf size L
Koleksi terkini daripada Muhasabah Trading - tudung butang (belakang) labuh menutupi paras dada. Labuh dagu ke bawah berukuran lebih kurang 23.2" inci (58 cm). Diperbuat daripada kain spandex lembut, dengan hiasan butang corak permata di bahagian tengkuk. Gaya potongan tudung butang ini seakan-akan tudung koleksi Hajaba.
Sila ke kedai online kami di eBay untuk seleksi tudung butang.
RM 18.00 |
RM 18.00 |
RM 18.00 | Free |
RM 18.00 |
RM 18.00 |
RM 18.00 |
RM 18.00 |
Thursday, July 16, 2009
Muhasabah Trading : Muslimah Clothing
We are back on business. How grateful I am and thank to Allah for giving me 'idea' and strength to get up and back for business again. Insyaallah, I'll bring the best and cheaper price for all of our customer. Come visit our online store at ebay for selection of hijab and abaya. You satisfaction is our goal.
Selamat datang semua ke blog Muhasabah Trading : menghidangkan koleksi pakaian muslimah - jubah, blouse, tudung, jubah seluar dengan pilihan serta seleksi yang terkini. Kami cuba untuk membawakan yang terbaik anda dengan pilihan terbaik serta antara harga yang termurah dipasaran. Kepuasan anda, keutamaan kami.
Wednesday, July 8, 2009
Pengumuman : akaun ebay Muhasabah Collection
Pertamanya, terima kasih kepada Pn. Mazihana Omar yang perihatin menelefon saya untuk menyatakan tentang senarai produk Muhasabah Collection yang hilang menjadi kosong!
Apa yang terjadi, ebay mengesyaki saya berlaku 'curang' kepadanya dan meminta saya menyediakan segala dokumen untuk mengesahkan bahawa saya adalah 'tulen'. Ngeheheheee.. banyak songel la pula eBay ni. Maklumlah akaun baru. Lebih-lebih lagi sebab banyak sangat jenayah siber berlaku dalam dunia internet sekarang ni.
Ni surat 'cinta' daripada eBay:
Dear muhasabah-collection ,
The following listing has been removed from eBay due to concerns we have for the safety of the eBay Community:
.item... #......
item .. # .. bla .. bla.. bla.. bla... (banyak sangat)....
All associated fees have been credited to your account.
As a precautionary measure, we've also restricted your listing activity. If you would like to have your limit increased, please provide the following information:
- A copy of a current utility bill, phone bill, or government-issued ID that clearly shows your name and street address. The contact information on the bill or ID needs to match the contact information on your eBay account.
- A copy of a purchase receipt, a manufacturer invoice, or any other document that shows that you own the above item.
- A signed statement acknowledging that you've read and understand the eBay User Agreement. You can find a link to the User Agreement at the bottom of most eBay pages.
You can fax these documents to eBay, Attention: B001 Appeals, at +65-6491-5007. Please be sure to include the User ID and email address of this eBay account. If your fax does not contain this information, we won't process your request.
After you fax your documents, please reply to this email and let us know that you've sent your information to eBay.
Jadi, saya kenalah buat kerja 'overtime' hari ni...
WISH ME LUCK!
Sunday, June 28, 2009
Tudung Permaisuri belah tepi & double manik
Salam,
Alhamdulillah, semalaman saya telah upload ke dalam ebay: Muhasabah Collection dengan koleksi terkini tudung permaisuri belah tepi bertali dan tudung permaisuri manik bertindih (double). Tudung ini agak labuh, menutupi dada. Didatangkan dengan warna-warna menarik dan juga warna garang. Rekaan terbaru dalam senarai koleksi tudung permaisuri.
Sementara itu, saya juga ada memasukkan beberapa helai tudung ekin, tapi belum sempat untuk memasukkan kesemuanya sekali. Insyaallah, saya akan mencari kelapangan untuk menyiapkannya secepat mungkin.
Layari online store kami untuk seleksi terkini, koleksi Muhasbah Collection di ebay.
Wasalam.
Tuesday, June 23, 2009
Selendang sifon Gaya Siti Nurhaliza 2 ton warna
This brand new shawl, hot in town known as Selendang gaya Siti Nurhaliza (CT). The latest pattern of shawl is very stylish and versatile. Made of 2 piece of chiffon fabric. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. final touch decoration with beads at the bottom middle of the shawl.
Suit for special occasion, leisure or anytime you like.
Koleksi sellendang terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai Selendang gaya Siti Nurhaliza, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.
Menggunakan 2 helai kain sifon yang lembut dan selesa dijahit bercantum menjadi satu helai selendang. Diberi sentuhan hiasan manik pada bahagian tengah dibawah.
width (lebar) : 19" (47.5 cm)
length (panjang) : 63 " ( 157.5 cm)
Saturday, June 20, 2009
Tudung Gaya Syria ID
Klik SINI untuk senarai tudung Syria
cara-cara memakai tudung Syria ID
This brand new scarf, hot in town known as Syria ID style hijab . The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Made of separate 2 piece of net fabric. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Selection of modern new style especially for youngsters. Suit for special ocassion, leisure or anytime you like.
Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Syria ID, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja. Menggunakan kain yang lembut dan selesa. Tudung Syiria ID ini didatangkan dengan gabungan 2 helai tudung (tidak bercantum) dengan lapisan dalam sebagai anak tudung, manakala lapisan luar sebagai melengkapkan pemakaian tudung ini. Pilihan muda-mudi dan gadis remaja masa kini. Namun begitu, golongan pertengahan dan berumur juga boleh memakainya - belum cuba belum tahu :) Sesuai untuk pemakaian ke pejabat atau waktu santai, juga bila-bila masa sahaja.
Friday, June 19, 2009
Tudung terkini Tudung Gaya Siti Nurhaliza
This brand new scarf, hot in town known as Tudung gaya Siti Nurhaliza (CT). The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Made of 2 layers of fabric. The latest pattern of scarf is very stylish and
Outer - net fabric
Suit for special ocassion, leisure or anytime you like.
Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Siti Nurhaliza, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.
Menggunakan kain yang lembut dan selesa. Tudung Permaisuri ini didatangkan dengan gabungan kain spandex (lembut dan ringan - lapisan dalam) serta kain nipis lembut dibahagian luar.
Thursday, June 18, 2009
Muslimah Clothing kembali ke persada ebay
Agak lama saya menyepi dengan hampir tidak aktif langsung dalam menyenaraikan serta menghidangkankoleksi terkini tudung serta jubah.Mengapa ekk?? Saya sendiri sukar utuk menerangkannya secara terbuka di sini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah daripada Allah. Dia jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. musibah yang menimpa saya adalah satu ujian. Dugaan daripada seorang pencipta, kepada seorang hamba - makhluk citaannya.Sebagai manusia, mungkin kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Peluang yang ada, gunakanlah sebaiknya untuk bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. Berazamlah untuk menjadi lebih baik di masa yang mendatang. Alhamdulillah, saya masih lagi punyai akal dan kekuatan untuk bangkit semula, bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri.
Insyaallah, jika diberikan kekuatan, saya akan memasukkan serta upload produk-produk tudung yang terkini yang baru sahaja saya dapatkan stok sebentar tadi. Antara yang terbaru dan menarik adalah tudung gaya Siti Nurhaliza serta Tudung Syria ID. Terdapat juga tudung kain jojet manik, tudung permaisuri serta selendang kain sifon gaya CT.
Untuk memastikan anda semua mendapat maklumat terkini, langganilah Fedburner blog ini, atau pun subscribe kepada kedai online ebay Muhasabah-Collection (klik)
Doakan saya berjaya.
Wasalam.
Wednesday, May 27, 2009
SALE Baju batik ekslusif lelaki lukis asli Terengganu
Dengan harga serendah RM99.00, sehelai baju sutera jaquard batik lukis asli Terengganu adalah milik anda jika memenangi bidaan. Baju Batik lukis ekslusif ini bernilai RM 200 ++ mengikut pasaran semasa. Hanya tinggal sehelai dan saya ingin menghabiskan stok.. (simpan lama-lama pun tak guna .. nanti basi.. :P )..
Tanpa cerita panjang.. klik thumbnail di bawah untuk ke lelong store Muhasabah Collection..
Monday, May 25, 2009
Tudung bawal asli manjalara mata lalat batu kristal ori
Tudung Bawal Mata Lalat Asli Batu Kristal Ori
Lerang @ bidang 45
empat segi ( 45" x 45")
Apa yang saya tawarkan di sini adalah tudung bawal mata lalat dengan batu kristal asli oktant svarowski. Batu ori yang dijamin berkilat. Kombinasi gabungan batu crysal yang disusun dalam aturan berkembar tiga ini mempunyai tarikan tersendiri. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah ungkapan yang sesuai untuk diperkata tentang tudung bawal. Populariti tudung bawal sememangnya tidak dapat dinafikan. Kain yang digunakan adalah lembut.
Tudung ini didatangkan dengan pelbagai warna, amat cantik dan sesuai untuk majlis-majlis rasmi, keraian, kenduri kendara, musim perayaan dan juga waktu-waktu santai. Sejenis tudung yang mempunyai ciri moden, anggun, terkini, elegen, kontemporari serta menawan... Sememangnya tudung bawal mata lalat ini menepati ciri-ciri muslimah yang bergaya serta berkarisma.
Menggayakan tudung mata lalat pasti menampakkan keanggunan seseorang wanita. Harga yang ditawarkan Muhasabah Collection amat berpatutan dan sesuai dengan 'barang yang cantik', menawan kalbu. Pasti ramai terpesona dengan kecantikkan Tudung Mata lalat ini.
dan banyak lagi... KLIK SINI