Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Iklan raya di blog Muhasabah Trading

Hari ini telah menghampiri 15 Syaaban 1431 Hijrah, bermakna tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum kita menyambut Ramadhan. Bagi peniaga-peniaga online, bulan puasa tentunya amat sibuk buat anda, khusus bagi mereka yang menjual kelengkapan bagi menyambut Hari raya Aidilfitri.

Daripada kelengkapan rumah seperti cadar, dan langsir, hinggalah kepada pakaian seperti baju kurung, jubah, koleksi tudung, mahupun baju Melayu. Yang penting promosi perlu dilakukan lebih awal dan juga penghantaran perlu dibuat selewat-lewatnya 5 hari sebelum tibanya Syawal.

Bersempena dengan itu, kami membuka ruang pengiklanan di blog Muhasabah Trading ini bagi membantu dan memberi ruang kepada anda mempromosikan apa-apa jua perniagaan yang bersesuaian.

Ada 3 jenis iklan yang boleh ditempah:

1. Banner 480 x 80 (bahagian atas blog, hanya satu banner pada satu-satu masa)- RM 20 seminggu.
2. Banner 125 x125 – (di bahagian tepi sidebar, 6 banner pada satu-satu masa) RM10 seminggu.
3. Link – (dibahagian tepi atas column pertama, max 4 perkataan) RM5 seminggu.



  • Pihak kami akan menapis dahulu iklan anda dan berhak menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan.
  • Kelebihan platform blogger (blogspot) adalah dari segi stabil dengan hampir tiada risiko downtime (stabil dan iklan anda terpapar 24 jam sehari).
  • Pengunjung unik (unique visitor) blog ini berpurata 500 orang sehari. Sila lihat paparan trafik daripada Nuffnang. Hampir kesemuanya datang daripada trafik organik.
Statistik Nuffnang Julai minggu kedua

Statistik Nuffnang Julai minggu ketiga

  • Sekiranya berminat, sila kemukakan url web / blog anda dan hantarkan sekali url / fail banner kepada samdaddycool@gmail.com.
  • Buat pembayaran kepada Rosmansham Alias. Maybank 162647033280.Sila kemukan bukti pembayaran - jumlah, masa (hh:mm) serta tarikh (dd:mm:yy) transaksi.

Friday, January 29, 2010

Karnival Ulangtahun Jubli Perak Pasar Tani FAMA daerah Melaka Tengah 2010

Salam,

Kami kini berada di tapak Pasar Tani DESARAYA, Kandang, Melaka (di tepi lebuhraya AMJ -Melaka / Muar) bermula Khamis hingga Ahada ini (28 - 31 januari 2010). Karnival diadakan bersempena sambutan 25 tahun Pasar tani FAMA. Pelbagai produk boleh didapati di sini khususnya produk IKS seperti kek, dodol, coklat, barangan basah harian dan pelbagai lagi. Juga terdapat di sini pelbagai koleksi batik sutera asli dari Kelantan, koleksi tudung dan produk agro (baja/ set fertigasi).

Jika anda berada di kawasan Melaka mahupun Muar, sila singgah ke gerai jualan kami bagi mendapatkan koleksi tudung dengan harga murah (juga borong) serta pelbagai koleksi jubah, baju kurung serta baju blouse dengan potongan harga 20%. Jika anda ke sana, jangan lupa beritahu kami anda menjumpai promosi melalui laman blog Muhasabah Trading ini.

Jumpa di sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...