Friday, January 29, 2010

Karnival Ulangtahun Jubli Perak Pasar Tani FAMA daerah Melaka Tengah 2010

Salam,

Kami kini berada di tapak Pasar Tani DESARAYA, Kandang, Melaka (di tepi lebuhraya AMJ -Melaka / Muar) bermula Khamis hingga Ahada ini (28 - 31 januari 2010). Karnival diadakan bersempena sambutan 25 tahun Pasar tani FAMA. Pelbagai produk boleh didapati di sini khususnya produk IKS seperti kek, dodol, coklat, barangan basah harian dan pelbagai lagi. Juga terdapat di sini pelbagai koleksi batik sutera asli dari Kelantan, koleksi tudung dan produk agro (baja/ set fertigasi).

Jika anda berada di kawasan Melaka mahupun Muar, sila singgah ke gerai jualan kami bagi mendapatkan koleksi tudung dengan harga murah (juga borong) serta pelbagai koleksi jubah, baju kurung serta baju blouse dengan potongan harga 20%. Jika anda ke sana, jangan lupa beritahu kami anda menjumpai promosi melalui laman blog Muhasabah Trading ini.

Jumpa di sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...