Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Bisnes air balang RM7000 sebulan

 Panduan bisnes perniagaan air balang


RM7,000 sebulan, melebihi pendapatan seorang graduan diploma dan juga fresh graduate ijazah sarjana muda.



Bukan omong kosong tapi itulah realiti yang sekiranya anda menceburkan diri dalam bisnes perniagaan air balang dengan strategi dan skill yang tertentu.

Sila baca 10 cara jana pendapatan dari rumah 

Modal yang rendah, risiko yang tak seberapa, menghasilkan pulangan tinggi. Tanpa promosi yang berlebihan, tanpa perlu post dan update sentiasa, samada dalam facebook, mahupun instagram.

Semuanya tak perlu. Apa yang diperlukan hanyalah balang dengan bancuhan air yang memikat serta strategi yang mantap.

Boleh baca review Bisnes air balang RM7k sebulan.

Panduan ditulis oleh seorang yang pernah mengushakan sendiri perniagaan air balang ini dan berjaya mengecapi kemanisan pendapatan yang muai serta berbaloi.

Kebelakangan ini, banyak carian untuk "resepi air abc rock" dan "cara buat air jagung" masuk ke blog kami. Almaklumlah puasa dah makin dekat. Ramai dah mula buat persediaan untuk menyambutr Ramadan dan juga buat duit berganda-ganda di bazaar Ramadan.

Namun, harus diingat, setiap perniagaan ada cabaran dan persaingan. Setiap kejayaan, ada pengorbanan. Kalau anda merasakan RM7,000 itu memang kencang dan masyuk, bolehlah dapatkan panduan bisnes air balang ini (klik sini)



Wednesday, March 2, 2016

Resepi aiskrim simple dan praktikal


http://www.muhasabahtrading.com/BisnesAiskrim


Resepi ni memang power, sebab bahan-bahan yang diperlukan biasanya memang ada di rumah (kecuali ovalet). Memang senang dan cepat. Semoga anda mendapat manfaat.


1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (boleh lebihkan jika anda suka manais-manis lemak berkerim)
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar ovalett
1 sudu perisa (boleh tukar kepada perisa asli, serbuk koko / isi durian dsb)


Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer (boleh guna pemukul tangan jika tiada mixer).
Pukul lebih kurang 15 minit, hingga bancuhan menjadi kembang dan ringan.
Masukkan dalam bekas dan bekukan (tak perlu pukul 2 kali).

Senang dan mudah bukan? Walau bagaimanapun, resepi aiskrim di atas, lebih sesuai kepada makan sendiri atau sajian kepada tetamu berskala kecil. Ada satu resepi dengan teknik yang lagi power dan sesuai untuk bisnes komersil. Resepi dan tips bisnes aiskrim ini sememangnya sangat mantap dan tidak ramai yang sedar dan tahu kuasa menjual yang diajar. Senang-senang untuk dapatkan jualan 4 angka hanya dengan aiskrim yang berniali RM1 secalung (kon).

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa kalau boleh dapat 4 angka, rahsia ni nak didedahkan?

Senang sahaja jawapannya, rezeki itu milik Allah, dan bukan semua rezeki itu kita boleh bolot. Lagipun rahsia yang didedahkannya agak mustahil untuk menjejaskan periuk rezeki penulis ebook rahsia Aiskrim ini. Lebih-lebih lagi jika dipisahkan dengan jarak geografi yang jauh.

Sebagai contoh paling mudah, biasakah kita melihat bisnes used car yang teletak bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain? Jadi, faham bukan? Rezeki ada di mana-mana dan Allah jua yang mengizinkannya, samada ia milik kita atau orang lain.



Friday, October 16, 2015

Bisnes aiskrim RM5000 part time





Ada berita baik bagi sesiapa yang mencari resepi untuk membuat aiskrim. Ada kaedah bagaimana menjana pendapatan sehingga RM5000 hanya membuat aiskrim homemade. Lagi menarik, teknik ini hanya boleh dibuat secara part time, tidak mengganggu kerja hakiki yang anda lakukan sekarang. Panduan dengan teknik, resepi, step-by-step dan proses yang perlu dilalui daripada A - Z.

Jom tengok sikit macamana buat aiskrim homemade rasa 5 bintang.:




Aiskrim buatan sendiri - memberi kelebihan dari segi margin profit keuntungan dan juga pengolahan pelbagai jenis perisa. Bahan yang diguna amat mudah didapati.

Berikut adalah antara perkara penting dalam panduan bisnes aiskrim :


http://www.muhasabahtrading.com/BisnesAiskrim



Sunday, November 24, 2013

Panduan lengkap memulakan perniagaan bisnes baju kurung


http://bhunter87.ashadee.com/go/3/bisnestips



Assalamualaikum wbt

Tanpa kita sedari, baju kurung merupakan pakaian utama kebanyakan pekerja wanita  di Malaysia. Malah, jika kita amati, bukan setakat kaum Melayu memakainya. Kadang-kala anda akan melihat bangsa Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain memakainya untuk ke pejabat. 

Apatah lagi kebelakangan ini, pakain batik merupakan pakaian wajib bagi kakitangan kerajaan pada hari Khamis. Ini menambah lagi statistik bilangan pemakaian baju kurung sehari-hari.

Klik sini; Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung 

Saya sendiri sebagai peniaga yang baru berjinak-jinak dengan bisnes baju kurung pernah menanyakan soalan kepada beberapa orang guru wanita, samada mereka membeli baju kurung 'jarang-jarang' atau hampir setiap masa sepanjang tahun. Jawapan yang diberi sememangnya menggembirakan hati saya ketika itu, kerana mereka membelinya sepanjang masa.



Saya mempunyai ramai kawan yang mempunyai perniagaan pakaian wanita ini (pakaian muslimah). Mereka memang mempunyai perniagaan samada di uptown, pasar malam atau pun kedai statik (dan butik). Waktu-waktu biasa selain hari raya, mereka masih lagi berjualan baju kurung seperti biasa. Tetapi, tunggu pula ketika bulan Ramadan, bulan yang ditunggu-tunggu untuk meledakkan jualan pakain baju kurung ini. Memang mereka membuat keuntungan yang sangat banyak!


Klik sini ; Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung  


Nah apa lagi yang mahu saya katakan? Sudah jelas lagi bersuluh. Bisnes baju kurung yang termasuk dalam kategori pakaian (3 keperluan asas manusia 1- makanan 2- pakaian  3- tempat tinggal) sememnagnya mempunyai demand (permintaan) yang tinggi.

Jika anda mengintai-intai peluang perniagaan, inilah masanya anda membuat duit dengan perniagaan sendiri. Dapatkan panduan lengkap untuk memulakan bisnes bisnes baju kurung. Anda akan diajar dan dibimbing dengan terperinci. Klik sini; Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung  

borong, harga, beli,

Tuesday, March 6, 2012

Bisnes internet dan promosi perniagaan




Salam 1Malaysia buat semua pembaca yang dihormati.

Saya sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskini blog ini, memutuskan untuk menukar arah hala tuju blog ini bermula hari ini. Kewujudan blog ini pada asalnya khusus untuk mempromosikan segala jenis cabang perniagaan, tak kira samada bisnes online, offline, affiliate dan juga pelbagai promosi produk perniagaan.

Namun kemudiannya, saya mengkhususkan promosi blog ini hanya kepada koleksi pakaian muslimah semenjak 2008 sehinggalah Februari 2012. Sepanjang tempoh tersebut, saya hanya fokus kepada niche koleksi tudung, selendang, pashmina, jubah, kurta, salwar kameez dan juga blouse.

Oleh kerana saya berasakan pentingnya penjenamaan MuhasabahTrading.com , maka secara rasmi, segala urusan diletakkan dibawah satu payung, iaitu untuk blog, di http://blog.muhasabahtrading.com/ , manakala untuk kedai online kami, di http://www.muhasabahtrading.com/store/ .

Sejajar dengan itu, blog ini akan memberi ruang kepada segala bentuk sumber perniagaan online, offline, promosi affiliate, dropship dan juga tips-tips dan info yang berkaitan dengan bisnes. kami juga berharap agar Allah swt memberi saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini, disamping membuka ruang dropship kepada dropshipper yang berminat untuk berniaga.

Akhir kata, kami berdoa kepada Allah swt agar segala urusan kami diatas dunia dan akhirat dipermudah. Kami juga berharap agar usaha kami dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan juga mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Amin


Sham aka samdaddycool
Melaka
7 Julai 2012 M
14 Rabiul Akhir 1433 H

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pelanggan Muhasabah Trading. Sempena hari raya Aidilfitri 1432H, kami memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap kami dalam kesibukan berurus niaga secara online dan offline.

Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun, kami masih bersyukur ke atas hadrat Ilahi yang masih memberikan kami peluang untuk meneruskan perjuangan memperagakan koleksi pakaian muslimah di website kami.

Kami juga memohon maaf kepada segelintir kecil pelanggan yang terpaksa menerima hakikat yang kadang kala item yang dipinta berstatus 'available', tapi atas kealpaan kami, ia tidak berada dalam simpanan kami, atau telah rosak.

Namun, atas dasar tanggungjawab, kami berusaha menggantikannya dengan koleksi tudung / selendang yang setara nilai, atau pun memulangkan wang yang telah dikirim kepada kami.

Kami sedar, wang bukanlah segalanya, walau pun perniagaan dibina atas dasar mengejar duit dan kekayaan. Apa yang penting bagi kami adalah kepuasan pelanggan, yang perlu dititik beratkan dan dijaga sepanjang masa. Ini semua adalah untuk menjaga reputasi syarikat kami yang masih terus bertahan dipersada perniagaan online semenjak tahun 2002, tanpa dilabel sebagai Muhasabah Trading spam atau penipu dunia siber.

Duit boleh dicari, tapi kepercayaan akan hilang lenyap sekelip mata jika kita melakukan walau hanya sekali kesilapan.

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Akhir kata, maaf sekali lagi dari hujung rambut dan kaki, halalkan segala rezeki yang kami terima di dalam dunia maya ini selama kita berurus niaga.

Wasalam.

Sham
Muhasabah Trading
Merlimau, Melaka.

Saturday, August 21, 2010

Aku menulis, bukan kerana nama: Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata

Pagi tadi selepas subuh, aku tengok jumlah bandwitdh yang tinggal- hanya ada 2g sahaja. Alamak, memang nahas aku. Hosting company belum balas lagi emel aku yang dihantar tengah malam. Jadi aku tidur dulu... read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...