Salam buat semua pengunjung dan pembaca blog Muhasabah Trading : Muslimah Clothing. Hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa, bermakna berakhirnya Ramadhan. Syawal akan kunjung tiba pabila terbenamnya matahari pada petang ini nanti. Sepanjang hari ini, saya akan berada di Expo Ramdahan tanjung Emas, Muar, menantikan kedatangan para pelanggan yang melakukan aktiviti membeli-belah buat kali terakhir sebelum hari raya mengunjung kita esok.
Terima kasih kepada para pelanggan yang menyokong saya dan tidak jemu melanggan produk tudung dan jubah yang saya sajikan. Insyaallah, saya akan cuba memberikan yang tebaik buat anda.
Kesempatan hari terakhir puasa ini, saya menyusun 10 jari andai kata tulisan saya menyinggung perasaan anda semua. Saya juga minta halalkan segala pembelian yang dilakukan jika ada tersilap atau terkurang (sila emel saya di samdaddycool@gmail.com) jika ada perkara yang berbangkit, Insyaallah, saya akan cuba selesaikan.
Akhir kata, Selamat menyambut hari lebaran. Selamat berhari raya, memandulah secara berhemat ketika pulang beraya dan menziarahi sanak saudara di kampung. Bersabar dan bertimbang rasa amalan kita.
Wassalam.