Monday, February 15, 2010

Koleksi Terkini Fesyen Baju Kurung Modern 2010 - lycra

Salam buat para pelanggan dan pengunjung blog Muhasabah Trading : Muslimah Clothing. Buat pengetahuan anda, kami masih lagi berada di Pekan Gemas, sempena expo tahun Baru Cina. Apa yang mengecewakan adalah talian internet broadband Maxis yang sememangnya sangat perlahan di sini dan lembab. Walau bagaimanapun, kami cuba juga untuk memuat naik koleksi terkini fesyen baju kurung modern kain lycra yang lembut. Kebiasaanya, kain lycra memang sudah popular sebagai material untuk tudung, tetapi kali ini ia dipelbagai penggunaannya yang diperluas kepada baju kurung, t-shirt dan juga jubah.








 Baju kurung kain lycra ini datang dengan hiasan manik-manik kecil dan warna yang segar serta bercorak abstark kontemporari di bahagian pergelangan tangan serta leher, dengan sebahagian besar baju berwarna kosong tanpa corak. Bahagian kaki kain pula dihiasi corak abstrak penuh dengan campuran warna utam yang gelap serta di selang seli dengan warna asas baju.

Harga yang di tawar adalah RM 116 RM 95 sepasang dengan pos percuma utk alamat Malaysia. Saiz yang ada dalam koleksi kami adalah  saiz S, M, dan L. Manakala warna yang ada terdiri daripada warna merah jambu, ungu, oren dan kuning. Kami akan menambah pilihan saiz dalam masa seminggu daripada sekarang untuk mereka yang bertubuh besar (XL dan XXL).

Kami tidak dapat memasukkan ke dalam store online kami memandangkan masalah talian internet. Jadi, segala order boleh dibuat di blog ini, sila buat pembayaran kepada :

Rosmansham Alias / maybank - 162647033280. emel : samdaddycool@gmail.com
Sila sms ke no - 017-9510818 setelah bayaran dibuat. Nyatakan masa transaksi dibuat (hh:mm) serta jumlah, dan warna serta saiz. Untuk alamat, anda boleh memilih samada untuk sms atau emel kepada kami.

Saiz dan warna yang ada:

Kuning - saiz S / saiz L
Pink- saiz M
Purple- saiz S
oren - saiz S / saiz L
Coklat - SOLD OUT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...