credit image www.iresepi.net
Nasi Arab Kabsa Noxxa
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
1 bawang besar holland - potong dadu
1 biji tomato
2 sudubesar rempah kabsa (Durra)
1 kuib ayam
1 sudubesar garam
1 kg beras basmati Pusa
1.4 liter air
1 paket kecil rempah tumis
3 helai daun rempah tumis ( bay leaves)
sedikit saffron
cara:
1. tekan stir fry fry dan on. Masukkan minyak sapi, kemudian tumiskan
bahan tumis dan bawang besar, masak sampai garing, masukkan rempah
kabsa, kuib ayam dan saffron, kemudian masukkan bay leaves, tomato, air
dan garam. akhir sekali masukkan beras
2. Tutup periuk dan tekan off. Tekan butang high pressure dan set selama 7 mint dan tekan butang on. Bila dah masak, matikan (off)
SALSA
Bahan-bahan:
1 bawang besar
2 pokok ketumbar
5 cili padi
2 biji tomato
sebiji perahan lemon
1 sudubesar garam
5 sudubesar gula
Cara : kisar semuanya
SALAD ARAB
1-2 biji timun jepun dipotong dadu
1-2 biji tomato dipotong dadu
1/2 perahan lemon
garam-lada hitam secukup rasa
AYAM BAKAR
1 sudubesar mixed spice
1/2 serbuk kunyit
1 sudubesar steak spice
1sudubesar lada hitam
2 sudubesar tomato sos
1 kiub ayam maggi
1 sudubesar sos tiram
1 sudubesar kicap cair kipas udang
4 ketul paha ayam
Cara:
1. Masukkan paha ayam dalam bekas dan campurkan semua bahan perapan dan gaul hingga sebati. Perap ayam lebih dari 1 jam. Susun ayam dalam periuk, tuangkan lebihan perapan tadi ke dalam periuk . Tutup penutup dan tombol ke arah pressure.
2. Set selama 7 min ke butang high pressure dan tekan butang on
Selepas masak tekan butang off, buangkan wap dan buka penutup.
3.Tukar pada stir fry, dan balik-balikan ayam sampai bertukar warna kekuning2an
dan air disejat kering. Nanti ayam akan bertukar ke kuningan dan effect caramelized disitu.