Wednesday, September 9, 2009

Senarai koleksi jubah dengan harga murah

Salam,

Selepas mengambil kira kos yang berkurangan kerana menyenaraikan koleksi jubah di dalam Muhasabah Trading online store kami sendiri, saya mengambil keputusan untuk memberikan harga diskaun untuk senarai koleksi jubah. Apa yang menariknya, harga tersebut membolehkan anda membuat bisnes dengan menjual jubah-jubah tersebut kepada rakan sepejabat, jiran atau sanak saudara.


Dropship dihentikan buat sementara waktu hingga waktu sesuai yang akan diumumkan kelak.


Saya cuba memberikan harga serendah mungkin , dengan kos penghantaran keseluruh semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah PERCUMA, ditanggung oleh pihak kami. Anda tak perlu gusar tentang masa penghantaran yang akan mengambil tempoh selewat-lewatnya 3 hari bekerja. Ini adalah kerana kami akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.









Apa yang kami cuba wujudkan disini adalah konsep perniagaan 'dropshipping', dimana anda tidak perlu menyimpan stok atau melakukan pembungkusan, malahan tak perlu mengepos. Konsep dropship ini juga akan meberi kemudahan kepada anda untuk berniaga dengan keadaan 'tanpa modal sebenar' .

  • Bagaimana konsep dropship kami?
  • 1. 'Print out' gambar daripada online store kami (untuk offline) / hantar email kepada kenalan / buat 'entry' di blog anda.
  • 2. Terima tempahan pelanggan, seterusnya anda buat pembayaran kepada kami sebelum pukul 1 tengahari dan kami poskan hari itu juga. Seterusnya jubah akan sampai ke tangan anda atau alamat yang dipinta.
  • 3. Sila nyatakan alamat 'daripada pengirim' - jika bukan untuk dihantar kepada anda. Ini untuk menyenangkan pihak Pos Laju 'return item' sekiranya barangan tidak dapat dihantar kepada penerima.
  • 4. Anda juga boleh mendapatkan 'harga borong' ini untuk kegunaan sendiri.
Sila ke www.MuhasabahTrading.com untuk senarai koleksi jubah labuh kami.

Kami akan cuba secepat mungkin untuk menyenaraikan (gambar belum ambil lagi.. :P) :

  • 1. koleksi jubah kanak-kanak kain jojet (pattern Arab).
  • 2. koleksi jubah kanak-kanak kain sutera Thai bersulam.
  • 3. koleksi jubah kanak-kanak kain sifon gaya Siti Nurhaliza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...