Sunday, October 18, 2009

Update : Tambahan stok koleksi tudung dan jubah


Salam,

Alhamdulillah bertemu kita kembali. Selamat bertugas bagi yang mula masuk ke pejabat hari ni. Semoga hari anda disulami dengan mood yang ceria dan dipenuhi semangat.

Hari ini saya nak memberikan sedikit update tentang senarai koleksi Muhasabah Trading yang telah mulasaya update secara berperingkat. Yang pasti, saya akan mula menyenaraikan item di kedua-dua online store, samada ebay mahupun online store kami sendiri. Cuma yang membezakannya adalah darisegi harga koleksi jubah yang jauh lebih murah dalam kedai online kami sendiri. Ini disebabkan saya tidak menanggung kos tambahan (seperti yang dikenakan oleh ebay bila menyenaraikan item, dan bila item terjual).

Koleksi jubah dalam kedai online kami akan cuba disenarai dengan harga yang serendah mungkin (harga borong), membolehkan anda meniagakannya semula. Kos penghantaran keseluruh Malaysia adalah PERCUMA. Sila emel saya atau telefon jika anda menginginkan item dihantar ke alamat selain alamat anda yang tertera dalam borang invois ebaya / online store kami.

Koleksi tudung mula saya tambah secara berperingkat, manakala saya akan mula menyenaraikan koleksi selendang pelbagai gaya (juga material) serta himpunan koleksi tudung murah. Bagi kategori ini, saya akan cuba menggabungkan sekurang-kurangnya 3 item (harga lingkungan 2 - 3 tudung / selendang) bagi mengurangkan kos penghantaran percuma yang kami tanggung dan perlu berbaloi bagi saya menguruskannya.

Insyaallah, saya akan cuba memastikan yang terbaik bagi anda. Harapan saya agar anda semua berpuas hati dan gembira dengan item yang diterima.


Kedai kami sedang dalam operasi 'setup'. Ambil masa sikit nak siapkan semuanya. Saya banyak habiskan masa bisnes online buat masa ni. Jadi lambat sikit kerja offline. Tambahan pula saya berada di Muar, kedai di Tangkak, kadang-kadang tak sempat nak pergi, dah petang... Insyaallah, bila dah siap setup nanti, saya akan upload gambar di blog ini.


Jumpa lagi.

Sham
Muhasabah Trading, Muar, Johor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...