Thursday, June 18, 2009

Muslimah Clothing kembali ke persada ebay


Salam,

Agak lama saya menyepi dengan hampir tidak aktif langsung dalam menyenaraikan serta menghidangkankoleksi terkini tudung serta jubah.Mengapa ekk?? Saya sendiri sukar utuk menerangkannya secara terbuka di sini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah daripada Allah. Dia jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. musibah yang menimpa saya adalah satu ujian. Dugaan daripada seorang pencipta, kepada seorang hamba - makhluk citaannya.Sebagai manusia, mungkin kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Peluang yang ada, gunakanlah sebaiknya untuk bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. Berazamlah untuk menjadi lebih baik di masa yang mendatang. Alhamdulillah, saya masih lagi punyai akal dan kekuatan untuk bangkit semula, bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri.

Insyaallah, jika diberikan kekuatan, saya akan memasukkan serta upload produk-produk tudung yang terkini yang baru sahaja saya dapatkan stok sebentar tadi. Antara yang terbaru dan menarik adalah tudung gaya Siti Nurhaliza serta Tudung Syria ID. Terdapat juga tudung kain jojet manik, tudung permaisuri serta selendang kain sifon gaya CT.

Untuk memastikan anda semua mendapat maklumat terkini, langganilah Fedburner blog ini, atau pun subscribe kepada kedai online ebay Muhasabah-Collection (klik)

Doakan saya berjaya.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...