Showing posts with label permaisuri. Show all posts
Showing posts with label permaisuri. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Tudung diamond lycra harga murah



Tudung lycra diamond ini diperbuat daripada kain lycra China. Awning jenis separuh dan material dalam awning tersebut adalah jenis separa keras.


Tudung saiz M tapi agak labuh sedikit. Bagi wanita bersaiz biasa (tidak besar , tinggi atau gemuk), ia menutupi dada.

Ada beberapa pasang sahaja yang tinggal.

Boleh lihat senarai penuh di bawah ini. Sila klik pada tajuk item:


TLCDM001: Head scarf diamond DARK BROWNTLCDM001: Head scarf diamond DARK BROWN

TLCDM002: Head scarf diamond WHITETLCDM002: Head scarf diamond WHITE

TLCDM003: Head scarf diamond VIOLETTLCDM003: Head scarf diamond VIOLET

TLCDM004: Head scarf diamond YELLOW OCRETLCDM004: Head scarf diamond YELLOW OCRE

 TLCDM005: Head scarf diamond NAVY BLUETLCDM005: Head scarf diamond NAVY BLUE

TLCDM006: Head scarf diamond OLIVE GREENTLCDM006: Head scarf diamond OLIVE GREEN

TLCDM007: Head scarf diamond GRAYTLCDM007: Head scarf diamond GRAY

TLCDM008: Head scarf diamond BLUE BLACKTLCDM008: Head scarf diamond BLUE BLACK

TLCDM009: Head scarf diamond MILKY BROWNTLCDM009: Head scarf diamond MILKY BROWN

TLCDM010: Head scarf diamond LIGHT VIOLETTLCDM010: Head scarf diamond LIGHT VIOLET

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Monday, April 26, 2010

Koleksi tudung Terkini: Lycra Permaisuri Intan Baiduri



Salam semua,

Kali ini kami menghidangkan koleksi tudung terkini- Tudung permaisuri Intan Baiduri. Bersaiz M dengan ukuran labuh dagu ke bawah ialah lebih kurang 15 inci ( 37.5cm).

Material lycra untuk tudung, manakala hiasan batu-batu kristal pula menghiasi bahagian awning (jenis separuh), dan dibahagian bawah sebelah hadapan dan belakang tudung.

Harga bagi sehelai (sepasang) tudung Permaisuri Intan baiduri ini hanyalah RM32 sahaja tanpa tambahan kos untuk penghantaran ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi sesiapa yang menginginkannya tetapi berada di Singapura, Brunei, UK, US, Australia, New Zealand, atau dimana-mana sahaja pelusuk dunia, kos penghantaran akan dinilai berdasarkan berat (dikira secara automatik dalam butik online kami).

Sila ke Tudung Lycra Permaisuri untuk senarai penuh koleksi butik online kami.

Sunday, August 9, 2009

Headscarf hijab Modern BEADS : Koleksi Tudung Permaisuri manik corak bunga


PRICE :
GBP 7.99 + free shipping all around the world.
RM 30 + free pos for Malaysian address.


This brand new hijab are truly amazing with decoration of beads on top, around the neck and front (chest). The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Made of soft spandex fabric - lycra.

Selection of modern new hijab style pattern for everyone. Suit for special occasion, office, formal, eid, leisure or anytime you like. Comes with button on the back of the neck.




Length from chin to bottom Labuh dagu ke bawah

approx 22" inch (55 cm)



Tudung terkini Permaisuri manik berbutang belakang - koleksi Muhasabah Trading, cantik, menarik dan anggun. Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja. Menggunakan kain yang lembut dan selesa - kain spandex (lycra). Manik dijahit menghiasi bahagian atas, keliling leher dan di bahagian hadapan (dada). Di bahagian belakang tudung terdapat butang yang boleh dikenakan untuk gaya yang lebih menarik (butang boleh dipasang / lepas) Pilihan pelbagai golongan lapisan umur. Sesuai untuk pemakaian ke pejabat, waktu santai, majlis keramaian dan rasmi hari raya puasa/ haji serta bila-bila masa sahaja.

*Penghantaran PERCUMA menggunakan pos daftar untuk alamat di Malaysia (termasuk Sabah / Sarawak). Sila tambah RM5 untuk POS LAJU (+RM2 untuk POS LAJU setiap tambahan produk). FREE shipping for USA, Canada, UK, Italy, Germany, France (Europe), Japan, Australia, New Zealand, Singapore, Brunei and Malaysia.


Please note that for these batch of permaisuri scarf, they all listed in ebay UK. Payment method - paypal and maybank online transfer (m2u).

Sunday, June 28, 2009

Tudung Permaisuri belah tepi & double manik





Salam,

Alhamdulillah, semalaman saya telah upload ke dalam ebay: Muhasabah Collection dengan koleksi terkini tudung permaisuri belah tepi bertali dan tudung permaisuri manik bertindih (double). Tudung ini agak labuh, menutupi dada. Didatangkan dengan warna-warna menarik dan juga warna garang. Rekaan terbaru dalam senarai koleksi tudung permaisuri.

Sementara itu, saya juga ada memasukkan beberapa helai tudung ekin, tapi belum sempat untuk memasukkan kesemuanya sekali. Insyaallah, saya akan mencari kelapangan untuk menyiapkannya secepat mungkin.

Layari online store kami untuk seleksi terkini, koleksi Muhasbah Collection di ebay.

Wasalam.

Sunday, June 21, 2009

Tudung Gaya Permaisuri Bermanik

This brand new head scarf, hot in town known as Permaisuri Hijab with beads. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Made of sof spandex fabric. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Selection of modern new style of hijab for everyone. Suit for special ocassion, leisure or anytime you like. Half overlapped in the front part..




Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Permaisuri manik batu, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.

Menggunakan kain yang lembut dan selesa - kain spandex gred lembut sejuk dan jatuh mudah renyuk. Mempunyai belahan bertindih di bahagian hadapan .

Pilihan pelbagai golongan lapisan umur. Sesuai untuk pemakaian ke pejabat, waktu santai, majlis keramaian dan rasmi serta bila-bila masa sahaja.

Thursday, June 18, 2009

Muslimah Clothing kembali ke persada ebay


Salam,

Agak lama saya menyepi dengan hampir tidak aktif langsung dalam menyenaraikan serta menghidangkankoleksi terkini tudung serta jubah.Mengapa ekk?? Saya sendiri sukar utuk menerangkannya secara terbuka di sini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah daripada Allah. Dia jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. musibah yang menimpa saya adalah satu ujian. Dugaan daripada seorang pencipta, kepada seorang hamba - makhluk citaannya.Sebagai manusia, mungkin kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Peluang yang ada, gunakanlah sebaiknya untuk bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. Berazamlah untuk menjadi lebih baik di masa yang mendatang. Alhamdulillah, saya masih lagi punyai akal dan kekuatan untuk bangkit semula, bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri.

Insyaallah, jika diberikan kekuatan, saya akan memasukkan serta upload produk-produk tudung yang terkini yang baru sahaja saya dapatkan stok sebentar tadi. Antara yang terbaru dan menarik adalah tudung gaya Siti Nurhaliza serta Tudung Syria ID. Terdapat juga tudung kain jojet manik, tudung permaisuri serta selendang kain sifon gaya CT.

Untuk memastikan anda semua mendapat maklumat terkini, langganilah Fedburner blog ini, atau pun subscribe kepada kedai online ebay Muhasabah-Collection (klik)

Doakan saya berjaya.

Wasalam.

Monday, May 4, 2009

Apa khabar semua?

Salam,

Lama rasanya saya tak update blog muhasabah Trading : Muslimah Clothing ni. Saya agak sibuk berniaga secara offline (pasar malam dan juga pasar tani). Stok pun dah lama saya tak tambah. Saya mempunyai lebihan stok setelah memberi cuti panjang kepada pekerja saya di kedai disebabkan bisnes yang agak merudum. Maklumlah, ekonomi meleset, orang pun berhati-hati untuk berbelanja membeli tudung. Tambahan pula, semakin ramai saya lihat peniaga barangan lain beralih angin menjual tudung. Jadi persaingan yang tinggi wujud si situ.

Satu lagi yang saya perasan, beberapa peniaga kedai telah pun menutup kedai masing-masing untuk dijadikan sebagai stor simpanan tudung dan kain pasang. Mereka juga telah mula menjaja di pasar-pasar malam. Memang terasa bahangnya kemelesetan ekonomi kali ini.

Apa-apa pun, saya masih bersyukur kerana dapat meneruskan perniagaan, dan berjuang bagi mencari sesuap nasi. Persaingan tetap wujud, jatuh bangun pula adalah rencah mengharungi dunia perniagaan. Tapi bukan senang mahu senang, bukan susah untuk susah. Ketabahan serta kesabaran amat perlu, disamping doa dan tawakal kepada Allah swt. Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana. Segala aturan yang dibuatNya ada seribu satu hikmah.

Store ebay saya telah dikemaskini dengan tambahan stok serta 'relist item' bagi beberapa barang yang terjual, tetapi pembelinya tidak membayar setelah lebih kurang 2 minggu pembelian. Ada juga stok tudung yang saya tambah (kebanyakkannya telah terjual untuk pattern yang sama). Tudung yang dimasukkan adalah koleksi tudung-tudung gaya ekin. Saya juga akan cuba dapatkan koleksi tudung permaisuri yang terkini dipasaran. Ebay store juga akan ditambah dengan beberapa kemeja batik yang ada dalam stok saya, serta yang akan saya hasilkan sendiri (canting).

Saya juga bercadang untuk menambah bilangan jubah putih bagi memberi kemudahan kepada para jemaah yang ingin menunaikan umrah. Insyaallah dalam masa terdekat ini akan saya cuba dapatkannya. Doakan saya.

Selamat mengharungi hari yang mendatang dan berdoa serta tawakal agar kita dihindari dari segala malapetaka, terutamanya wabak selsema babi. Sama-sama kita berdoa agar ekonomi dunia amnya serta ekonomi Malaysia umumnya, pulih dan melonjak naik... Amin.

Saturday, April 4, 2009

Update : Penambahan stok tudung selendang CT, ID Labuh






Salam,

Kami di Muhasabah Trading sedang giat menambah variasi stok dengan tawaran harga yang sememangnya murah dan semakin menarik (semakin banyak membeli, semakin turun harga bagi setiap helai).

Produk yang baru dimasukkan adalah Tudung permaisuri labuh (saiz L : boleh menutupi dada), tudung ekin selendang labuci (kain jojet : tidak perlu digosok), tudung selendang chiffon Siti Nurhaliza, tudung ekin selendang ID (kain net) serta tudung ID labuh.

Pastikan anda mendapat yang terbaik dengan pilihan warna menarik. Cepat sebelum kami kehabisan stok.

Kos penghantaran adalah PERCUMA bagi alamat di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), manakala penghantaran ke luar negara adalah mengikut kadaran tertentu (sila rujuk keterangan kos penghantaran di dalam 'item description'.

Muhasabah Trading memastikan yang terbaik, dari segi kualiti dan harga, tidak kira walau di mana anda berada.

Wasalam.

Thursday, April 2, 2009

Update : New stock upload + tudung permaisuri auction start at RM1

Proses mengemaskini stok, upload gambar serta kemasukan pelbagai pattern serta jenis tudung terkini sedang berjalan. Sila pastikan anda tidak terlepas dengan tawaran yang menarik. Harga yang murah serta berpatutan, ditambah dengan kos penghantaran percuma.

Bagi tawaran kali ini, Tudung Permaisuri belah manik labuh (bersaiz L), dengan ukuran labuh daripada dagu ke bucu bawah adalah 23" inci (57.5 cm). Mudah digayakan bagi mereka yang mementingkan tudung yang labuh serta menutupi paras dada. Bergaya sambil menutup aurat!

Pastikan anda tidak terlepas dengan bidaan produk ini. harga sebenar di pasaran melebihi RM50.00, manakala produk yang sama di dalam online store kami adalah RM40 untuk sehelai (pos percuma), dan untuk 2 helai adalah RM70 (pos percuma).

Untuk melihat bidaan, sila layari ebay store Muhasabah Collection klik sini

Monday, March 30, 2009

Update 30 Mac 2009 : Penambahan stok tudung permaisuri


Salam,

Alhamdulillah, dalam kesibukan ke pusat kesihatan (periksa kandungan isteri), setup kedai, perbaharui cukai jalan kereta, sempat saya masukkan beberapa stok tudung ekin ori selendang dan tudung permaisuri belah / labuh. Insyaalah esok lusa saya akan tambah lagi stok tudung ikin pashmina, labuci sifon dan fesyen / pattern baru yang lain.

Layari www.MuhasabahTrading.com untuk koleksi tudung Muhasabah Collection.

Wasalam.

Thursday, March 5, 2009

Stok baru :Tudung Permaisuri belah, tudung ekin

Salam semua,

Muhasabah Collection akan memasukkan koleksi terbaru tudung permaisuri belah (lebih labuh), tudung ekin selendang ori, tudung ID, serta koleksi jubah kain sifon. Proses akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hari Isnin. Ini tidak dapat dielakkan memanndangkan kami amat sibuk berniaga oofline pada hujung minggu serta kami juga sedang memasuki kedai baru di Kompleks bas hentian Maharani (bersebelahana hotel Muar Traders). Semalam baru siap cat kedai.. :)

Untuk mendapat update terkini kami, masukkan email anda pada Feedburner form disebelah atas kanan page ini.

Wednesday, February 25, 2009

Tudung ekin Permaisuri : new stock available

Tudung permaisuri update new stock.
Manik berjahit tangan di bahagian awning.

MATERIAL- Lycra (sutera Indonesia ; sangat lembut, selesa, ringan dan tak panas).
LABUH (dagu ke bawah) - 3ocm
HARGA - RM 25.00
POS - PERCUMA


Tudung permaisuri kod : BT 06





Tudung permaisuri kod : BTP 07





Tudung permaisuri kod : BTP 08





Tudung permaisuri kod : BTP 09





Tudung permaisuri kod : BTP 10





Tudung permaisuri kod : BTP 11





Tudung permaisuri kod : BTP 12





Tudung permaisuri kod : BTP 13
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...