Showing posts with label QIQAH. Show all posts
Showing posts with label QIQAH. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Beza dan Hukum: Qurban vs Aqiqah



Sekadar berkongsi tentang aqiqah dan qurban. Sumber asal di http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/26973



Soalan
1. Apakah bezanya Akikah dengan Qurban dan Hukum melakukannya juga siapakah
yang wajib melakukan Akikah terhadap Seseorang?
2. Daging aqiqah boleh di beri milik kepada orang kaya menakala daging
korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah, menakala korban dilakukan kerana memperingati
peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.
4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah
sunat disedekahkan setelah di masak.
5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan manis-manis, dengan doa harapan agar
agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya menakala
tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat,
menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.
i. Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak
bulu binatang yang dikorban.
ii. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa
yang telah lalu.
iii. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat
yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Perbezaan Antara Aqiqah Dan Korban 
Kebanyakkan daripada hukum aqiqah dan korban itu mempunyai persamaan, sama
ada dalam hukum sedekah, hadiah, makan, menyimpan daging dan menentukan
kadar daging yang dimakan adalah sama dan tiada perbezaan di dalamnya.
Walaupun yang demikian itu, ada sedikit perbezaan hukum antara aqiqah dan
korban tersebut. Seperti daging aqiqah itu hendaklah dimasak terlebih
dahulu, sedangkan korban diberikan dalam keadaan mentah. Daging aqiqah
jika diberikan kepada orang kaya nescaya akan menjadi miliknya, manakala
daging korban jika diberikan kepada orang kaya tiadalah orang kaya itu
memilikinya, hanya untuk dimakannya sahaja.


Jawapan
Al-Aqiqah dari sudut bahasa berasal dari perkataan al-aqqu yang bermaksud
potong. Asalnya ia digunakan dengan makna rambut yang berada di atas
kepala bayi sewaktu dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia perlu dicukur
dan di potong.
Al-Aqiqah hukumnya adalah Sunat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat
di tuntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu
juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, Aku
mendengar Rasullah s.a.w bersabda, Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka
tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang
menyakitkan iaitu kekotoran dan najis(5154).
Perbezan Antara Aqiqah Dan Korban
Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan korban :
1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan
pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahayang dan khutbah Hari Raya
Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...