Saturday, December 26, 2009

Koleksi Tudung Online

Salam hormat,

kami di Muhasabah Trading memohon maaf sekiranya anda semua tidak dapat melayari senarai koleksi tudung terkini di Muhasabah Trading Online Store. Ini adalah kerana masa kami yang agak suntuk kebelakangan ini. Kami banyak menyertai Expo dan karnival jualan mega harga borong anjuran MARA dan juga FAMA.

Insyaallah kami akan kembali pada tahun 2010 dengan kedai online khas untuk jualan tudung dengan belian pada harga runcit yang murah dan juga pada harga borong. Kedai Online ini akan merangkumi pasaran Malaysia, Brunei, Singapura, Australia, New Zealand, United States, dan juga Europe (UK, Italy, Germany, France, Holland dan beberapa lagi negara Eropah). Segala update akan disampaikan di dalam blog ini.

Terima kasih.
Wasalam.

Sham.
Muhasabah Trading.

Wednesday, December 16, 2009

Iklan Jawatan Kosong di Pontian

Salam,

Kami mencari 2 orang pekerja wanita untuk mengisi kekosongan jawatan sementara di Expo Karnival Jualan Mega anjuran MARA, bertempat di Dewan Jubli Intan Pontian. Berikut adalah maklumat terperinci butiran :

Jawatan : Pembantu Jualan gerai Muhasabah Trading (tudung, jubah dan baju blaus)
Lokasi : Dewan Jubli Intan, Pontian
Tempoh : 18hb Disember - 24hb Disember 2009 (Jumaat- Khamis - 7 hari sahaja )
Waktu kerja : 11am - 11pm
Kriteria lain : wanita bertudung sahaja / mempunyai kemudahan pengangkutan / berpewatakan menarik.

Calon lepasan SPM digalakkan memohon.

Sila telefon saya bila-bila masa sahaja, SHAM 017-951 0818. Saya akan mula berada di Bandar Pontian mulai esok.

Sunday, December 13, 2009

Jubah labuh corak abstrak kontemporari gaya baju kurung modern



Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari abstrak dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan.. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.



Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan- sifon, menyerlahkan rekaan jubah dress moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat dan juga majlis jamuan makan malam terutama menjelangnya hujung tahun.

Friday, December 11, 2009

Koleksi terkini Baju blaus moden gaya kontemporari bermanik




Baju blaus koleksi terkini Muahsabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari moden abstrak. Terdapat hiasan manik dijahit menghiasi baju blaus ini. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.

Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon, menyerlahkan rekaan jubah moden ini dengan trend masakini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat serta majlis jamuan (tahunan).


2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon


Labuh - 36" inch (90 cm) for size size 38, 40, 46
Labuh - 37.5" inch (93.75 cm) for size 55




 

Thursday, December 10, 2009

Koleksi Jubah Batik Dress sentuhan gaya baju kurung modern










 Bagi peminat dan pemakai jubah, kali ini kami menampilkan koleksi terkini Muhasabah Trading iaitu jubah batik (dress) dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Sekali pandang, ramai yang menyangka ini adalah baju kurun moden, tetapi ia sebenarnya adalah jubah dress iaitu hanya msekali sarung sahaja dan anda bersedia untuk ke majlis perkahwinan, ke pejabat mahupun untuk waktu-waktu santai.

Apa yang lebih menarik, jubah dress batik ini sangat sesuai untuk majlis makan malam (annual dinner) yang kebanyakkannya dibuat menjelang penghujung tahun. Bagi pekerja sektor kerajaan, semestinya jubah batik ini sangat bertepatan dengan hari Khamis - pemakaian wajib batik ke pejabat.

Terdapat 4 warna dalam koleksi kami iaitu warna biru muda, merah jambu (pink), oren terang dan juga ungu (purple). Saiz yang ada terdiri daripada saiz 40, 42, 44, 46, 48, dan 50. Stok adalah terhad. Layari ebay store kami untuk senarai harga dan paparan penuh saiz yang ada di

http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Trading


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...