Wednesday, July 6, 2011

Jintan Hitam @ Habbatus Sauda ubat H1N1


"Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (maut)" - hadith riwayat Al-Bukhari


Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog ini.

Kali ini bukan produk tudung, selendang, jubah, mahu pun baju kurung yang kami ketengahkan di sini. Apa yang dikongsi adalah tentang Habbatus Sauda, suatu jenis perubatan alternatif yang telah diamalkan dalam Islam serta terdapat hadis sahih mengenainya.

Bahkan, semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.

Di bawah ini adalah petikan daripada web rasmi Saudacare:

Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu.

Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatus Sauda’ untuk merawati penyakit ringan termasuk asthma dan bronchitis, rheumatism dan radang/inflammasi, meningkatkan produksi susu ibu selepas bersalin, merawat gangguan penghadaman, membantu menjaga sistem pertahanan badan, meningkatkan kemampuan penghadaman dan pembuangan, dan melawan penyakit jangkitan parasit.

Minyaknya digunakan untuk penyakit kulit seperti eczema, dan atopic dermatitis, psoriasis dan jerawat.


Berikut adalah di antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’:-
  • Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
  • Resdung (sinusitis)
  • Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
  • Sakit jantung, darah gemuruh
  • Darah tinggi (hypertension)
  • Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
  • Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
  • Sakit buah pinggang (renal problem)
  • Gout
  • Kencing manis (diabetis)
  • Luka-luka di dalam mulut
  • Sakit tengkuk
  • Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
  • Pedih di ulu hati
  • Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
  • Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
  • Alahan dan gatal-gatal
  • Sakit gigi
  • Cacing, parasit
  • Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
  • Selepas bersalin (menambah susu ibu)
  • Awet muda dan menegangkan kulit
  • Mencantikkan kulit, kuku
  • Masalah kesuburan perempuan
  • Senggugut
  • Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)


Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat”.

Nak tahu lebih lanjut atau berminat dengan produk ini, sila ke laman rasmi Saudacare.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...