Search This Blog

Loading...

Koleksi Jubah terkini .... akan datang!

Salam,

Apa khabar semua? Harapan saya agar kalian semua sihat walafiat, dalam menjalankan ibdah dan juga pekerjaan sehari-hari. Bulan Ramadhan akan muncul tidak lama lagi, bermakna kita akan menunaikan puasa selama sebulan. Dalam sibuk menunaikan ibadah puasa, semestinya kita juga perlu membahagikan masa untuk persiapan menyambut hari raya.

Saya berkira-kira untuk memberikan tumpuan lebih kepada koleksi jubah, sementara koleksi tudung mungkin tidak terlalu ekstrem (extreme) penambahannya. Saya cuba fokus dahulu dengan jubah, bagi memenuhi permintaan untuk hari raya. Insyaallah, jubah putih bagi jemaah yang bakal menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadhan , akan cuba saya dapatkan. Ada juga yang memerlukan jubah putih ini bagi menunaikan haji. Almaklumlah, para jemaah haji berangkat ke Mekah tidak berapa lama selepas Syawal.

Insyaallah, harga yang bakal saya tawarkan lebih murah daripada harga pasaran. Saya cuba memberikan yang terbaik bagi pra pelanggan dan saya juga cuba memuaskan hati pelanggan yang saya hormati. Tanpa anda, siapalah saya.

Wasalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by Blogger Templates