Showing posts with label gaya. Show all posts
Showing posts with label gaya. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Baju blaus potongan kebaya nyonya



Baju blaus koleksi terkini Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari moden organik. Diberi sentuhan hiasan jahitan batu-batu manik menghiasi leher dan juga pergelangan tangan.
Penggunaan material 2 lapis kain (baju / kain) :
luar - sifon
dalam - spandex
Terdapat unsur-unsur sentuhan baju kebaya nyonya terutama pada sulaman dan gaya potongan tangan. 

BBKN001: Women Blouse Kebaya Nyonya style BRIGHT GREEN size S 38BBKN001: Women Blouse Kebaya Nyonya style BRIGHT GREEN size S 38

 

BBKN002: Women Blouse Kebaya Nyonya style TURQUOISE size L 42BBKN002: Women Blouse Kebaya Nyonya style TURQUOISE size L 42

 

BBKN003: Women Blouse Kebaya Nyonya style WHITE size L 42BBKN003: Women Blouse Kebaya Nyonya style WHITE size L 42

 

BBKN004: Women Blouse Kebaya Nyonya style BROWN size L 42BBKN004: Women Blouse Kebaya Nyonya style BROWN size L 42

 

 Harganya cuma RM 30 sahaja + pos PERCUMA ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak

 

Thursday, February 25, 2010

Koleksi Terkini Fesyen 2010 : Baju Blouse gaya T-shirt muslimah kain lycra

 


Koleksi baju blouse gaya t-shirt lycra muslimah ini diilhamkan daripada pemakaian baju thirt yang dipadankan stokin tangan (arm sock). terdapat gaya kedutan dibahagian bahu serta hiasan batu-batu kristal di bahagian dada. Corak abstark menghiasai grafik baju, manakala bahagian 'arm sock' hanya warna kosong (plain).

Harga bagi sepasang baju t-shirt muslimah lycra ini hanyalah RM 52 dengan pos percuma untuk seluruh Malaysia. Bagi saiz baju pula, terdapat saiz S, M, L, XL manakala warna-warna yang ada ialah biru, pink, hijau pucuk pisang, kelabu dan oren.

Fesyen ini menjadi keutamaan dan pilihan gadis remaja manakala golongan wanita pertengahan umur juga nampak lebih muda jika menggayakan baju t-shirt ini.

Saya akan update kesemua size dan warna dalam online store muhasabah trading yang dalam pembikinan.



Muhasabah Collection brings you this brand new lycra t-shirt blouse for muslim women and teenage girls. The specialty of this t-shirt is the sleeve (@ arm sock look alike) design, which they are attached, and absolutely will cover the aurah.

The pattern truly amazing with some beads and crystal touch on the front collar. The 'arm sock' made with plain color, base on the shirt abstract pattern color tone.

Wasalam


Tuesday, January 5, 2010

Koleksi Jubah Terkini gaya kontemporari corak abstrak organik Sifon

Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak abstrak kontemporari dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Hujung lengan mempunyai butang, memastikan ia tidak mengeloboh dan terlalu labuh. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.

Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan sifon, menyerlahkan rekaan jubah dress moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji dan juga untuk pakaian ke pejabat.

2 lapis kain (bercantum) - sifon





Muhasabah Collection brings you this brand new batik dress abaya suits for career women. Comes with abstarct pattern with beads decoration around the collar. The wrist comes with buttons and beads decorations as well. This jilbab designed with the touch of Malay Traditional modern style dress. Suit for leisure, special ocassion, festive seasons, office wear, annual dinner - Eid Mubarak and anytime you like.

material - 2 layers of fabric attached - chiffon

Monday, November 2, 2009

Tudung Ekin Selendang Chiffon batu Kristal


Sebahagian koleksi tudung ekin selendang ini telah dimasukkan kedalam ebay store kami. Ada beberap patttern yang lain (tudung ikin selendang sifon batu kristal penuh juga akan dimasukkan secara berperingkat).

Tudung ekin selendang batu kristal ini memerlukan gaya pemakaian secara lilitan serta penggunaan brooch / kerongsang - di belakang atas kepala, bahu dan dibawah dagu. Sila rujuk gambar-gambar dibawah untuk tips mudah cara memakai tudung ekin selendang ini.



Proses upload sedang berjalan secara berperingkat. Lepas tu, nak pergi hospital plak, nak hantar susu ibu, dan bagi ibu susukan baby.. Semalam, Alhamdullillah, pada baby dah dicabut segala jenis tiub, cuma tinggal 1 je untuk bagi tambahan bekalan cecair / makanan untuk baby. Baby dah mampu bernafas tanpa alat sokongan. Dia pun nampak kuat dan sihat, serta minum susu dengan penuh selera..

Sunday, November 1, 2009

Tuesday, October 27, 2009

Tudung gaya ID Thai Silk awning batu corak kosong







Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.

Keistimewaan desain tudung ini ia didatangkan dengan kombinasi awning serta hiasan batu di atasnya.

Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning keras Sutera Thai di hiasi batu-batu manik kecil.





measurement chin to bottom approx :

ukuran labuh dari dagu ke bawah

28" inches ( 70cm)

Thursday, October 15, 2009

Koleksi fesyen tudung gaya id lace batu



Koleksi tudung gaya ID dengan menggunakan kain lace yang berorak kontemporari ini sangat sesuai untuk majlis keramaian, musim perayaan, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.

Menggunakan kain yang meregang dan juga kain jaring (lace)- amat lembut, ringan dan selesa. Produk tudung id lace batu ini adalah gabungan anak tudung yang digabungkan dibahagian dalam sehingga paras tengkuk. desain Awning keras (half awning) dihiasi batu-batu manik kecil yang cantik dan memukau.

Labuh dagu ke bawah - Terdapat 2 saiz bagi tudung ini iaitu :
  • labuh 14 inci ( 35 cm) &
  • labuh 17" inci (42.5cm)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...