Showing posts with label muslimah clothing. Show all posts
Showing posts with label muslimah clothing. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Brand New stylish contemporary pattern Jilbab Abaya Jubah

This brand new blouse / dress comes with stylish embroidered pattern with sequins and beads. The design truly modern contemporary style. Made of 2 layers of fabric. The outer layer is chiffon while the inner layer is mix cotton. Suits for dinner, special ocassion, leisure or anytime you like.

Jubah labuh 2 lapis sulam dan dihiasi manik serta labuci. Menggunakan kain sifon (luar) dan kain campuran (dalam). Menggunakan sentuhan jubah moden, tampak anggun dan menawan. Jubah terkini daripada Muhasabah Collection.



BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan sz 12 M 42

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan 18 XL 46

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan 20 2X 50

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan 20 2X 50

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan sz 12 M 42


Tu adalah antara stok terbaru koleksi jubah Muhasabah trading. Sila klik pada gambar untuk penerangan terperinci.

Wednesday, April 15, 2009

Koleksi terkini Jubah Labuh ala kebaya nyonya

36 / 38 / 40


36 / 40


36 / 38 / 40



36 / 38 / 40

Salam...

Finally I've uploaded my ebay store with collection of abaya. The brand new pattern of abaya is designed like kebya nyonya pattern. Comes with 5 different colors. Available sizes are between 36 - 40 ONLY (I will add more sizes soon).

The abaya has
stylish embroidered pattern on the chest and collar. The design truly modern contemporary style. Made of 2 layers of fabric. The outer layer is embroidered chiffon while the inner layer is pattern satin silk.

Jubah labuh 2 lapis bersulam di dada. Menggunakan kain sifon (luar) dan kain sutera satin bercorak (dalam). Menggunakan sentuhan 'kebaya nyonya', tampak anggun dan menawan untuk dikenakan pada sambutan perayaan, ke pejabat, mahupun waktu-waktu santai.


Sila klik pada nombor size (di bawah gambar untuk melihat listing serta untuk mengetahui samada stok masih lagi ada atau tidak).

Sunday, April 12, 2009

Masih lagi tercari-cari siapakah yang bank in dalam maybank

Salam...

Saya masih ternanti-nanti update daripada sipembayar yang telah memasukkan duit ke dalam akuan maybank saya. tak tahu siapakah gerangannya... Sebab yang dah beli tapi belum bayar memang ramai lagi.. Ada jumlah dalam 38 tudung masih lagi belum dibayar.... (lebih kurang RM 700 ++ ).

Saya baru sahaja menghabiskan hujung minggu yang sibuk, berniaga di pasar malam, pasar pagi serta pasar tani. Ada cabaran sedikit bila musim hujan. Nasib baik ada juga kedai serta tudung online yang dapat mengimbangi perniagaan saya ni.

Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Apatah lagi keadaan saya yang masih lagi belajar menguruskan kewangan, perniagaan serta jenis-jenis tudung yang pelbagai serta bertukar-tukar jenis dan fesyen. Tambahan pula keadaan ekonomi yang masih belum stabil, ditambah pula cuaca hujan yang tidak menentu. Semuanya adalah cabaran untuk saya sebagai seorang hamba.

Saya juga manusia bisasa yang pernah mengalami kegagalan, kejatuhan serta kekecewaan dalam dunia perniagaan dan hidup. Namun saya punyai Adam Harith, yang memberikan saya kekuatan ketika jatuh dan bangun. Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang dan kekuatan untuk terus menempuh cabaran dan juga rintangan. Saya bersyukur, Muhasabah Trading yang baru setahun jagung, telah mengalami proses jatuh bangun, tersungkur dan bangun kembali.

Perjuangan belum selesai, selagi nafas bernyawa, selagi jantung berdegup. Insyaallah saya akan teruskan perjuangan.

p/s - hari ni saya nak mencari jubah (abaya) untuk tambah koleksi jubah yang dah makin kurang. Tudung-tudung mungkin tak banyak saya ambil, sebaba stok banayak lagi (online dan offline). Mungkin akan ambil stok yang mana banayak permintaan, dan juga tudung versi harga murah.

Doakan saya berjaya dan selamat. Wish me luck!

Saturday, April 4, 2009

Update : Penambahan stok tudung selendang CT, ID Labuh






Salam,

Kami di Muhasabah Trading sedang giat menambah variasi stok dengan tawaran harga yang sememangnya murah dan semakin menarik (semakin banyak membeli, semakin turun harga bagi setiap helai).

Produk yang baru dimasukkan adalah Tudung permaisuri labuh (saiz L : boleh menutupi dada), tudung ekin selendang labuci (kain jojet : tidak perlu digosok), tudung selendang chiffon Siti Nurhaliza, tudung ekin selendang ID (kain net) serta tudung ID labuh.

Pastikan anda mendapat yang terbaik dengan pilihan warna menarik. Cepat sebelum kami kehabisan stok.

Kos penghantaran adalah PERCUMA bagi alamat di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), manakala penghantaran ke luar negara adalah mengikut kadaran tertentu (sila rujuk keterangan kos penghantaran di dalam 'item description'.

Muhasabah Trading memastikan yang terbaik, dari segi kualiti dan harga, tidak kira walau di mana anda berada.

Wasalam.

Friday, April 3, 2009

Tudung ekin selendang labuci




Muhasabah Collection menyajikan Tudung Ekin Selendang Labuci Kain yang digunakan adalah 1 lapisan selendang jojet. Awningnya pula menggunakan sutera Thai (Thai silk) keras. Terdapat hiasan labuci mengelilingi tepi selendang ini. Selendang ini dibuat dengan kedudukan sebelah panjang dan sebelah bahagian lagi pendek sedikit. Sila lihat gambar untuk cara lilitan yang sesuai digayakan.

Warna labuci adalah mengikut warna awning.


measurement approx (ukuran) : 54 cm (lebar) x 190 cm (panjang)

Material : selendang jojet & Thai silk awning

Brand new stylish Ekin Selendang ID Scarf






Brand new stylish Ekin Selendang ID Scarf

Tudung Ekin Selendang ID




Buy 1 Tudung Ekin Selendang ID for RM 15 + free post*

Buy 2 Tudung Ekin Selendang ID for RM 14 (each) + free post*

Buy 3 Tudung Ekin Selendang ID for RM 13 (each) + free post*

Buy 4 Tudung Ekin Selendang ID for RM 12 (each) + free post*

Buy 5 Tudung Ekin Selendang ID (and above) for RM 10 (each) + free post*
This brand new scarf, hot in town known as Tudung Ekin Selendang ID. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Combination of one layer of ID shawl (net) and hard scarf awning.

Comes with stunning colors and pattern. Suit for special ocassion, leisure or anytime you like.




Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan Tudung Ekin Selendang ID. Menggunakan kain jaring (lace)- amat lembut, ringan dan selesa. Produk ini adalah gabungan awning span serta selendang ID : kain net (lace) yang dicantum sekali. Kedudukan selendang ini adalah sebelah panjang, dan sebelah pendek - direkabagi memudahkan pemakaian. Sila rujuk gambar untuk contoh pemakaian.

Sesuai untuk pelbagai aktiviti majlis keramaian, formal, pemakaian ke pejabat, santai, serta bila-bila masa sahaja.





measurement approx (ukuran) : 50 cm (lebar) x 168 cm (panjang)

Material : selendang ID (kain net) & Thai silk awning

Thursday, April 2, 2009

Update : New stock upload + tudung permaisuri auction start at RM1

Proses mengemaskini stok, upload gambar serta kemasukan pelbagai pattern serta jenis tudung terkini sedang berjalan. Sila pastikan anda tidak terlepas dengan tawaran yang menarik. Harga yang murah serta berpatutan, ditambah dengan kos penghantaran percuma.

Bagi tawaran kali ini, Tudung Permaisuri belah manik labuh (bersaiz L), dengan ukuran labuh daripada dagu ke bucu bawah adalah 23" inci (57.5 cm). Mudah digayakan bagi mereka yang mementingkan tudung yang labuh serta menutupi paras dada. Bergaya sambil menutup aurat!

Pastikan anda tidak terlepas dengan bidaan produk ini. harga sebenar di pasaran melebihi RM50.00, manakala produk yang sama di dalam online store kami adalah RM40 untuk sehelai (pos percuma), dan untuk 2 helai adalah RM70 (pos percuma).

Untuk melihat bidaan, sila layari ebay store Muhasabah Collection klik sini

Wednesday, April 1, 2009

Tudung selendang Dubai ID




This brand new head cover called Dubai ID scarf. This new pattern of scarf is very stylish and versatile. Suit for special ocassion, leisure or anytime you like.

Material : strechy fabric & net


Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading dikenali sebagai Tudung Dubai ID. Boleh dijadikan sebagai tudung dengan pelbagai gaya. Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.

Menggunakan kain yang meregang dan juga kain jaring (lace)- amat lembut, ringan dan selesa. Produk tudung dubai id ini adalah gabungan anak tudung dengan awning span serta selendang kain net (lace) yang dicantum sekali. Kedudukan selendang ini adalah pada satu bahagian sahaja dan memerlukan cara pemakaian dengan lilitan sebanyak 11/2 kali atau 2 kali. Sila rujuk gambar.

Monday, March 30, 2009

Update 30 Mac 2009 : Penambahan stok tudung permaisuri


Salam,

Alhamdulillah, dalam kesibukan ke pusat kesihatan (periksa kandungan isteri), setup kedai, perbaharui cukai jalan kereta, sempat saya masukkan beberapa stok tudung ekin ori selendang dan tudung permaisuri belah / labuh. Insyaalah esok lusa saya akan tambah lagi stok tudung ikin pashmina, labuci sifon dan fesyen / pattern baru yang lain.

Layari www.MuhasabahTrading.com untuk koleksi tudung Muhasabah Collection.

Wasalam.

Friday, March 27, 2009

Finally .....

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan izinNya, saya telah berjaya mendapatkan seorang pekerja (Seha) untuk outlet Muhasabah Trading : muslimah collection di Bandar Muar. Hari ini saya tidak pergi berniaga di pasar malam kerana menguruskan susunatur tudung, menerangkan satu persatu kepada Seha, pelbagai aspek dari segi pengurusan kedai, khidmat pelanggan, harga, tawar menawar dan 1001 macam perkara lagi.

Stok baru jugasempat saya buka dan upload mana yang sempat sebentar tadi. Tak banyak yang saya dapat masukkan kerana tak buat sessi fotografi untu koleksi tudung. Mana yang dah ada dalam simpanan khazanah laptop, saya upload (relist) item yang dah terjual. Kebanyakkannya tudung ekin sarimah (corak) sahaja...

Oklah, dah mengantuk, malam semakin lewat, esok pagi kalau ada rezeki, saya akan ke Parit Sulong, untuk pasar pagi pula. Sepanjang hujung minggu, rutin saya memang agak ketat. maklumlah, orang lain cuti, jadi mereka datang membeli belah. Saya pula sibuk berniaga. Pukul 3 petang ada majlis harijadi anak saudara pula.. (nasib baik sempat beli hadiah malam tadi). Lepas tu bergegas ke pasar malam Pesta Muar pula...

Insyaallah, saya akan cuba dapatkan design, pattern serta latest tudung pada hari Isnin, seterusnya upload dalam ebay store.

Doakan saya berjaya.. Insyaallah.

Wasalam.

Monday, March 23, 2009

ID scarf abstract pattern and plain white.





More stock of tudung ID has been uploaded.. Please visit Muhasabah Collection ebay store for more details.

Tudung ID new stock update



This brand new ID scarf, a newly invented head cover for muslimah.

The specialty of this ID scarf are made from very light material and reduce heat inside as it is kind of thin layer of net fabric (stretchable)

Tudung ID, merupakan satu ciptaan terbaru dalam fesyen tudung muslimah. Kelebihannya adalah dari segi kain yang digunakan ringan dan tidak panas, disebabkan sifatnya yang nipis dan berupa seakan-akan jaring tebal (meregang).



Nantikan kemunculan pelbagai jenis warna dan corak. Proses upload sedang berjalan di ebay store Muhasabah Collection.

Friday, March 20, 2009

Tudung ekin sarimah bercorak


Salam..

Just quick update. Some new pattern for tudung ekin sarimah bercorak has been uploaded tu Muhasabah Trading Ebay store. Feel free to look at the items. There will be more tudung stock and new pattern will be available soon. Still most of the listing are about tudung ikin.

Thank you.

More stock for tudung ekin batik (selendang)



Salam..

There are more stock uploaded for tudung ekin batik (selendang).


Koleksi tudung Muhasabah Collection versi tudung ekin batik ini menarik dari segi penampilan corak pada kain selendang batik tersebut. Harap maklum bahawa corak batik itu bukanlah seperti batik yang terdapat di Malaysia ni. Itu hanyalah istilah bagi fabrik selendang ini. Sama sekali jauh berbeza rupa dengan batik cop atau batik lukis.

Thursday, March 19, 2009

New pattern :Tudung Siti Nurhaliza "ekin" selendang sifon


klik gambar untuk imej yang lebih besar



Tudung Siti Nurhaliza "ekin" selendang sifon

This brand new scarf, hot in town known as Tudung Siti Nurhaliza "ekin" selendang sifon. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Decorated with full of sequins.

Comes with one layer of chiffon fabric. Suit for special ocassion, leisure, holidays, daily wear or anytime you like.



Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan Tudung Siti Nurhaliza "ekin" selendang sifon. Kain yang digunakan adalah kain sifon 1 lapis.

Apa yang menarik untuk tudung Siti "ekin" ini adalah susunan manik serta labuci yang dijahit. Susunatur yang menaikkan seri tudung ini. Memperlihatkan keanggunan kepada si pemakai.

Sesuai untuk dipakai oleh pengantin bagi majlis pernikahan. Sememangnya bila bernikah, kebiasaan warna putih akan digunakan.


Klik sini untuk melihat senarai tudung dan penerangan lanjut

Wednesday, March 18, 2009

Stock update : Black abaya uploaded

Salam,

Just to inform that I've been working the whole night to upload new stock of abaya (jubah), on Muhasabah Collection ebay store. There are variations of pattern and sizes. Those newly listed are cheap and good for bargain. They are made of georgette fabric (kain jojet). Decorated with beads and very stunning.

Feel free to visit Muhasabah Collection of muslimah clothing, selection of abaya and head scarf.

Wasalam.

Update New stock Brand New stylish contemporary modern pattern Abaya

I am currently working on new abaya (jubah) produk on ebay store. At the moment, 2 abayas just listed. Click here to see the abaya.


Muhasabah Collection brings you this brand new long abayas for muslimah clothing. Comes with stlish beads pattern. Simple design but very stunning and attractive. Suit for leisure, special ocassion, festive seasons and daily wears.

Size S (marked on the abaya)



Measurement approx :

length - 53"

bust - 38"



Size - S Malaysia / Europe 38, UK - 10, US - 8



material - 1 layer of georgette (jojet) fabric



Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading. Didatangkan dengan corak manik moden yang disulam di atas kain jojet. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, pakaian harian, serta bila-bila masa sahaja.

Tuesday, March 10, 2009

Produk baru : Tudung Permaisuri manik belah + more ekin ori selendang + more tudung ekin chiffon labuci


Salam..

Sudah beberapa hari blog ini tak update dengan stok terbaru muhasabah trading serta tambahan produk terkini. Kami  sedang mengemas, menghias serta mengatur koleksi tudung, jubah serta blouse di dalam kedai pakaian muslimah kami. Kedai outlet kami boleh dikunjungi di lot G-16 (tingkat bawah), Hentian Bas Maharani (bersebelahan Hotel Muar Traders).

Apa yang syok, jika anda mengunjungi kami bersama suami terchenta, nereka boleh duduk santai dengan menikmati pemandangan sungai Muar, sambil menghirup hembusan angin segar.. :)

Ok, kembali kepada koleksi terkini Muhasabah Collection. Produk yang baru dimasukkan (& ditambah) adalah Tudung Ekin Selendang ori labuh, tudung ekin chiffon labuci 3 segi, serta tudung permaisuri belah bermanik (labuh).

Untuk melihat produk terkini, layari http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Collection.






Thursday, March 5, 2009

Stok baru :Tudung Permaisuri belah, tudung ekin

Salam semua,

Muhasabah Collection akan memasukkan koleksi terbaru tudung permaisuri belah (lebih labuh), tudung ekin selendang ori, tudung ID, serta koleksi jubah kain sifon. Proses akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hari Isnin. Ini tidak dapat dielakkan memanndangkan kami amat sibuk berniaga oofline pada hujung minggu serta kami juga sedang memasuki kedai baru di Kompleks bas hentian Maharani (bersebelahana hotel Muar Traders). Semalam baru siap cat kedai.. :)

Untuk mendapat update terkini kami, masukkan email anda pada Feedburner form disebelah atas kanan page ini.

Wednesday, March 4, 2009

Tudung Ekin Selendang Batik




This brand new scarf, hot in town known as Tudung Ekin Selendang Batik. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Combination of one layer pashmina shawl and hard scarf awning.

Comes with organic pattern and stunning. Suit for special ocassion, leisure or anytime you like.

Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung ekin selendang batik. Kain yang digunakan adalah 1 lapisan selendang batik manakala awningnya pula menggunakan sutera Thai (Thai silk) keras.

Apa yang menarik untuk tudung ikin selendang batiks ini didatangkan dengan warna-warna segar, garang dan menarik. Sesuai untuk pelbagai aktiviti majlis keramaian, formal, pemakaian ke pejabat, santai, serta bila-bila masa sahaja.

measurement approx (ukuran) : 40 cm (lebar) x 150cm (panjang)

Material : selendang pashmina & Thai silk awning


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...