Showing posts with label update. Show all posts
Showing posts with label update. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Tudung Ekin selendang Siti dwi tone



Tudung Ekin selendang Siti dwi tone ini menggabungkan selendang Ct dual tone bermanik batu dan tudung ekin. Kombinasi ketiga-tiga elemen dalam satu gabungan tudung ini menghasilkan sesuatu yang diminati dan dicari ramai wanita.


Populariti tudung Ekin masih belum pudar walaupun kini terlalu banyak muncul pelbagai fesyen tudung serta jenis material yang membezakan antara satu sama lain. Kesinabungan populariti Siti Nurhaliza juga mencetuskan idea menghasilkan selendang yang dipanggil selendang Siti ini.


Selendang CT ini adalah gabungan 2 jenis warna yang dijahit menjadi sehelai selendang, manakala kemasan terakhir adalah dari segi hiasan manik-manik batu yang terdapat disepanjang persisiran selendang ini.

Wednesday, August 12, 2009

Koleksi Fesyen Tudung Ekin dengan sentuhan batu crystal octant swarovski





Salam,


Fesyen Tudung Ekin dengan sentuhan batu crystal octant swarovski ini adalah koleksi tudung terkini daripada Muhasabah Trading. Fesyen tudung ini menggabungkan gaya tudung ekin (highlight), gaya tudung ID (kain sintetik belah*) dan sebaris susunan batu kristal oktant swarovski yang semenganya berkilat dan memancar (orang kata batu hidup ).

Kesemua elemen sentuhan fesyen tudung terkini itu menjadikan tudung ini nampak 'simple' tetapi elegen. Kombinasi warna-warna kebanyakkannya adalah warna lembut.



Keistimewaan pada fesyen tudung ini adalah pada awning lembutnya yang diperbuat daripada getah span, memberikan fleksibiliti pada 'kepala tudung' - tidak patah atau rosak. Batu kristal oktant swarosky ini pula dijahit pada bahagian 'awning' ; bukannya digam untuk memastikan ketahanan lekatan batu svarowski ini pada tudung ekin octant mata lalat.

* Kain sintetik ini agak nipis dan jarang. Ia bersifat licin dan berkilat.

RM 30.00 (pos percuma bagi alamat di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak).

Sila layari muhasabah-trading @
http://shop.ebay.com.my/merchant/muhasabah-trading
untuk senarai penuh koleksi fesyen tudung terkini.

Friday, August 7, 2009

Update : Button Hijab @ Tudung butang belakang corak bunga / abstrak kontemporari floral







Material - Spandex lembut
Labuh - 20" inci (50 cm) dagu ke bawah
Keistimewaan - Butang di belakang (gaya terkini)
Harga - RM 16 + penghantaran percuma :
  • Pembelian melebihi 3 item - diskaun + pos percuma


Proses penggambaran, upload gambar serta 'listing' sedang berjalan... Saya cuba menghabiskannya menjelang tengahari ini, sebelum memasukkan beberapa tudung baru, gaya permaisuri manik (di bahagian atas dan depan dihiasi manik) serta mungkin beberapa jenis tudung yang lain.

Untuk senarai penuh, sila layari 'link url' di bahagian atas blog ini.

Terima kasih.

Sunday, August 2, 2009

Update : tambahan stok tudung 'button' butang belakang





Salam,

Beberapa tambahan stok ke dalam online store kami sedang dilakukan dengan koleksi terbaru tudung 'button' butang belakang. Kali ini, corak serta gaya yang ditampilkan adalah sangat berbeza dengan stok yang terdahulu.

Corak kali ini membawa tema abstrak kontemporari yang sangat-sangat menarik.

p/s- tudung ini bersaiz L (labuh) : juga dipanggil tudung midi.

Tudung corak floral pula bersaiz M, sepanjang hujung minggu, jualan offline sangat tinggi permintaan terhadap tudung ini. Sekarang tak banyak stok yang ada dalam simpanan. Insyaallah, saya akan cuba dapatkan dalam masa sehari dua ini.

Layari : http://shop.ebay.com.my/merchant/muhasabah-trading
untuk senarai penuh.

Thursday, July 16, 2009

Muhasabah Trading : Muslimah Clothing

Salam,

We are back on business. How grateful I am and thank to Allah for giving me 'idea' and strength to get up and back for business again. Insyaallah, I'll bring the best and cheaper price for all of our customer. Come visit our online store at ebay for selection of hijab and abaya. You satisfaction is our goal.


http://shop.ebay.com.my/merchant/muhasabah-trading


Selamat datang semua ke blog Muhasabah Trading : menghidangkan koleksi pakaian muslimah - jubah, blouse, tudung, jubah seluar dengan pilihan serta seleksi yang terkini. Kami cuba untuk membawakan yang terbaik anda dengan pilihan terbaik serta antara harga yang termurah dipasaran. Kepuasan anda, keutamaan kami.

Wednesday, July 8, 2009

Pengumuman : akaun ebay Muhasabah Collection

Salam,

Pertamanya, terima kasih kepada Pn. Mazihana Omar yang perihatin menelefon saya untuk menyatakan tentang senarai produk Muhasabah Collection yang hilang menjadi kosong!

Apa yang terjadi, ebay mengesyaki saya berlaku 'curang' kepadanya dan meminta saya menyediakan segala dokumen untuk mengesahkan bahawa saya adalah 'tulen'. Ngeheheheee.. banyak songel la pula eBay ni. Maklumlah akaun baru. Lebih-lebih lagi sebab banyak sangat jenayah siber berlaku dalam dunia internet sekarang ni.

Ni surat 'cinta' daripada eBay:


Dear muhasabah-collection ,

The following listing has been removed from eBay due to concerns we have for the safety of the eBay Community:

.item... #......
item .. # .. bla .. bla.. bla.. bla... (banyak sangat)....

All associated fees have been credited to your account.

As a precautionary measure, we've also restricted your listing activity. If you would like to have your limit increased, please provide the following information:

- A copy of a current utility bill, phone bill, or government-issued ID that clearly shows your name and street address. The contact information on the bill or ID needs to match the contact information on your eBay account.
- A copy of a purchase receipt, a manufacturer invoice, or any other document that shows that you own the above item.
- A signed statement acknowledging that you've read and understand the eBay User Agreement. You can find a link to the User Agreement at the bottom of most eBay pages.

You can fax these documents to eBay, Attention: B001 Appeals, at +65-6491-5007. Please be sure to include the User ID and email address of this eBay account. If your fax does not contain this information, we won't process your request.

After you fax your documents, please reply to this email and let us know that you've sent your information to eBay.



Jadi, saya kenalah buat kerja 'overtime' hari ni...



WISH ME LUCK!

Saturday, June 20, 2009

Tudung Gaya Syria ID

Brand new stylish Syria ID style hijab

Klik SINI untuk senarai tudung Syria

cara-cara memakai tudung Syria ID






This brand new scarf, hot in town known as Syria ID style hijab . The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Made of separate 2 piece of net fabric. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Selection of modern new style especially for youngsters. Suit for special ocassion, leisure or anytime you like.


Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Syria ID, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja. Menggunakan kain yang lembut dan selesa. Tudung Syiria ID ini didatangkan dengan gabungan 2 helai tudung (tidak bercantum) dengan lapisan dalam sebagai anak tudung, manakala lapisan luar sebagai melengkapkan pemakaian tudung ini. Pilihan muda-mudi dan gadis remaja masa kini. Namun begitu, golongan pertengahan dan berumur juga boleh memakainya - belum cuba belum tahu :) Sesuai untuk pemakaian ke pejabat atau waktu santai, juga bila-bila masa sahaja.

Friday, June 19, 2009

Tudung terkini Tudung Gaya Siti Nurhaliza






This brand new scarf, hot in town known as Tudung gaya Siti Nurhaliza (CT). The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Made of 2 layers of fabric. The latest pattern of scarf is very stylish and

Inner - Soft spandex

Outer - net fabric

Suit for special ocassion, leisure or anytime you like.



Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Siti Nurhaliza, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.

Menggunakan kain yang lembut dan selesa. Tudung Permaisuri ini didatangkan dengan gabungan kain spandex (lembut dan ringan - lapisan dalam) serta kain nipis lembut dibahagian luar.


measurement approx (labuh:

dagu ke bawah : 20" (51.5 cm)

Layari Muhasabah collection online store

Sunday, June 7, 2009

Update Muhasabah Trading @ Lelong

Salam,

Saya sedang berusaha keras memindahkan segala data listing Muhasabah Collection online store dari ebay ke lelong. Buat masa ini, pelbagai koleksi tudung ekin dan seklendang ekin telah dipindahkan secara berperingkat. Cuma ada beberapa jenis koleksi tudung terkini belum lagi dimasukkan.

Buat masa ini, saya sedang memindahkan pula segala jenis koleksi jubah serta jubah seluar dengan tawaran harga menarik (harga lelong) + kos penghantaran pos adalah PERCUMA!

Tuesday, June 2, 2009

Pengumuman: Muhasabah Collection di http://www.lelong.com.my/

Salam

Update terkini : Muhasabah Collection boleh dikunjungi di Lelong.com.my . Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami kembali di persada lelong.

Anda boleh berkunjung ke online store Muhasabah Collection untuk variasi koleksi tudung terkini dan juga batik.

Kami dalam proses memasukkan senarai tudung di sana. Diharapkan agar proses update akan dapat dilakukan secepat mungkin.

Doakan saya berjaya.

Wasalam

Wednesday, May 27, 2009

SALE Baju batik ekslusif lelaki lukis asli Terengganu

Salam semua,

Dengan harga serendah RM99.00, sehelai baju sutera jaquard batik lukis asli Terengganu adalah milik anda jika memenangi bidaan. Baju Batik lukis ekslusif ini bernilai RM 200 ++ mengikut pasaran semasa. Hanya tinggal sehelai dan saya ingin menghabiskan stok.. (simpan lama-lama pun tak guna .. nanti basi.. :P )..

Tanpa cerita panjang.. klik thumbnail di bawah untuk ke lelong store Muhasabah Collection..

Tuesday, May 12, 2009

Muhasabah Trading di Politeknik Merlimau

Salam..

Hari ini merupakan hari bertuah bagi saya kerana diberikan penghormatan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Merlimau, Melaka untuk menyertai program Hari rekacipta (atau pertandingan rekacipta?).

Program selama sehari berlangsung pada hari Rabu, 13 Mei 2009 bersamaan 17 Jamadil Awal 1430 Hijrah. Isyaallah saya akan bawakan koleksi tudung dan juga himpunan koleksi jubah serta baju blouse yang saya ada untuk warga Politektik Melaka, dan juga warga Merlimau yang berkesempatan untuk berkunjung ke sana.

Ini adalah peta daripada google maps untuk ke sana..



View Larger Map

Thursday, April 16, 2009

Brand New stylish contemporary pattern Jilbab Abaya Jubah

This brand new blouse / dress comes with stylish embroidered pattern with sequins and beads. The design truly modern contemporary style. Made of 2 layers of fabric. The outer layer is chiffon while the inner layer is mix cotton. Suits for dinner, special ocassion, leisure or anytime you like.

Jubah labuh 2 lapis sulam dan dihiasi manik serta labuci. Menggunakan kain sifon (luar) dan kain campuran (dalam). Menggunakan sentuhan jubah moden, tampak anggun dan menawan. Jubah terkini daripada Muhasabah Collection.



BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan sz 12 M 42

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan 18 XL 46

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan 20 2X 50

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan 20 2X 50

BNWT Stylish abaya jubah dress blouse caftan sz 12 M 42


Tu adalah antara stok terbaru koleksi jubah Muhasabah trading. Sila klik pada gambar untuk penerangan terperinci.

Wednesday, April 15, 2009

Koleksi terkini Jubah Labuh ala kebaya nyonya

36 / 38 / 40


36 / 40


36 / 38 / 40



36 / 38 / 40

Salam...

Finally I've uploaded my ebay store with collection of abaya. The brand new pattern of abaya is designed like kebya nyonya pattern. Comes with 5 different colors. Available sizes are between 36 - 40 ONLY (I will add more sizes soon).

The abaya has
stylish embroidered pattern on the chest and collar. The design truly modern contemporary style. Made of 2 layers of fabric. The outer layer is embroidered chiffon while the inner layer is pattern satin silk.

Jubah labuh 2 lapis bersulam di dada. Menggunakan kain sifon (luar) dan kain sutera satin bercorak (dalam). Menggunakan sentuhan 'kebaya nyonya', tampak anggun dan menawan untuk dikenakan pada sambutan perayaan, ke pejabat, mahupun waktu-waktu santai.


Sila klik pada nombor size (di bawah gambar untuk melihat listing serta untuk mengetahui samada stok masih lagi ada atau tidak).

Sunday, April 12, 2009

Masih lagi tercari-cari siapakah yang bank in dalam maybank

Salam...

Saya masih ternanti-nanti update daripada sipembayar yang telah memasukkan duit ke dalam akuan maybank saya. tak tahu siapakah gerangannya... Sebab yang dah beli tapi belum bayar memang ramai lagi.. Ada jumlah dalam 38 tudung masih lagi belum dibayar.... (lebih kurang RM 700 ++ ).

Saya baru sahaja menghabiskan hujung minggu yang sibuk, berniaga di pasar malam, pasar pagi serta pasar tani. Ada cabaran sedikit bila musim hujan. Nasib baik ada juga kedai serta tudung online yang dapat mengimbangi perniagaan saya ni.

Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Apatah lagi keadaan saya yang masih lagi belajar menguruskan kewangan, perniagaan serta jenis-jenis tudung yang pelbagai serta bertukar-tukar jenis dan fesyen. Tambahan pula keadaan ekonomi yang masih belum stabil, ditambah pula cuaca hujan yang tidak menentu. Semuanya adalah cabaran untuk saya sebagai seorang hamba.

Saya juga manusia bisasa yang pernah mengalami kegagalan, kejatuhan serta kekecewaan dalam dunia perniagaan dan hidup. Namun saya punyai Adam Harith, yang memberikan saya kekuatan ketika jatuh dan bangun. Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang dan kekuatan untuk terus menempuh cabaran dan juga rintangan. Saya bersyukur, Muhasabah Trading yang baru setahun jagung, telah mengalami proses jatuh bangun, tersungkur dan bangun kembali.

Perjuangan belum selesai, selagi nafas bernyawa, selagi jantung berdegup. Insyaallah saya akan teruskan perjuangan.

p/s - hari ni saya nak mencari jubah (abaya) untuk tambah koleksi jubah yang dah makin kurang. Tudung-tudung mungkin tak banyak saya ambil, sebaba stok banayak lagi (online dan offline). Mungkin akan ambil stok yang mana banayak permintaan, dan juga tudung versi harga murah.

Doakan saya berjaya dan selamat. Wish me luck!

Friday, March 27, 2009

Finally .....

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan izinNya, saya telah berjaya mendapatkan seorang pekerja (Seha) untuk outlet Muhasabah Trading : muslimah collection di Bandar Muar. Hari ini saya tidak pergi berniaga di pasar malam kerana menguruskan susunatur tudung, menerangkan satu persatu kepada Seha, pelbagai aspek dari segi pengurusan kedai, khidmat pelanggan, harga, tawar menawar dan 1001 macam perkara lagi.

Stok baru jugasempat saya buka dan upload mana yang sempat sebentar tadi. Tak banyak yang saya dapat masukkan kerana tak buat sessi fotografi untu koleksi tudung. Mana yang dah ada dalam simpanan khazanah laptop, saya upload (relist) item yang dah terjual. Kebanyakkannya tudung ekin sarimah (corak) sahaja...

Oklah, dah mengantuk, malam semakin lewat, esok pagi kalau ada rezeki, saya akan ke Parit Sulong, untuk pasar pagi pula. Sepanjang hujung minggu, rutin saya memang agak ketat. maklumlah, orang lain cuti, jadi mereka datang membeli belah. Saya pula sibuk berniaga. Pukul 3 petang ada majlis harijadi anak saudara pula.. (nasib baik sempat beli hadiah malam tadi). Lepas tu bergegas ke pasar malam Pesta Muar pula...

Insyaallah, saya akan cuba dapatkan design, pattern serta latest tudung pada hari Isnin, seterusnya upload dalam ebay store.

Doakan saya berjaya.. Insyaallah.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...