Sunday, July 5, 2009

Koleksi Jubah terkini .... akan datang!

Salam,

Apa khabar semua? Harapan saya agar kalian semua sihat walafiat, dalam menjalankan ibdah dan juga pekerjaan sehari-hari. Bulan Ramadhan akan muncul tidak lama lagi, bermakna kita akan menunaikan puasa selama sebulan. Dalam sibuk menunaikan ibadah puasa, semestinya kita juga perlu membahagikan masa untuk persiapan menyambut hari raya.

Saya berkira-kira untuk memberikan tumpuan lebih kepada koleksi jubah, sementara koleksi tudung mungkin tidak terlalu ekstrem (extreme) penambahannya. Saya cuba fokus dahulu dengan jubah, bagi memenuhi permintaan untuk hari raya. Insyaallah, jubah putih bagi jemaah yang bakal menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadhan , akan cuba saya dapatkan. Ada juga yang memerlukan jubah putih ini bagi menunaikan haji. Almaklumlah, para jemaah haji berangkat ke Mekah tidak berapa lama selepas Syawal.

Insyaallah, harga yang bakal saya tawarkan lebih murah daripada harga pasaran. Saya cuba memberikan yang terbaik bagi pra pelanggan dan saya juga cuba memuaskan hati pelanggan yang saya hormati. Tanpa anda, siapalah saya.

Wasalam.

Sunday, June 28, 2009

Beza kain spandex dan lycra

Salam

Saya tertarik dengan satu carian yang masuk ke dalam blog ini, iaitu beza kain spandex dan lycra. Untuk pengetahuan semua, spandex merupakan sejenis kain sintetik yang meregang (elastik), dan lebih lasak berbanding getah. Spandex dicipta oleh Ahli Kimia DuPont - Joseph Shivers pada tahun 1959.

Spandex merupakan nama yang diberi, bukannya berasskan kandungan kimia material tersebut. Spandex adalah nama yang diguna pakai di Amerika Utara, manakala nama lainnya adalah elastane.

Apa pula lycra? lycra adalah salah satu jenama kain spandex yang terkenal, sehinggakan ia menjadi panggilan kepada kain spandex itu (.. cth macam kita biasa panggil ubat gigi sebagai 'colgate', sabun buku sebagai 'FAB' dsb). Antara jenama-jenama lain kain spandex adalah - Elaspan (also Invista's), ROICA & Dorlastan (Asahi Kasei) dan Linel (Fillattice).



Rujukan daripada wikipedia - lycra :

Spandex—or elastane
—is a synthetic fiber known for its exceptional elasticity. It is stronger and more durable than rubber, its major non-synthetic competitor. It was invented in 1959 by DuPont chemist Joseph Shivers. When first introduced, it revolutionized many areas of the clothing industry.

"Spandex" is a generic name and not derived from the chemical name of the fiber, as are most manufactured fibers, but an anagram of the word expands. "Spandex" is the preferred name in North America; elsewhere it is referred to as "elastane".

The most famous brand name associated with spandex is Lycra, a trademark of Invista (formerly part of DuPont). Such is the prominence of the Lycra brand that it has become a genericised trademark in many parts of the world, used to describe any kind of spandex. Other spandex trademarks include Elaspan (also Invista's), ROICA & Dorlastan (Asahi Kasei) and Linel (Fillattice).

Tudung Permaisuri belah tepi & double manik





Salam,

Alhamdulillah, semalaman saya telah upload ke dalam ebay: Muhasabah Collection dengan koleksi terkini tudung permaisuri belah tepi bertali dan tudung permaisuri manik bertindih (double). Tudung ini agak labuh, menutupi dada. Didatangkan dengan warna-warna menarik dan juga warna garang. Rekaan terbaru dalam senarai koleksi tudung permaisuri.

Sementara itu, saya juga ada memasukkan beberapa helai tudung ekin, tapi belum sempat untuk memasukkan kesemuanya sekali. Insyaallah, saya akan mencari kelapangan untuk menyiapkannya secepat mungkin.

Layari online store kami untuk seleksi terkini, koleksi Muhasbah Collection di ebay.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...