Wednesday, July 8, 2009

Contemporary abaya dress islamic jilbab : Jubah Kontemporari

Muhasabah Collection brings you this brand new abaya for muslimah. Comes with nice beads on the collar and chest. Latest design with abstract organic batik pattern and very stunning. The sleeves comes with spa Q style - hot in town! Suit for leisure, special ocassion, festive seasons - Eid Mubarak and anytime you like.


CLICK HERE for MORE abaya dress

Comes in 4 colors and 4 sizes (click on the size to see details)


Purple size 42, size 46, size 48, size 50 Yellow size 42, size 46, size 48, size 50


Pink size 42, size 46, size 48, size 50 Turquoise size 42, size 46, size 48, size 50



material - 2 layers of chiffon fabric (attached)

2 lapisan kain sifon (bercantum)

Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading. Didatangkan dengan corak moden batik abstrak organik dan hiasan manik pada bahagian leher ke dada. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa. Sentuhan gaya spa Q pada lengan jubah mengikut trend jubah gaya Siti Nurhaliza. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji serta bila-bila masa sahaja.





Tuesday, July 7, 2009

Baju Blouse Gaya Siti Nurhaliza?







Salam,

Saya sedang memasukkan baju blaus gaya Siti Nurhaliza (spa Q) ke dalam online store kami. Blouse gaya CT spa Q ini didatangkan dengan gabungan kain Sifon bercorak sulaman. 'Lining' atau baju lapisan dalam becantum dengan baju ini.

Jika corak sulaman berwarna kuning, maknaya, baju 'inner' (lining) adalah kuning, begitu juga dengan warna-warna biru, merah dan merah jambu. Saiz yang ada adalah saiz 42, 46 dan 50 sahaja. Labuh adalah 34" inci dari bahu hingga ke bawah.

Proses upload (masukkan gambar serta penerangan) mungkin akan berakhir menjelang jam 3 pm. Selepas itu, saya akan memasukan pula jubah Gaya Siti Nurhaliza (spa Q), dengan rankaian warna-warna garang dan terang (digandingkan dengan warna hitam).
Ramai pelanggan yang mula-mula tengok lengan baju ni cakap, "Ni la tangan baju CT!"... :)
Nantikan kemunculannya....

Sunday, July 5, 2009

Koleksi Jubah terkini .... akan datang!

Salam,

Apa khabar semua? Harapan saya agar kalian semua sihat walafiat, dalam menjalankan ibdah dan juga pekerjaan sehari-hari. Bulan Ramadhan akan muncul tidak lama lagi, bermakna kita akan menunaikan puasa selama sebulan. Dalam sibuk menunaikan ibadah puasa, semestinya kita juga perlu membahagikan masa untuk persiapan menyambut hari raya.

Saya berkira-kira untuk memberikan tumpuan lebih kepada koleksi jubah, sementara koleksi tudung mungkin tidak terlalu ekstrem (extreme) penambahannya. Saya cuba fokus dahulu dengan jubah, bagi memenuhi permintaan untuk hari raya. Insyaallah, jubah putih bagi jemaah yang bakal menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadhan , akan cuba saya dapatkan. Ada juga yang memerlukan jubah putih ini bagi menunaikan haji. Almaklumlah, para jemaah haji berangkat ke Mekah tidak berapa lama selepas Syawal.

Insyaallah, harga yang bakal saya tawarkan lebih murah daripada harga pasaran. Saya cuba memberikan yang terbaik bagi pra pelanggan dan saya juga cuba memuaskan hati pelanggan yang saya hormati. Tanpa anda, siapalah saya.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...