MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) Muar, Johor. http://MuhasabahTrading.com
Monday, August 24, 2009
Update 25 Ogos 2009 : Penambahan stok tudung
Salam,
Kami di Muhasabah Trading sedang mengemaskini stok serta memasukkan senarai tudung secara berperingkat ke dalam ebay Malaysia dan ebay Singapore. Alhamdulillah, sempat juga dimasukkan secara sedikit demi sedikit dengan kekangan masa dan juga perubahan rutin harian sebermulanya Ramadhan.
Baru sebentar sahaja tadi, beberapa helai tudung butang belakang yang diinspirasi dengan sentuhan tudung Hajaba berjaya di'upload'. Insyaallah, beberapa jenis tudung dan pattern akan dimasukkan kelak beserta dengan himpunana koleksi terkini jubah labuh terkini bakal dimasukkan juga.
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mulia ini. Semoga kita berjaya mengharungi Ramadhan kali ini dengan lebih ibadah dan keberkatan.
Wasalam.
Saturday, August 22, 2009
Tudung Ekin selendang Siti dwi tone
Tudung Ekin selendang Siti dwi tone ini menggabungkan selendang Ct dual tone bermanik batu dan tudung ekin. Kombinasi ketiga-tiga elemen dalam satu gabungan tudung ini menghasilkan sesuatu yang diminati dan dicari ramai wanita.
Populariti tudung Ekin masih belum pudar walaupun kini terlalu banyak muncul pelbagai fesyen tudung serta jenis material yang membezakan antara satu sama lain. Kesinabungan populariti Siti Nurhaliza juga mencetuskan idea menghasilkan selendang yang dipanggil selendang Siti ini.
Selendang CT ini adalah gabungan 2 jenis warna yang dijahit menjadi sehelai selendang, manakala kemasan terakhir adalah dari segi hiasan manik-manik batu yang terdapat disepanjang persisiran selendang ini.
Thursday, August 20, 2009
Tudung Butang Belakang kain net
This brand new head scarf, hot in town known with back button style. The latest pattern of headscarves are very stylish and versatile. Made of net fabric very light and good for ventilation. Selection of modern new style of hijab for everyone. Suit for special occasion, eid, leisure or anytime you like. Comes with button at the back part.
Length from chin to bottom Labuh dagu ke bawah
approx 19" inch (47.5 cm)
Fesyen tudung terkini : butang di bahagian belakang - koleksi Muhasabah Trading, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.
Menggunakan kain jaring 'net' yang ringan dan amat baik untuk pengudaraan - diilhamkan dari sentuhan tudung ID. Di bahagian belakang tudung terdapat butang yang boleh dikenakan untuk gaya yang lebih menarik (butang boleh dipasang / lepas).
Subscribe to:
Posts (Atom)