Tuesday, January 5, 2010

Koleksi Jubah Terkini gaya kontemporari corak abstrak organik Sifon

Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak abstrak kontemporari dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Hujung lengan mempunyai butang, memastikan ia tidak mengeloboh dan terlalu labuh. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.

Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan sifon, menyerlahkan rekaan jubah dress moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji dan juga untuk pakaian ke pejabat.

2 lapis kain (bercantum) - sifon





Muhasabah Collection brings you this brand new batik dress abaya suits for career women. Comes with abstarct pattern with beads decoration around the collar. The wrist comes with buttons and beads decorations as well. This jilbab designed with the touch of Malay Traditional modern style dress. Suit for leisure, special ocassion, festive seasons, office wear, annual dinner - Eid Mubarak and anytime you like.

material - 2 layers of fabric attached - chiffon

Sunday, January 3, 2010

Koleksi Fesyen Baju Kurung Modern 2010

Salam buat semua.

Ini merupakan entry pertama blog Muhasabah Trading pada tahun 2010 ini. Tahun baru, semangat baru dan semestinya kami juga ingin tampil dengan produk-produk serta koleksi-koleksi fesyen terkini. Tak kira samada koleksi fesyen jubah, koleksi fesyen tudung, mahupun koleksi fesyen baju kurung moden.

Kedai Online Rasmi : http://muhasabahtrading.com/store/



Sebelum ini saya memang tidak mahu menambah koleksi kami dengan fesyen baju kurung modern, tetapi atas permintaan serta 'demand' yang agak tinggi, saya cuba masukkan dahulu beberapa pasang. Baju kurung moden yang baru sahaja saya ambil ini boleh didapati dalam saiz 38 dan 40 sahaja (untuk yang berbadan remaja / kecil / kurus / 'slim-slim' sahaja buat masa ini). Insyaallah lain kali kami akan menambah saiz-saiz serta rekaan corak yang lain dari masa ke semasa.








Warna yang ada pula adalah warna ungu-merah, merah-oren, serta hijau-coklat, manakala material atau kain yang diguna adalah kain sifon diluar serta kain spandex sebagai lining / inner baju kurung moden ini. Bahagian lengan (tangan) diperbuat mengikut trend 'tangan CT' beserta dengan butang untuk mengkancingnya. Leher ke dada pula dihiasi dengan jahitan manik-manik yang tersusun rapi dan cantik,




Harga yang biasa ditawar dibutik-butik serta kebanyakan kedai-kedai di luar sana adalah dalam lingkungan RM 120 - RM 180 manakala harga yang kami tawarkan dalam ebay store Muhasabah Trading hanyalah RM 110, termasuk penghantaran PERCUMA keseluruh Malaysia. Memang harga yang ditawar murah, munasabah dan berpatutan, memandangkan anda tidak perlu membayar kos tambahan untuk proses penghantaran (menggunakan pos laju). Kualitinya dijamin setanding dengan yang ada di ruang pameran butik-butik ternama.


Sila layari ebay store Muhasabah Trading
untuk melihat gambar-gambar yang lebih jelas untuk koleksi baju kurung ini.

Ukuran saiz 38 dan 40 baju kurung modern corak abstrak

Jika sudah berkenan di hati, apa tunggu lagi? Daftar dengan ebay.com.my dan BUY IT NOW, sementara stok masih ada. Siapa cepat dia dapat kerana stok adalah terhad. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan pindahan wang / ATM / CDM (cash deposit machine) ke akaun maybank saya. Sila emel selepas pembayaran dibuat.

Wasalam

Saturday, December 26, 2009

Koleksi Tudung Online

Salam hormat,

kami di Muhasabah Trading memohon maaf sekiranya anda semua tidak dapat melayari senarai koleksi tudung terkini di Muhasabah Trading Online Store. Ini adalah kerana masa kami yang agak suntuk kebelakangan ini. Kami banyak menyertai Expo dan karnival jualan mega harga borong anjuran MARA dan juga FAMA.

Insyaallah kami akan kembali pada tahun 2010 dengan kedai online khas untuk jualan tudung dengan belian pada harga runcit yang murah dan juga pada harga borong. Kedai Online ini akan merangkumi pasaran Malaysia, Brunei, Singapura, Australia, New Zealand, United States, dan juga Europe (UK, Italy, Germany, France, Holland dan beberapa lagi negara Eropah). Segala update akan disampaikan di dalam blog ini.

Terima kasih.
Wasalam.

Sham.
Muhasabah Trading.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...