Assalamualaikum wbt
Hari ini saya masuk ke lama web equrban dan ternampak 'reminder':
Maknanya hanya tinggal lebih kurang 12 hari sahaj lagi untuk kita membuat tempahan bagi melaksanakan korban samada di Kemboja, Mekah atau Indonesia (pihak eQurban dan tenaga kerja mereka akan melakukan ibadah korban tersebut di negara-negara terbabit).
Sebelum ini kami pernah melakukan promosi ibdah qurban di dalam blog ini, tetapi tidak melakukannnya secara bersungguh-sungguh. Terikat dengan pelbagai aktiviti perniagaan offline membuat kami sedikit terabai dalam melakukan promosi.
Dalam beberapa minggu ini, kami selalu mendengar penerangan tentang kelebihan ibadah korban di corong radio IKIM. Antara yang boleh dikongsi:
- ibadah qorban tidak boleh dikhadaq
- hanya 4 hari sahaja jangka waktu melaksanakannya dalam masa setahun (raya haji dan hari Tasyrik)
- harus untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban.
- memberi peluang orang miskin menikmati daging (terutama di Kemboja - ramai yang terlalu miskin)
Ramai yang bertanya dan mempersoalkan kenapa dan mengapa ibadah qurban ini dilakukan di Kemboja, bukannya di Malaysia. Kan lebih mudah? Di Malaysia pun ada orang Islam yang miskin.
JAWAPANNYA; di Kemboja terlalu ramai orang-orang Islam yang sangat miskin dan daif, (makan daging setahun sekali) sehingga kita sangat dituntut untuk melaksanakan qurban. Berbanding di Malaysia, orang yang susah tidak terlalu ramai dan daif seperti di sana.
Bahkan, kebiasaannya peti sejuk hampir setiap rumah dipenuhi lebih daripada satu bungkusan daging. Malah ada yang tersimpan di dalam peti sejuk lebih daripada sebulan. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya masih mewah berbanding mereka yang lebih memerlukan.
Jadi, marilah sama-sama kita membuat ibadah qurban yang hanya datang setahun sekali ini. Tanamkan niat dan azam untuk mendapat peluang melakukannya. Inshaa Allah semoga kita diberi kekuatan dalam menjalankan ibadah korban tahun ini. Moga Allah permudahkan jalan kita semua untuk melaksanakan korban. Amin