Wednesday, March 2, 2016

Resepi aiskrim simple dan praktikal


http://www.muhasabahtrading.com/BisnesAiskrim


Resepi ni memang power, sebab bahan-bahan yang diperlukan biasanya memang ada di rumah (kecuali ovalet). Memang senang dan cepat. Semoga anda mendapat manfaat.


1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (boleh lebihkan jika anda suka manais-manis lemak berkerim)
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar ovalett
1 sudu perisa (boleh tukar kepada perisa asli, serbuk koko / isi durian dsb)


Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer (boleh guna pemukul tangan jika tiada mixer).
Pukul lebih kurang 15 minit, hingga bancuhan menjadi kembang dan ringan.
Masukkan dalam bekas dan bekukan (tak perlu pukul 2 kali).

Senang dan mudah bukan? Walau bagaimanapun, resepi aiskrim di atas, lebih sesuai kepada makan sendiri atau sajian kepada tetamu berskala kecil. Ada satu resepi dengan teknik yang lagi power dan sesuai untuk bisnes komersil. Resepi dan tips bisnes aiskrim ini sememangnya sangat mantap dan tidak ramai yang sedar dan tahu kuasa menjual yang diajar. Senang-senang untuk dapatkan jualan 4 angka hanya dengan aiskrim yang berniali RM1 secalung (kon).

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa kalau boleh dapat 4 angka, rahsia ni nak didedahkan?

Senang sahaja jawapannya, rezeki itu milik Allah, dan bukan semua rezeki itu kita boleh bolot. Lagipun rahsia yang didedahkannya agak mustahil untuk menjejaskan periuk rezeki penulis ebook rahsia Aiskrim ini. Lebih-lebih lagi jika dipisahkan dengan jarak geografi yang jauh.

Sebagai contoh paling mudah, biasakah kita melihat bisnes used car yang teletak bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain? Jadi, faham bukan? Rezeki ada di mana-mana dan Allah jua yang mengizinkannya, samada ia milik kita atau orang lain.



Sunday, February 14, 2016

Koleksi selendang pashmina burberry shawl throw blanket cream





Berita baik buat para penggemar pashmina burberry pattern shawl (corak kotak-kotak). Kami telah menambah stok untuk warna original burberry, dark cream (khaki). RM19 untuk sehelai. Free pos dalam Malaysia.

Untuk belian harga borong, minimum 10 helai x RM12, free pos dalam Malaysia (sila whatsapp 013-765 9294) untuk beli harga borong.

Sila klik > > > sini untuk membeli selendang pashmina burberry

Tuesday, November 10, 2015

Resepi roti sarang lebah


Bahan-bahan roti
300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu (diana tak letak pun)
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt


Cara
  • Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
  • Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
  • Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
  • Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
  • Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
  • Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,
  • Akhir sekali  bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

Sos karemal
1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter


Penafian: Gambar dan resepi kami dapati melalui group masak-masak telegram. Sekiranya anda yakin ia diambil daripada blog anda, hubungi kami untuk pemberian kredit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...