Thursday, November 5, 2009

Tudung Instant Labuh Sarimah corak abstrak 'rimau bintang'


Kali ini kami menghidangkan kepada anda semua, tudung segera (sarimah) dengan corak abstrak ala harimau bintang. Tudung instant ini menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh dagu ke bawah - 18" inci (45 cm).

*Penghantaran PERCUMA untuk alamat di Malaysia (termasuk Sabah / Sarawak). Pembelian melebihi RM 100 mendapat hadiah misteri + pos percuma + diskaun. Masa penghantaran 2 - 4 hari bekerja.

Harga pembelian adalah untuk 3 helai tudung. Sila hantarkan nota kod tudung atau emel kepada saya - muhasabah.trading@yahoo.com

Tudung 'segera' Sarimah corak kosong batu kristal



klik pada gambar untuk paparan lebih besar


Kali ini kami menghidangkan kepada anda semua, tudung segera (sarimah) dengan sentuhan batu-batu kristal dihiasi pada awning tudung. Tudung warna kosong (plain) ini menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh daguh ke bawah - 16 " inci (40 cm).

Harga pembelian adalah untuk 2 tudung. Sila hantarkan nota kod tudung atau emel kepada saya - muhasabah.trading@yahoo.com

Klik sini untuk membeli Tudung 'segera' Sarimah corak kosong batu kristal.

Tuesday, November 3, 2009

Tudung ekin selendang sifon batu kristal penuh

Tudung ekin selendang batu kristal ini memerlukan gaya pemakaian secara lilitan serta penggunaan brooch / kerongsang - di belakang atas kepala, bahu dan dibawah dagu. Sila rujuk gambar-gambar dibawah untuk tips mudah cara memakai tudung ekin selendang ini.

Perbezaan tudung ekin selendang sifon batu kristal penuh ini berbanding tudung ekin batu selendang kristal adalah dari segi hiasan batu kristal yang lebih banyak, terutama dibahagian belakang. Sila lihat gambar untuk rujukan, klik untuk paparan lebih besar (click right button mouse, view image).









Untuk senarai penuh beserta harga, layari online store kami di ebay.

Monday, November 2, 2009

Tudung Ekin Selendang Chiffon batu Kristal


Sebahagian koleksi tudung ekin selendang ini telah dimasukkan kedalam ebay store kami. Ada beberap patttern yang lain (tudung ikin selendang sifon batu kristal penuh juga akan dimasukkan secara berperingkat).

Tudung ekin selendang batu kristal ini memerlukan gaya pemakaian secara lilitan serta penggunaan brooch / kerongsang - di belakang atas kepala, bahu dan dibawah dagu. Sila rujuk gambar-gambar dibawah untuk tips mudah cara memakai tudung ekin selendang ini.



Proses upload sedang berjalan secara berperingkat. Lepas tu, nak pergi hospital plak, nak hantar susu ibu, dan bagi ibu susukan baby.. Semalam, Alhamdullillah, pada baby dah dicabut segala jenis tiub, cuma tinggal 1 je untuk bagi tambahan bekalan cecair / makanan untuk baby. Baby dah mampu bernafas tanpa alat sokongan. Dia pun nampak kuat dan sihat, serta minum susu dengan penuh selera..

Sunday, November 1, 2009

Thursday, October 29, 2009

Syukur Alhamdulillah

  • 3 kali ujian darah untuk memantau kencing manis semasa dalam kandungan.
  • Ibu ditahan wad 2 bulan lepas kerana kencing manis.
  • 38 minggu dalam kandungan.
  • Tekanan darah tinggi (bacaan 165 ketika ibu dimasukkan ke wad semalam).
  • Bayi keluar jam 8.20 pagi , 29 Oktober 2009 - 10 Zulkaedah 1430.
  • Berat bayi 3.4 kg untuk ibu yang bertubuh kurus.
  • Komplikasi pernafasan pada bayi (ditahan di wad bayi - diberi ubat serta tiub oksigen).

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang mengizinkan semua ini dan memberi ujian buat hambaNya. Walaupun pelbagai dugaan kepada ibu dan bayi, Insyaallah semuanya akan selamat. Saya berada di rumah ketika ini, balik sebentar untuk berehat, menyediakan apa-apa yang patut serta menanam uri.

Doakan yang terbaik untuk anak kedua saya ini.

Tuesday, October 27, 2009

Tudung gaya ID Thai Silk awning batu corak kosong







Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.

Keistimewaan desain tudung ini ia didatangkan dengan kombinasi awning serta hiasan batu di atasnya.

Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning keras Sutera Thai di hiasi batu-batu manik kecil.





measurement chin to bottom approx :

ukuran labuh dari dagu ke bawah

28" inches ( 70cm)

Monday, October 26, 2009

Koleksi Fesyen Tudung Terkini : Tudung Gaya Siti Nurhaliza (lapisan luar) Moroko



Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Siti Nurhaliza (lapisan luar sahaja) dengan hiasan batu manik, cantik, menarik dan mempersonakan. Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, hari raya, pemakaian ke pejabat atau bila-bila masa sahaja.

Klik SINI untuk senarai penuh koleksi Set Tudung Siti Nurhaliza


Menggunakan kain yang lembut dan sangat cantik, anggun mempesona. desain Tudung CT Morocco ini didatangkan dengan gabungan kain sifon dibahagian utama dan tepinya dicantum dengan kain organza, serta dihiasi susunan batu kristal.

Ukuran :

Thursday, October 22, 2009

Baju blaus gaya kebaya seluar


Koleksi baju blaus dan seluar dengan sentuhan gaya kebaya modern diperbuat daripada kain linen bercorak bagi baju (serta lining chiffon) dan seluar corak kosong (plain) juga diperbuat daripada kain linen serta 'lining' kain kasa. Seluar mempunyai kocek pada kiri dan kanan serta getah untuk fleksibel dan tali untuk mengetatkannya.

Rekabentuk terkini dan desain modern, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa. Sesuai untuk pemakaian ke pejabat, waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji serta bila-bila masa sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...