Monday, October 3, 2011

Koleksi Tudung Syria Labuh saiz L





Koleksi Tudung Syria Lycra L

Price : USD$ 5.3 (RM18) + free pos within Malaysia


  • Fabric material : 2 piece of lycra hijab - inner and outer
  • Measurement (approx): lenght from chin to bottom : 21 inches (53.34cm)
  • size : L



Sunday, September 25, 2011

Koleksi Tudung Kanak-kanak Bunga Ros spider

* model : Fatin, 6thn . memang muka dia depan kamera tak reti nak senyum...  haishh...



Salam buat semua,

Kali ini kami hidangkan koleksi tudung kanak-kanak yang come lote, cute dan menawan. Saya akui, ramai orang dewasa yang melihat secara 'live' tudung bunga ros spider ni teruja untuk membeli tanpa menyangka ia adalah tudung budak.


Harga RM18, (FREE shipping / pos) dalam Malaysia, termasuk Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).


Senarai penuh, boleh klik link ini; Koleksi Tudung Kanak-kanak Bunga Ros spider


Thursday, September 22, 2011

Koleksi selendang terkini rose @ morocco

Koleksi Selendang Ros

Price : USD$ 7.3 (RM25) + free pos within Malaysia


  • Fabric material : Stretchable material
  • Measurement (approx): 20 inches x70 inches(50cm x 175cm)

Sila klik link ini untuk senarai penuh Koleksi selendang terkini rose @ morocco dan buat pembelian di butik online kami.


Saturday, September 3, 2011

Tutorial : how to wear satin / pashmina shawl Hana Tajima hijab style

credit to thefashionofmuslimah.com

credit to iosminaret.org

Please visit collection of pashmina shawl in our online store.

Salam to all,

Recently, the muslim women fashion world are now trending with Hana Tajima hijab syle. She is fashion designer from UK.


Rebat 5% ..  ...   wahhhh Naik Helicopter..


Here I share some photos of the pashmina shawl Hana Tajima style and also youtube video, step by step how to  wear it.

Enjoy the video from mayaQuerida:





Please visit collection of pashmina shawl in our online store.

Short description bout Hana Tajima:


Hana Tajima converted to Islam when she was 17. Frustrated by the lack of variety in Islamic clothing for converts she founded Maysaa, a fashion house that designs western-inspired clothing that conforms to hijab. ”It’s true that I never decided to convert to Islam, nor was there a defining moment where I realised I wanted to be Muslim. My family aren’t particularly religious. I was interested in religion, but very disinterested in how it related to my life. I grew up in rural Devon where my Japanese father was the ethnic diversity of the village. It wasn’t until I studied at college that I met people who weren’t of the exact same background, into Jeff Buckley, underground hip-hop, drinking, and getting high.                              credit to Zimbio.com

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pelanggan Muhasabah Trading. Sempena hari raya Aidilfitri 1432H, kami memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap kami dalam kesibukan berurus niaga secara online dan offline.

Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun, kami masih bersyukur ke atas hadrat Ilahi yang masih memberikan kami peluang untuk meneruskan perjuangan memperagakan koleksi pakaian muslimah di website kami.

Kami juga memohon maaf kepada segelintir kecil pelanggan yang terpaksa menerima hakikat yang kadang kala item yang dipinta berstatus 'available', tapi atas kealpaan kami, ia tidak berada dalam simpanan kami, atau telah rosak.

Namun, atas dasar tanggungjawab, kami berusaha menggantikannya dengan koleksi tudung / selendang yang setara nilai, atau pun memulangkan wang yang telah dikirim kepada kami.

Kami sedar, wang bukanlah segalanya, walau pun perniagaan dibina atas dasar mengejar duit dan kekayaan. Apa yang penting bagi kami adalah kepuasan pelanggan, yang perlu dititik beratkan dan dijaga sepanjang masa. Ini semua adalah untuk menjaga reputasi syarikat kami yang masih terus bertahan dipersada perniagaan online semenjak tahun 2002, tanpa dilabel sebagai Muhasabah Trading spam atau penipu dunia siber.

Duit boleh dicari, tapi kepercayaan akan hilang lenyap sekelip mata jika kita melakukan walau hanya sekali kesilapan.

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Akhir kata, maaf sekali lagi dari hujung rambut dan kaki, halalkan segala rezeki yang kami terima di dalam dunia maya ini selama kita berurus niaga.

Wasalam.

Sham
Muhasabah Trading
Merlimau, Melaka.

Tuesday, August 23, 2011

Koleksi terkini selendang Pashmina Shawl Plain

Pashmina Shawl Plain

Price : USD$ 3.8 (RM13) + free pos within Malaysia
.

> > > Dapatkan Koleksi Selendang pashmina shawl (klik sini)



  • Name: Pashmina wraps / cashmere shawl throw
  • Measurement (approx): 28 inches x 68 inches
  • (71.12cm x 172.72cm)
  • Material: pashmina

Material: 100% pashmina






 

 

Monday, August 8, 2011

Koleksi terkini selendang pashmina shawls

Salam Ramadan buat semua,

Kali ni kami tampil semula dengan koleksi selendang pashmina shawl bercorak organik. Pashmina shawls ini berada dalam kategori nipis, sangat sesuai untuk dijandikan tudung selendang kerana ia tidak terlalu tebal.

Oklah, banyak lagi koleksi selendang pashmina shawl yang ada dalam koleksi kami perlu di upload. Perlukan sedikit masa untuk menyiapkan proses penggambaran dan upload ke server website jualan kami.

Untuk senarai penuh koleksi selendang pashmina shawl ini, sila klik link INI.




senarai penuh koleksi selendang pashmina shawl ini, sila klik link INI.





Thursday, August 4, 2011

Koleksi Tudung ros

Name:Muslim headscarves rose pattern
Measurement (approx): 16.5 inches (41.91cm) -length chin to bottom
Size : M
Material: Cotton

Harga RM 23 , free pos dalam Malaysia







Monday, August 1, 2011

Koleksi Baju Kurung terkini Fesyen kurung Pahang kain sutera crepe Brunei


Salam buat pembaca blog ini, para pelanggan setia syarikat kami  dan juga semua umat Islam di dunia. Salam Ramadhan juga kami ucapkan sempena hari  pertama kita berpuasa. Semoga Ramadan kita kali ini lebih diberkati dan usaha kita mengejar rezeki juga diharapkan seimbang dengan usaha kita beribadat pada bulan yang mulia dan dirahmati ini.

Kesempatan Ramadhan ini juga kami memohon ribuan kemaafan jika terdapat kesalahan serta kesilapan pihak kami dalam menjalankan urusniaga dengan pihak anda semua. Harapan anda tidak serik dan sudi menjalin urusniaga dengan pihak kami pada masa mendatang. Insyaallah kami akan cuba menambah seberapa banyak pattern dan stok tudung, pashmina, selendang, baju kurung, jubah dan pelbagai lagi menjelang hari raya 2011.

PAda kali ini, kami cuba update koleksi butik online kami dengan koleksi baju kurung moden pesak Pahang, dengan sentuhan corak segar, ala-ala batik yang diabadikan pada kain sutera crepe Brunai. Boleh tengok senarai penuh pada koleksi baju kurung (proses upload sedang berjalan)...


Akhir kata ampun dan maaf sempena Ramadhan yang mulia ini daripada kami di Muhasabah Trading:

Sham,
Najwa Farhana,
Adam Harith,
Ahmad IQbal 

Wednesday, July 6, 2011

Jintan Hitam @ Habbatus Sauda ubat H1N1


"Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (maut)" - hadith riwayat Al-Bukhari


Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog ini.

Kali ini bukan produk tudung, selendang, jubah, mahu pun baju kurung yang kami ketengahkan di sini. Apa yang dikongsi adalah tentang Habbatus Sauda, suatu jenis perubatan alternatif yang telah diamalkan dalam Islam serta terdapat hadis sahih mengenainya.

Bahkan, semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.

Di bawah ini adalah petikan daripada web rasmi Saudacare:

Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu.

Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatus Sauda’ untuk merawati penyakit ringan termasuk asthma dan bronchitis, rheumatism dan radang/inflammasi, meningkatkan produksi susu ibu selepas bersalin, merawat gangguan penghadaman, membantu menjaga sistem pertahanan badan, meningkatkan kemampuan penghadaman dan pembuangan, dan melawan penyakit jangkitan parasit.

Minyaknya digunakan untuk penyakit kulit seperti eczema, dan atopic dermatitis, psoriasis dan jerawat.


Berikut adalah di antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’:-
  • Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
  • Resdung (sinusitis)
  • Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
  • Sakit jantung, darah gemuruh
  • Darah tinggi (hypertension)
  • Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
  • Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
  • Sakit buah pinggang (renal problem)
  • Gout
  • Kencing manis (diabetis)
  • Luka-luka di dalam mulut
  • Sakit tengkuk
  • Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
  • Pedih di ulu hati
  • Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
  • Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
  • Alahan dan gatal-gatal
  • Sakit gigi
  • Cacing, parasit
  • Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
  • Selepas bersalin (menambah susu ibu)
  • Awet muda dan menegangkan kulit
  • Mencantikkan kulit, kuku
  • Masalah kesuburan perempuan
  • Senggugut
  • Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)


Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat”.

Nak tahu lebih lanjut atau berminat dengan produk ini, sila ke laman rasmi Saudacare.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...