MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) Muar, Johor. http://MuhasabahTrading.com
Saturday, October 10, 2009
Fesyen terkini : Tudung gaya ID awning batu
Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.
Keistimewaan tudung ini ia didatangkan dengan kombinasi awning serta hiasan batu di atasnya.
Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning keras di hiasi batu-batu manik kecil.
measurement chin to bottom approx :
ukuran labuh dari dagu ke bawah
28" inches ( 70cm)
Friday, October 9, 2009
Koleksi terbaru Tudung Dato' Siti Nurhaliza
Tudung koleksi terbaru Muhasabah Trading yang diinspirasi daripada gaya pemakaian tudung oleh Dato' Siti Nurhaliza dengan hiasan batu manik, cantik, menarik dan mempersonakan. Tudung ini diperbuat menggunakan kain jojet nipis dibahagian luar, manakala bahagian dalamnya pula adalah daripada kain spandex. Keistimewaan tudung ini adalah kerana ia dibuat bercantum, memudahkan pemakaian. Dengan hanya menyarungkannya, kemudian pinkan bahagian bawah dagu untuk disesuaikan dengan saiz muka anda. Ukuran labuh dari bahagian dagu ke bawah adalah lebih kurang 20" (51.5 cm).
Sepengetahuan saya, tudung CT ini asalnya adalah direka oleh Bernard Chandran, pereka fesyen terkenal tanahair. Semenjak kebelakangan ini, tudung Siti Nurhaliza ini telah menjadi trend dan ikutan pemakai tudung di Malaysia. Hiasan batu-batu 'permata' halus dan kecil, menaikkan seri wajah dan pastinya makcik dan sepupu anda akan 'jeles' bila anda memakainya! :P
Saya dalam proses 'shooting' gambar-gambar koleksi penuh tudung Siti Nurhaliza ini. Baru beberapa helai sempat diambil dan dimasukkan ke dalam ebay store. Nantikan koleksi penuh tudung CT menjelang tengahari.
Wasalam.
Muhasabah Trading.com
Wednesday, October 7, 2009
Koleksi terkini : Jubah kanak-kanak & remaja perempuan
Kali ini kami menghidangkan koleksi jubah kanak-kanak & remaja perempuan yang diperbuat daripada kain jojet dengan sentuhan labuci serta sulaman. Gaya yang dipersembahkan adalah mengikut rekaan jubah Arab. Pastinya si kecil akan tampil dengan gaya yang comel dan menarik pabila mengenakan jubah kecil saiz ini. Hanya satu lapis kain jojet digunakan untuk jubah Arab saiz kecil ini.
Saiz yang boleh didapati adalah daripada sekecil saiz 28 hinggalah saiz 36 (lingkungan umur 5 tahun - 16 tahun) bergantung kepada saiz anak gadis anda. Kami akan menyediakan ukuran penuh bagi setiap saiz yang ada ; bahu ke tangan, lebar bahu / pinggang / bawah, labuh bahu ke bawah.
Koleksi jubah kecil ini terdiri daripada warna :
- hitam,
- hijau t. lembu,
- hijau pucuk pisang cair,
- ungu,
- merah hati,
- coklat tanah,
- coklat cair
- khaki.
Harga pasaran semasa bagi jubah saiz kecil ini adalah RM 80 manakala kami hanya mengenakan RM 68.99 sahaja termasuk penghantaran percuma bagi alamat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Tuesday, October 6, 2009
Baju blaus moden sifon labuh gaya Siti Nurhaliza
RRP USD $ 21.99
Baju blaus koleksi terkini Muahsabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari moden abstrak. Terdapat hiasan manik dijahit mengelilingi leher. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.
Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon, menyerlahkan rekaan jubah moden ini dengan trend masakini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat.
2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - sifon
Measurement approx : Length - 37" inch (92.5 cm) Labuh
Update : Koleksi tudung gaya ID corak belang & bintik harimau
Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung gaya ID dengan penggunaan kain jaring yang ringan dan sangat elok untuk pengudaraan. Ini dapat mengurangkan rasa panas disekeliling tengkuk dan leher terutama bagi yang tinggal di iklim khatulistiwa - panas dan lembab yang kebiasaannya mengakibatkan peluh berlebihan.
Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning diperbuat daripada span, yang elastik dan tidak rosak jika direnyuk atau dihempap.
measurement chin to bottom approx :
ukuran labuh dari dagu ke bawah
28" inches ( 70cm)
Sunday, October 4, 2009
Jubah labuh corak batik : gaya baju kurung moden
Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak batik kontemporari dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Hujung lengan mempunyai 'grip' getah. Terdapat hiasan labuci pada bahagian hadapan serta hiasan manik dijahit mengelilingi leher. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.
Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - polyster, manakala lapisan dalam - sifon, menyerlahkan rekaan jubah moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat khususnya kakitangan kerajaan yang diwajibkan memakai batik pada hari Khamis.
Ukuran labuh - 52" inci ( 130 cm) Labuh
2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - polyster, manakala lapisan dalam - sifon
Layari http://store.muhasabahtrading.com/ untuk senarai penuh ( akan diupdate sebentar lagi)
Wednesday, September 30, 2009
Fesyen tudung : koleksi terkini Tudung gaya ID
Di bahagian atas hingga ke paras leher mempunyai 2 lapisan, mengelakkan lapisan yang terlalu nipis dan jarang (sila rujuk gambar). Awning diperbuat daripada span, yang elastik dan tidak rosak jika direnyuk atau dihempap.
ukuran labuh dari dagu ke bawah
28" inches ( 70cm)
Tudung awning batu corak floral
Salam hormat buat pelanggan dan pelawat yang dihormati.
Kali ini kami menghidangkan kepada anda semua tudung yang diinspirasi daripada tudung ariani dengan sentuhan batu-batu manik dihiasi pada awning tudung. Corak organik menghiasi fabrik tudung yang menggunakan material spandex lembut dan selesa. Labuh daguh ke bawah - 16 " inci (40 cm).
Harga bagi sehelai tudung ini hanya RM16 sahaja dengan pos penghantaran percuma keseluruh Malaysia. Layari http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Trading untuk senarai penuh. Item akan dimasukkan sebntar lagi.
Wasalam
Monday, September 28, 2009
Update : Proses kemakini online store & outlet Muhasabah Trading di Tangkak
Alhamdulillah, bertemu kita kembali. Kami baru sahaja selesai 'berkampung' di Tanjung Emas Muar semenjak beberapa hari penghujung Ramadan sehingga Ahad lepas (hari raya ke 7). Penat belum hilang lagi, banyak yang perlu update, terutamanya ebay store serta Muhasabah Trading online store.
Bagi outlet kami Muhasabah Collection, akan mula beroperasi sepenuhnya bermula pada minggu hadapan. Bagi sesiapa yang berada di kawasan Tangkak atau sesiapa sahaja yang melalui tol Tangkak, jemputlah singgah ke kedai kami yang berada di No. 21, Tingkat 1, Bangunan Aked Majlis Perbandaran Tangkak, Hentian Bas Tangkak.
Jumpa lagi.
Wasalam.
Friday, September 18, 2009
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Terima kasih kepada para pelanggan yang menyokong saya dan tidak jemu melanggan produk tudung dan jubah yang saya sajikan. Insyaallah, saya akan cuba memberikan yang tebaik buat anda.
Kesempatan hari terakhir puasa ini, saya menyusun 10 jari andai kata tulisan saya menyinggung perasaan anda semua. Saya juga minta halalkan segala pembelian yang dilakukan jika ada tersilap atau terkurang (sila emel saya di samdaddycool@gmail.com) jika ada perkara yang berbangkit, Insyaallah, saya akan cuba selesaikan.
Akhir kata, Selamat menyambut hari lebaran. Selamat berhari raya, memandulah secara berhemat ketika pulang beraya dan menziarahi sanak saudara di kampung. Bersabar dan bertimbang rasa amalan kita.
Wassalam.
Monday, September 14, 2009
Last Minute Shopping before Eid
Salam,
First of all, I do apologize for not updating this blog and Muhasabah Trading Muslimah Clothing online store. It is hard for me to coupe with the offline and online job because I have to focus on the offline sales and put aside the online market. I admit, it is very though job for me to manage them all, as I have to do photo shoot for those abaya and headscarves, handle the shipment, manage and monitoring payments, do retails and setup our new shop at Tangkak (Ledang town). Besides, I have to take care of my wife during her time warded in Muar Hospital ast week. Anyway, Alhamdulillah, everything has back to normal and I will try not to disappointing our loyal customers.
If any of you are going to spend last Ramadhan at Muar town, I would like to invite you all to visit us at Tanjung Emas ,Muar- Expo Ramadhan. We are going to be there start from today (Tuesday) untill 7th day of Hari Raya Aidilfitri (probably). See you there!
Salam kepada semua, Harapan saya agar anda semua dapat menghabiskan penghujung Ramadan ini dengan jayanya. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya tidak dapat mengemaskini blog dan senarai tudung serta jubah (kanak-kanak) di dalam ebay store, mahupun kedai online Muhasabah Trading. Saya agak kesuntukan masa dalam mengemaskini perniagaan online & offline, mengambil gambar, muat naik, mengepos serta mengemas dan membersihkan kedai baru kami yang akan mula beroperasi di no 20, tingkat 1, Bangunan aked MDT, Hentian Bas Tangkak.
Tambahan pula, saya berulang alik ke Hospital Muar kerana isteri saya telah dimasukkan ke dalam wad tempohari- langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas kandungan yang telah memasuki 8 bulan. Asalnya, beliau merasa sakit perut yang amat sanagat. Tapi syukur beliau telah keluar dan semuanya selamat. Insyaallah selepas ini segalanya akan kembali kepada rutin asal.
Justeru dikesempatan ini, saya ingin menjemput para pengunjung blog ini, para pelanggan semua serta sesiapa sahaja yang terbaca 'entry' ini, untuk mengunjungi gerai kami di ekspo Ramadhan Tanjung Emas Muar. Sekiranya anda menghabiskan bulan puasa atau beraya di Muar dan juga kawasan serta daerah berhampiran. Kami akan bermula hari ini dan berkemungkinan sehingga hari raya yang ke 7.
Wednesday, September 9, 2009
Senarai koleksi jubah dengan harga murah
Selepas mengambil kira kos yang berkurangan kerana menyenaraikan koleksi jubah di dalam Muhasabah Trading online store kami sendiri, saya mengambil keputusan untuk memberikan harga diskaun untuk senarai koleksi jubah. Apa yang menariknya, harga tersebut membolehkan anda membuat bisnes dengan menjual jubah-jubah tersebut kepada rakan sepejabat, jiran atau sanak saudara.
Saya cuba memberikan harga serendah mungkin , dengan kos penghantaran keseluruh semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah PERCUMA, ditanggung oleh pihak kami. Anda tak perlu gusar tentang masa penghantaran yang akan mengambil tempoh selewat-lewatnya 3 hari bekerja. Ini adalah kerana kami akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
Apa yang kami cuba wujudkan disini adalah konsep perniagaan 'dropshipping', dimana anda tidak perlu menyimpan stok atau melakukan pembungkusan, malahan tak perlu mengepos. Konsep dropship ini juga akan meberi kemudahan kepada anda untuk berniaga dengan keadaan 'tanpa modal sebenar' .
- Bagaimana konsep dropship kami?
- 1. 'Print out' gambar daripada online store kami (untuk offline) / hantar email kepada kenalan / buat 'entry' di blog anda.
- 2. Terima tempahan pelanggan, seterusnya anda buat pembayaran kepada kami sebelum pukul 1 tengahari dan kami poskan hari itu juga. Seterusnya jubah akan sampai ke tangan anda atau alamat yang dipinta.
- 3. Sila nyatakan alamat 'daripada pengirim' - jika bukan untuk dihantar kepada anda. Ini untuk menyenangkan pihak Pos Laju 'return item' sekiranya barangan tidak dapat dihantar kepada penerima.
- 4. Anda juga boleh mendapatkan 'harga borong' ini untuk kegunaan sendiri.
Kami akan cuba secepat mungkin untuk menyenaraikan (gambar belum ambil lagi.. :P) :
- 1. koleksi jubah kanak-kanak kain jojet (pattern Arab).
- 2. koleksi jubah kanak-kanak kain sutera Thai bersulam.
- 3. koleksi jubah kanak-kanak kain sifon gaya Siti Nurhaliza.
Tuesday, September 8, 2009
Muhasabah Trading online store
Currently, I'm working on http://store.MuhasabahTrading.com .It takes lots of time and sacrifices to make my dream comes true. As I have no proper knowledge in maintaining and setup a website, it is quite challenging for me to make it real.
Saya sedang cuba untuk memasukkan sedikit demi sedikit senarai koleksi tudung serta jubah ke dalam online store Muhasabah Trading. Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki, diubah dan diselia sebelum kedai online kami berjalan dengan lancar tanpa masalah.
Insyaallah, kami akan cuba memberikan yang terbaik buat anda. Buat waktu ini, ebay store kami masih lagi mempunyai beberapa koleksi tudung dan jubah, sementara tempoh listing masih ada. Proses penyenaraian tudung ke dalam online store kami akan berjalan secara berperingkat.
"wish me luck"
wasalam.
EN 13402 : European standard for labelling clothes sizes.
EN 13402 : European standard for labelling clothes sizes.
United States | 2 | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 | 16 | 18 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Europe (Italy) | 36 | 38 | 40 | 42 | 44 | 46 | 48 | 50 | 52 |
Europe (Scandinavia and Germany) | 32 | 34 | 36 | 38 | 40 | 42 | 44 | 46 | 48 |
Europe (France, Spain and Portugal) | 34 | 36 | 38 | 40 | 42 | 44 | 46 | 48 | 50 |
Europe (UK and Ireland) | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 | 16 | 18 | 20 |
Japan | 5 | 7 | 9 | 11 | 13 | 15 | 17 | 19 | 21 |
Women
: Dress sizes
The standard sizes and ranges for bust, waist and hip girth are:
Bust girth | 76 | 80 | 84 | 88 | 92 | 96 | 100 | 104 | 110 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Range | 74-78 | 78-82 | 82-86 | 86-90 | 90-94 | 94-98 | 98-102 | 102-107 | 107-113 |
Waist girth | 60 | 64 | 68 | 72 | 76 | 80 | 84 | 88 | 94 |
Range | 58-62 | 62-66 | 66-70 | 70-74 | 74-78 | 78-82 | 82-86 | 86-91 | 91-97 |
Hip girth | 84 | 88 | 92 | 96 | 100 | 104 | 108 | 112 | 117 |
Range | 82-86 | 86-90 | 90-94 | 94-98 | 98-102 | 102-106 | 106-110 | 110-115 | 115-120 |
Bust girth | 116 | 122 | 128 | 134 | 140 | 146 | 152 |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Range | 113-119 | 119-125 | 125-131 | 131-137 | 137-143 | 143-149 | 149-155 |
Waist girth | 100 | 106 | 112 | 118 | 124 | 130 | 136 |
Range | 97-103 | 103-109 | 109-115 | 115-121 | 121-127 | 127-133 | 133-139 |
Hip girth | 122 | 127 | 132 | 137 | 142 | 147 | 152 |
Range | 120-125 | 125-130 | 130-135 | 135-140 | 140-145 | 145-150 | 150-155 |
Thursday, September 3, 2009
PLUS SIZE ABAYA : Jubah Labuh untuk saiz besar
Wednesday, September 2, 2009
Embroidery Thai Silk Abaya : Jubah Labuh Sutera Thai bersulam
material - 1 layer of Thai Silk fabric
Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading. Didatangkan dengan corak moden sulaman pada bahagian leher, hadapan dan juga hujung lengan - hiasan batu-batu manik kecil juga diselang-seli antara corak sulaman. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa. Penggunaan material kain sutera Thai memberikan 'kesan 2 warna apabila terkena pancaran cahaya matahari atau lampu). Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji serta bila-bila masa sahaja.
1 lapisan kain sutera Thai
Tuesday, September 1, 2009
Jubah Labuh moden sulam Sifon dwi ton warna
Brand New stylish contemporary embroidery Chiffon Abaya Dual tone
Jubah Labuh moden sulam Sifon dwi ton warna
Visit store: Muhasabah Trading
Muhasabah Collection brings you this brand new abaya for muslimah. Comes with nice embroidery pattern on the collardown to bottom. The wrist also comes with embroidered pattern. Suit for leisure, special ocassion, festive seasons - Eid Mubarak and anytime you like.
material - 2 layers of chifon fabric with dual tone
Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading. Didatangkan dengan corak moden sulaman pada bahagian leher, membentuk satu garisan ke bawah. Hujung lengan dihiasi corak sulaman. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa. Penggunaan material 2 lapis kain sifon dengan 2 ton warna menyerlahkan rekaan jubah moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji serta bila-bila masa sahaja.
2 lapisan kain sifon 2 ton warna
Visit store: Muhasabah Trading
Sunday, August 30, 2009
Tudung labuh : Turki batu manjalara bidang besar lerang 55
Saya sedang mengemaskini, menngambil gambar serta memasukkan tudung Turki border batu manjalara. Ciri-ciri yang ada pada tudung ini adalah berlerang besar, sesuai untuk pemakai tudung labuh. Ukurannya adalah 55" inci x 55" inci. Material bagi tudung Turkey ini adalah 100% polyster, memudahkan untuk proses 'membentuk' tudung - senang bentuk bak kata orang.
Keistimewaan batu manjalara yang ditampal pada tudung ini adalah warna 'casing' atau plastik pemegang batu tersebut mengikut warna dasar tudung Tukish ini. Jadi para pemakai tudung labuh, anda tidak perlu gusar lagi untuk bergaya di Hari Raya ini. Pilihan tudung Turki ini merangkumi pelbagai warna yang menarik dan segar. Cepat sebelum terlambat. Sementara stok masih ada.
Penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pengahantaran menggunakan pos laju atau pos ekspres, menjanjikan barangan yang dikirim selamat sampai kepintu rumah anda.
Koleksi Jubah Labuh CT gaya baju kurung moden
material - 2 layers of chiffon silk, attached. On the bottom part, there is spandex material inner to make it nontransparent.
Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading. Didatangkan dengan corak moden kontemporari serta hiasan manik dan labuci pada bahagian leher. bahagian tangan hingga ke hujung lengan diberi sentuhan spa Q atau gaya Siti Nurhaliza - fesyen baju dan jubah terhangat untuk koleksi tahun 2009.
Penggunaan material kain sutera sifon yang lembut dengan corak kontemporari menjadikan jubah moden ini sangat menarik dan mempersonakan. Diilhamkan sentuhan gaya baju kurung moden, menjadikannya jubah ini fleskibel dan menarik untuk pelbagai golongan serta peringkat umur. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, majlis rasmi, Hari Raya Puasa dan Haji serta bila-bila masa sahaja.
2 lapisan kain sutera sifon di bahagian atas. Bahagian bawah pula menggunakan lining (lapisan) kain spandex dibahagian dalam, menjadikannya TIDAK jarang.