Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Pos kali ini lain daripada biasa. Kami tertarik untuk berkongsi panduan ternakan dan memelihara arnab.Ramai yang memelihara arnab sebagai haiwan peliharaan dan ada juga yang berhasrat memmelihara arnab sebagai haiwan ternakan (komersil). Memelihara arnab sebagai haiwan peliharaan (pet) secara amnya mungkin disebabkan rupa arnab yang comel dan fluffy, seakan-akan kucing
Arnab sebagai binatang kesayangan:
Anda perlu menentukan bilangan arnab yang
ingin dipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan
sehingga 30 atau 40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:
a) memelihara hanya seekor arnab
b) memelihara arnab yang sama jantina,
c) memandulkan arnab dengan bantuan doktor haiwan.
Sekiranya
ini tidak diambilkira, arnab akan membiak. Ingatlah!, arnab boleh
membiak dengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat anda akan
mempunyai terlalu banyak arnab. Anda boleh memilih samada untuk
memelihara arnab kesayangan di dalam rumah atau di luar rumah. Sekiranya
anda ingin memelihara arnab di dalam rumah, banyak perkara yang harus
diperhatikan:
a) perlu melatih arnab untuk membuang najis dan kencing di tempat yang disediakan,
b)
perlu mencuci tempat najis dan kencing ini selalu kerana bau kencing
arnab agak kuat kecuali jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan
berkurangan,
c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan bekasnya dicuci setiap hari,
d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk arnab tidur,
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
f) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan talipon kerana arnab suka menggigitnya.
Sangkar,kandang atau cage:
Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandang yang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawai berukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalam kandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kaki arnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantai kandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudis di tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x 2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zing. Sediakan sekeping papan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih suka baring di atas permukaan yang rata.
Makan dan minum:
Penjagaan
makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketika
berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang
boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda
harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan,
sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahan segar sahaja). Elakkan
memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan arnab sakit
perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah
rumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa
tanpa kawalan, arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi.
Kadangkala ia akan mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat
dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3
bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan
dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnab
anda mungkin akan mati sakit perut! Ini disebabkan bulu akan bergumpal
dalam tali perut (hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan
mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan
berbau busuk.
Jangan gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan.
Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yang boleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.
Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai, arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!
Arnab boleh hidup lama, sesetengahnya mencapai umur 5 hingga 8 tahun. Oleh itu, memelihara arnab sebagai binatang kesayangan bukan kerja yang mudah. Tugas memberi makan dan menjaga kebersihan serta kesihatan arnab setiap hari tidak boleh diabaikan. Jika tidak, ia bukanlah binatang kesayangan!

JANGAN:
a) Jangan mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh
arnab berat tetapi tulang- tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika
dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang
leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara mengangkat arnab adalah
dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya
dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian
punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang
semula pada masa yang lain.
b) Jangan sergah arnab anda;
arnab
sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan
melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu
makan untuk beberapa hari.
c) Jangan lakukan arnab seperti seekor kucing;
Anda
tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang
dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa
dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan
boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!.
d) Jangan abaikan arnab anda;
Apabila
membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika
tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan
arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak
yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya
mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.
Arnab sebagai haiwan ternakan:
Arnab
telah lama dijadikan haiwan ternakan dan sumber protein yang baik.
Dagingnya lembut, halus dan kurang lemak. Untuk memelihara arnab
ternakan, anda harus memilih baka yang sesuai kerana tidak semua baka
arnab baik untuk diternak. Baka yang baik mempunyai ciri-ciri:
a) cepat membesar – 9-10 minggu,
a) cepat membesar – 9-10 minggu,
b) cepat membiak – 3-4 bulan,
c) induk mempunyai susu yang banyak,
d) bilangan anak yang banyak (10-12 ekor sekali beranak).
Dua baka arnab yang terbaik untuk diternak adalah:
a) New Zeland white
a) New Zeland white
b) Californian white.
Arnab
dari baka lain yang turut diternak adalah Standard Rex, yang biasanya
diternak untuk industri kulit. Lebih 30 baka arnab yang lain biasanya
dipelihara sebagai hobi, binatang kesayangan atau untuk tujuan pameran.
Pastikan anda memilih baka yang betul!
Arnab yang dijual di kedai-kedai atau di pasar tamu biasanya sudah dikacukkan dengan pelbagai jenis baka. Baka arnab tulen boleh didapati daripada pembekal komersil atau melalui jabatan berkaitan. Perlu diingat bahawa ternakan arnab tidak dapat mendatangkan keuntungan yang cepat. Ia memerlukan kerja tekun sepenuh masa dan pengawalan yang rapi untuk mendapatkan keuntungan yang sederhana. Ternakan arnab yang dijalankan dengan sambil lewa akan membawa kerugian.

Ternakan kecil-kecilan:
Ternakan
arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk
ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai
peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas,
arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan
dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab
jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga
berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini
arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak
sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda
dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat
sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali
beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana:
a) digigit semut,

b) dimakan oleh tikus atau kucing dan anjing,
c) lemas ketika hujan lebat.
Sebaik-baiknya,
masukkan induk bunting ke dalam kandang pada akhir minggu ke empat.
Berikan rumput kering dan letakkan sebuah kotak sarang di dalam kandang
itu. Kotak ini boleh diperbuat daripada papan berlantaikan jaring dawai.
Saiznya adalah 1.5 x 1 kaki. Arnab anda akan mula menyusun rumput dan
membuat sarang di dalam kotak itu. Sehari sebelum ia beranak, ia akan
mencabut bulu badannya untuk diletakkan di dalam sarang itu. Anda boleh
menyaksikan peristiwa ia melahirkan anak pada hari ke 30 atau 31 selepas
mengawan, iaitu sebaik sahaja ia selesai mecabut bulu. Jangan ganggu
arnab yang sedang beranak kerana jika ia terperanjat, ia mungkin akan:
a) memakan anaknya,
a) memakan anaknya,
b) melompat dan terpijak anaknya
c) menghentak kaki belakang (tanda awas) dan secara tidak sengaja terpijak anaknya.
Panduan:
a) Jika induk kematian semua anaknya selepas 2 kali beranak, ia tidak sesuai dijadikan induk.
b)
Anda boleh bahagikan anak-anak arnab kepada induk lain yang bilangan
anaknya sedikit supaya anak mendapat susu yang cukup.Arnab baka New
Zealand white boleh menghasilkan 10-12 ekor anak sementara baka
Californian white boleh menghasilkan 8-10 ekor anak. Periksalah
anak-anak arnab ini selepas sehari dan buang anak yang mati. Berikan
bekalan makanan dan air bersih. Arnab biasanya makan sepanjang masa
tetapi lebih banyak makan pada waktu awal pagi dan lewat petang.
c) Seekor induk boleh beranak dengan baik selama 2 tahun. Selepas itu gantikan dengan induk baru.
d)
Arnab boleh menghasilkan daging yang elok selepas berumur 9 atau 10
minggu. Ketika ini dagingnya lembut dan halus. Selepas umur 10 minggu,
ia membesar dengan perlahan tetapi kuat makan. Anda rugi jika
menyimpannya terlalu lama.
Ternakan secara besar-besaran:
Ternakan
secara besar-besaran memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta
penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh kerana penghasilan anak arnab yang
cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai
berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab
secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di tempat anda.
Artikel ini telah diterbitkan sebagai sehelai pamplet dan diedarkan sempena Pesta Rumbia di Pantai Sawangan, Kuala Penyu 14-15 Ogos 1999. Maklumat yang terkandung dalam pamplet ini adalah sebagai panduan ringkas tentang pemeliharaan arnab. Orang ramai yang berminat sebaik-baiknya mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum memelihara arnab samada untuk tujuan binatang kesayangan atau ternakan.

Artikel asal credit kepada http://miepeatyrabbit.blogspot.com/2009/09/cara2-menjaga-arnab-dan-cara2-ternakan.html
No comments:
Post a Comment